sumbangan.com

sumbangan.com Pusat pengurusan sumbangan kebajikan secara automatik, mudah, telus dan sistematik. korban.sumbangan.com Sumber Saham Akhirat Anda
(2)

29/10/2025

Bangunannya yang menghadap sungai kini semakin turun sedikit demi sedikit.
Jika tidak dibaiki segera, ia boleh membahayakan jemaah.

Atas keperluan ini, pihak masjid sedang membina Masjid Al Marhamah baharu di atas tanah wakaf bersebelahan masjid lama.
Kini, pembinaan sudah 40% siap, dan kami sangat perlukan bantuan anda untuk menyiapkan bumbung, kubah dan lantai.

🤲 Ayuh sama-sama kita bina rumah Allah ini.
Setiap sumbangan anda adalah pelaburan akhirat yang kekal mengalir pahalanya.

“Apabila mati anak Adam, terputus amalannya kecuali tiga perkara —
sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan doa anak soleh.” (HR Muslim)

Hulurkan sumbangan anda di Sumbangan.com dan ayuh ringankan beban mereka.

bekalan barang dapur adalah nadi utama di dalam setiap rumah, lebih-lebih lagi bagi Pusat Jagaan Anak Yatim Miskin, Joho...
28/10/2025

bekalan barang dapur adalah nadi utama di dalam setiap rumah, lebih-lebih lagi bagi Pusat Jagaan Anak Yatim Miskin, Johor. Tanpa sumbangan anda, pengurusan pusat akan berdepan cabaran besar untuk menyediakan makanan harian yang cukup dan seimbang bagi anak-anak di sini.

Setiap RM10 yang anda sumbangkan, boleh bantu isi pinggan mereka hari ini.

Layari Sumbangan.com Untuk Menyumbang.

Rezeki yang dikongsi hari ini, insyaAllah Allah lipatgandakan semula di hari esok.

Zaman sekarang dosa boleh tersebar dengan satu klik.Tetapi begitu juga pahala.Bezanya cuma kita sahaja... nak jadi penye...
28/10/2025

Zaman sekarang dosa boleh tersebar dengan satu klik.
Tetapi begitu juga pahala.

Bezanya cuma kita sahaja... nak jadi penyebar dosa, atau penyebar pahala?

Bila kita share posting dakwah... kita tak tahu, kemungkinan kita bantu sedarkan mereka untuk kembali solat, mula tutup aurat, atau bersedekah.

Jadi jom kongsikan kebaikan-

Tapi ingat! ⚠️
Pastikan check dahulu kesahihan ilmu dan perkongsian itu sebelum share. ☝️

27/10/2025

“Sesungguhnya di antara penghormatan kepada Allah ialah memuliakan orang Muslim yang beruban (tua).” (Riwayat Abu Daud: 4843)

SEDEKAH mampu menghapuskan dosa kita, SEDEKAH dapat melapangkan kubur kita dan SEDEKAH juga mampu membantu kita masuk ke syurga Allah SWT melalui pintu “Bab al-Sadaqah.”

Jika anda mahu memanjangkan pahala sedekah anda, jom kita bantu Pusat Jagaan Satu Warga Emas ini dalam pembelian rumah dan kos operasi bulanan mereka.

Mari Rebut Ganjaran Memudahkan Kelangsungan Hidup Warga Emas Di Pusat Jagaan Satu Warga Emas di Bukit Beruntung, Rawang.

Layari Sumbangan.com dan hulurkan bantuan anda, ayuh ringankan beban warga-warga emas di sini.

27/10/2025

Jom bantu peniaga kecil ini berjuang dan ringankan beban mereka.

Ada yang berniaga di gerai usang,
ada yang tiada modal,
ada yang guna peralatan seadanya.

Tapi semangat mereka tak pernah padam.
Setiap pagi, mereka bangun untuk mencari rezeki halal buat keluarga.

Dengan sedikit sokongan,
mereka boleh ubah hidup dari sekadar bertahan,
kepada kehidupan yang lebih stabil dan terjamin.

Mari sama-sama hulurkan sedekah.
Langkah kecil dari kita,
boleh jadi harapan besar buat mereka.

Layari Sumbangan.com untuk menyumbang. Bantu hulurkan sumbangan buat mereka yang memerlukan

Kadang, bila hati terasa berat…bukan kerana masalah, tapi kerana dosa yang belum kita minta ampun.Setiap malam sebelum t...
26/10/2025

Kadang, bila hati terasa berat…
bukan kerana masalah, tapi kerana dosa yang belum kita minta ampun.

