21/08/2025
Sabar wanita sangat Mahal πΈ
Bukan mudah menjadi wanita yang kuat.
Bangun setiap pagi dengan semangat,
walau semalam penuh dengan penat dan ujian.
Tetap senyum, tetap bergerak, tetap berusaha,
kerana yakin Allah melihat setiap usaha dan pengorbanan.
Wanita yang hebat bukan yang tidak pernah letih,
tetapi yang tetap melangkah walau hati penat.
Bukan yang tidak pernah diuji,
tetapi yang sabar dan reda dalam setiap ujian yang datang.
Ada hari yang terasa berat,
namun tetap percaya, Allah akan menggantikan setiap tangisan menjadi senyuman.
Setiap kesabaran akan menjadi pahala,
setiap usaha akan menjadi jalan menuju redha-Nya.
Teruskan berjuang dalam senyap,
teruskan memberi tanpa mengharap balasan manusia,
teruskan percaya bahawa setiap langkah adalah ibadah,
dan setiap doa pasti akan didengar pada waktu terbaik.
Wanita kuat adalah yang hatinya hanya bergantung dengan Allah,
yang lidahnya basah dengan doa,
dan yang jiwanya penuh dengan sabar dan syukur.
Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan dan ketenangan dalam setiap langkah,
dan semoga segala usaha menjadi bekal menuju syurga. π€