18/06/2023
Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.Anhuma,Nabi SAW bersabda:
*الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَىْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا*
Maksudnya:
Al-‘Ain itu haq (benar).Jika ada sesuatu yang menjangkaui qadar maka ‘ain lah (yang dapat menjaungkauinya). Jika diminta kepada kamu untuk mandi (untuk penyembuhan), maka mandilah.
- Riwayat Muslim (5831)
Imam al-Nawawi:
“Pada hadith ini terdapat ithbat keimanan pada takdir Allah SWT dan benarnya perkara ‘ain (penyakit ‘ain) dan bahawa ia sangat berbahaya.”
*(Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 7/328)*
Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani p**a berkata:
“Maknanya ialah orang yang ditimpa bahaya kerana sesuatu yang telah Allah SWT tetapkan ketika seseorang memandangnya, hakikatnya terjadi dengan takdir Allah SWT yang telah ditetapkan sebelumnya, bukan sesuatu yang baru sahaja diciptakan oleh orang yang memandang terhadap yang dipandang.”
Penyakit ‘ain ialah penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang. Ianya boleh terjadi sama ada dari orang yang dengki atau orang yang dicintai,dari orang yang jahat atau orang yang soleh.
Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata:
“Ain adalah pandangan hasad daripada tabiat yang buruk yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya.”
Beliau turut berkata:
“‘Ain boleh terjadi dengan rasa takjub walaupun tanpa ada sifat iri dan hasad, (boleh juga terjadi) walaupun daripada orang yang mencintai dan (walau) daripada seorang yang soleh (tanpa disengajakan).”
*(Fath al-Bari, 10/203-205)*
❤️Sharing is caring❤️
Akademi ARASH
19/06/2023