Setiap malam sebelum tidur, ambil sedikit masa untuk memohon taubat kepada Allah.
Kerana Allah SWT tak pernah jemu mendengar rintihan hambanya.

Tak perlu kata yang indah.
Cukup dengan hati yang benar-benar ikhlas ingin bertaubat.
Sebab selangkah kita menuju Allah,
seribu langkah DIA mendekat kepada kita.🤍

26/10/2025

Keimanan sebenar bukan diuji saat kita senang,
tetapi dalam keadaan melibatkan nyawa, kita masih memilih Allah SWT.

Wanita ini orangnya bukan bangsawan,
bukan juga orang kaya.
Tapi namanya kekal agung di sisi Allah,
Sumayyah binti Khayyat r.a. adalah wanita pertama yang syahid dalam Islam.

Diseksa hanya kerana beriman.
Namun lidahnya tetap berkata tegas,
“Tiada Tuhan melainkan Allah.”

Jika kita ditempatnya? tepuk dada, tanya iman dahulu.

Setiap pagi, 50 anak yatim dan asnaf ini tetap melangkah ke kelas, walau sesetengah datang tanpa duit belanja, tanpa buk...
25/10/2025

Setiap pagi, 50 anak yatim dan asnaf ini tetap melangkah ke kelas, walau sesetengah datang tanpa duit belanja, tanpa buku baru, tanpa kasut yang sempurna.

Di sinilah perjuangan sebenar bermula.
Mereka bukan menagih simpati.
Mereka cuma perlukan peluang untuk terus menuntut ilmu tanpa perlu risau tentang yuran, makanan, dan tempat tinggal.

Namun kini, dana pendidikan semakin kritikal.

Scan 'QR Code' atau Layari Sumbangan.Com untuk menyumbang.

25/10/2025

🚐 Bantu realisasikan impian LPQ Al Huda memiliki van sendiri!
Anak-anak tahfiz kini bergantung pada van sewa dan terpaksa mengeluarkan kos yang sangat tinggi untuk hadir ke kelas hafazan dan program agama di luar kawasan.

Setiap ringgit anda,
bakal membantu mereka membeli van sendiri dan memudahkan lagi anak-anak dan tenaga pengajar di sini.

Hulurkan sumbangan anda di Sumbangan.com, semoga dapat ringankan beban mereka sedikit demi sedikit.

Bangun 3 pagi nak tengok bola, boleh.Siap pasang alarm, siap kopi, siap jersi pasukan kegemaran.Tapi nak bangun Tahajud,...
24/10/2025

Bangun 3 pagi nak tengok bola, boleh.
Siap pasang alarm, siap kopi, siap jersi pasukan kegemaran.

Tapi nak bangun Tahajud,
"aduhhhh malasnyaaa"

Kita boleh bangun untuk perlawanan bola yang belum tentu menang,
tapi tak boleh bangun untuk Tuhan yang dah jamin kemenangan akhirat bila kita cari Dia.

Jom mula bangun awal untuk Tahajud hari ini, semoga Allah SWT gerakkan hati dan mudahkan urusan kita.

24/10/2025

Di Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Falah, hampir 50 pelajar perempuan dari kalangan anak yatim dan asnaf berjuang setiap hari untuk menghafal Al-Quran.

Namun pusat tahfiz ini sedang menghadapi krisis kewangan dan memerlukan bantuan orang ramai untuk bantu dana kos operasi mereka.

Tanpa bantuan anda, siapa lagi yang boleh bantu mereka?

💌 Salurkan sumbangan anda di Sumbangan.com
Setiap sen yang anda beri, bakal menjadi asbab pahala yang tak pernah putus.

24/10/2025

Bila sebut SEDEKAH, apa yang terus terlintas kat fikiran korang? 🤔
Komen sikit kat bawah 👇🏻

Jangan lepaskan peluang sedekah Jumaat hari ni!

Address

70X, Jalan Keramat Hujung, Jalan Bukit Keramat, Kampung Datuk Keramat
Ulu Kelang
54000

Opening Hours

Monday 09:00 - 06:00
Tuesday 09:00 - 06:00
Wednesday 09:00 - 06:00
Thursday 09:00 - 06:00
Friday 09:00 - 06:00

Telephone

+60194475555

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when sumbangan.com posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to sumbangan.com:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Sumbangan.com

Platform Saham Akhirat Anda