23/04/2026
STROKE MATA 👁️
🔰 Kami menerima rujukan dari Pakar Mata untuk rawatan kecemasan Branch Retinal Artery Occlusion.
🔰 Keadaan ini berlaku apabila bekalan darah yang membawa sumber oksigen ke lapisan saraf mata terganggu, menyebabkan pandangan mata PADAM secara tiba ²
🔰 Pemeriksaan rapi dan pantas juga perlu dilakukan untuk mengenalpasti punca-punca lain yang boleh menjadi sebab
🔰 Hyperbaric Oxygen Therapy ( Rawatan Oksigen Hiperbarik ) membantu menyediakan persekitaran oksigen yang tinggi bagi :
🩵 Salvaging - mempertahankan tisu saraf mata dari kerosakan yang lebih teruk
🩵 Bridge for Recanalization - memberi masa untuk proses kelancaran salurah darah dipulihkan
Fasiliti Hiperbarik sangat terhad capaiannya, semoga suatu hari dengan perkembangan rawatan ini akan memudahkan lebih banyak orang ramai mendapat manfaatnya.