15/11/2025
Macam Mana Nak Kawal Craving Teh Tarik & Air Manis Tanpa Terasa Menderita?
Ramai orang sebenarnya bukan ketagih makan sangat. tapi ketagih minuman manis.
Pagi cari teh tarik, tengah hari cari sirap ais, malam mesti pekena kopi 3 in 1.
Dan bila cuba berhenti dari loop ni, kepala pening, mood swing, badan rasa tak best.
Ini bukan lemah disiplin.
Ini biologi badan yang belum adapt.
Sama macam orang yang dah biasa naik lif, bila paksa naik tangga, lutut rasa pelik.
Tubuh kita bertahun-tahun dilatih dapatkan gula dalam bentuk cecair.
Gula yang dah dilute masuk lebih cepat daripada makanan manis. itu yang buat craving air manis susah nak padam plus ia juga bercampur dengan faktor psikologi dan lifestyle juga.
Tapi ada cara untuk turunkan craving ni tanpa rasa terseksa.
-
1. Tukar timing dulu, bukan tukar minuman dulu
Lewatkan timing ambil air manis. Mungkin tak perlu berhenti terus, just lengahkan.
Contoh : pagi just ambil air kosong. Tengah hari sikit baru pekena teh ais kurang manis.
2. Guna kaedah ‘wean down’ bukan ‘cut off’
Jangan hentikan minuman manis 100% kalau badan belum stabil. Kurangkan manis dia, bukan buang. Daripada satu sudu gula ke setengah ke suku.
Cara ini otak akan recalibrate perlahan-lahan. Ini mungkin jauh lebih sustainable daripada berhenti mendadak.
-
3. Mula dengan minuman suam/panas dulu
Bila badan dapat minuman panas suam, stress akan turun, perut lebih relax, signal craving jadi perlahan
Try air kosong suam dulu setiap kali craving nak datang.
-
4. Kekalkan ritual, kurangkan manis
Teh tarik ni bukan sekadar manis manis tapi ritual, pegang cawan panas, bau teh, bunyi hirup, moment lepak. Jangan elak terus.
Kalau benda ni tak diganti, craving susah nak padam. Solusi? Kekalkan feel, tapi kurangkan manis sahaja.
Lepak mamak? Silakan, tapi kurangkan manis.
-
5. Makan protein dulu sebelum minum apa-apa
Ramai akan craving manis waktu perut kosong.
Protein stabilkan gula darah menjadikan craving jauh lebih terkawal. Try makan 1-2 biji telur atau lauk dulu sebelum minum apa-apa.
90% craving akan drop dalam 10–15 minit.
-
6. Gunakan ‘delay window’ 15 minit
Ini teknik paling ramai orang berjaya.
Bila craving datang, jangan terus ambik ambil minumas manis. Tangguhkan 15 minit.
Minum air kosong, buat kerja lain, berjalan kejap.
Kalau selepas 15 minit masih craving, baru decide.
Trust me, craving akan hilang sendiri.
-
7. Pastikan tidur cukup 5 hari berturut-turut
Craving teh tarik & air manis NAIK bila:
Ghrelin (hormon lapar) naik
Leptin (hormon kenyang) jatuh
Benda ni berlaku bila tidur tak cukup.
Nak turun craving kena betulkan tidur dulu.
5 malam tidur deep sleep terus menerus, level craving akan turun.
-
8. Bila dah stabil baru turunkan frekuensi
Mungkin tak perlu mendadak.
Start dengan:
Dari 7 gelas seminggu → 4 gelas → 2 gelas → 1 gelas. Bila hormon dah reset, teh tarik akan jadi sekadar ‘once in a while treat’, bukan keperluan emosi dan ritual dah.
-
Apa yang ramai tak tahu:
Craving air manis hilang bila:
- Badan dah mula ‘pandai’ guna lemak sebagai tenaga
- Gula darah stabil
- Tidur yang cukup/deep
- Stress level rendah
Bila hormon stabil, minuman manis bukan lagi pencetus ‘comfort’. Bila anda dah di level ni, anda boleh tengok teh tarik atas meja dan rileks tak rasa apa pun dan tak teringin nak minum pun.
Best kan?
Masa ni, kita tak harapkan disiplin dah sebab biologi badan dah tak ‘heran’ dengan gula pun.
-
Tujuan posting ni bukanlah saya ajak anda semua jadi anti-teh-tarik, or kecam tabiat minum manis.
Tujuan posting ini adalah untuk share bagaimana cara untuk achieve semula apa itu ‘true control’.
Bila craving tak lagi kawal hidup, anda akan sedar yang:
- mood lebih stabil
- fokus kerja lebih padu
- badan tak cepat penat
- perut tak bloated
- tidur lebih deep
Dan yang paling best,
Kita tak lagi jadi hamba kepada gula. Sihat dapat, jimat pun dapat.
Itu rasa kebebasan yang ramai orang tak pernah rasa selama hidup dia.
Bantu share posting ni untuk bantu lebih ramai orang untuk stop gula.
-
Follow Masdi Hazli untuk lebih info tentang kesihatan.