Pusat Rawatan Darma Kifayah

Pusat Rawatan Darma Kifayah Ikhtiar penyembuhan masalah Gangguan, Sihir , Saka dan seumpamanya.

Juga ikhtiar penyembuhan untuk penyakit-penyakit fizikal sebagai komplementari kepada rawatan sedia ada, melalui kaedah Rawatan Ruqyah Syariah, Bekam dan Pemakanan Sunnah.

Bingkisan Jumaat""Barangsiapa membiasakan diri untuk beristighfar, Allah akan memberikan jalan keluar baginya dari setia...
26/01/2024

Bingkisan Jumaat

""Barangsiapa membiasakan diri untuk beristighfar, Allah akan memberikan jalan keluar baginya dari setiap kesulitan"". Hadis Riwayat Abu Daud ini mengingatkan kita tentang kekuatan istighfar dalam mengatasi cabaran hidup. Mari kita bersama-sama meningkatkan amalan istighfar dan merasai rahmatNya.

Salam Jumaat Barakah!🌟❤️



Pada hari Jumaat yang mulia ini, mari kita renungkan kata-kata Rasulullah SAW. Baginda bersabda bahawa sesiapa yang bers...
29/09/2023

Pada hari Jumaat yang mulia ini, mari kita renungkan kata-kata Rasulullah SAW. Baginda bersabda bahawa sesiapa yang berselawat kepadanya sekali, Allah SWT akan memberikan sepuluh selawat kepada mereka, menghapuskan sepuluh dosa, dan meningkatkan sepuluh darjat mereka di sisi-Nya.

Ini adalah peringatan untuk kita tentang pentingnya mengenang Nabi Muhammad SAW dan menyebarkan kasih dan salam kepada baginda. Mari kita manfaatkan peluang ini untuk berdoa dan berselawat kepada Nabi kita yang mulia dan semoga kita semua mendapat berkat dan rahmat dari-Nya di hari yang berkat ini.

Salam Jumaat!

BINGKISAN JUMAATSetiap Jumaat adalah peluang untuk menghadirkan keberkatan dalam hidup kita. Kali ini, mari kita renungk...
25/08/2023

BINGKISAN JUMAAT

Setiap Jumaat adalah peluang untuk menghadirkan keberkatan dalam hidup kita. Kali ini, mari kita renungkan makna mendalam dari doa yang diajarkan kepada kita:

اللَّهُمَّ إنِّي أسْألُكَ الهُدَى ، والتُّقَى ، والعَفَافَ ، والغِنَى

Yang bermaksud: 'Wahai Allah! Aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, sifat 'iffah (kemurnian) dan kekayaan.'

Dalam hiruk-pikuk dunia yang sering menggoda dengan harta dan cita-cita, mari kita renungkan nilai sejati dari kekayaan, iaitu kekayaan jiwa yang bersemayam dalam sifat qana'ah, kepuasan dengan apa yang Allah berikan. Semoga setiap doa yang kita panjatkan pada Jumaat ini membawa kedamaian dan kekuatan untuk menjalani hidup dengan penuh syukur.

Salam Jumaat barakah!

Salam Maal Hijrah1 Muharram 1445 HijrahAllah SWT berfirman, "Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di ja...
19/07/2023

Salam Maal Hijrah
1 Muharram 1445 Hijrah

Allah SWT berfirman, "Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjat di sisi Allah. Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan" - Surah At-Taubah, Ayat 20.

Hijrah adalah tanda keberanian dan perubahan. Sambut Tahun Baru Hijriyah dengan semangat hijrah dan perjuangan. Mari kita tingkatkan kebaikan, keadilan, dan kasih sayang. Selamat Tahun Baru Hijriyah, semoga Allah SWT memberkati kita dengan keberkahan dan kemenangan. Amin...

WAKTU MUSTAJAB DOA DI HARI JUMAAT"Dihari Jumaat, terdapat satu waktu, dimana jika ada seorang hamba muslim yang memanjat...
14/07/2023

WAKTU MUSTAJAB DOA DI HARI JUMAAT

"Dihari Jumaat, terdapat satu waktu, dimana jika ada seorang hamba muslim yang memanjatkan doa kepada Allah, bertepatan dengan waktu tersebut, Allah akan memberi apa yang dia minta. Waktu itu adalah serakah Asar..." (Hadis riwayat Ahmad)

Di sebalik hari Jumaat yang penuh berkat, tersimpanlah sebuah waktu mustajab.

Apabila seorang hamba Muslim mengangkat doanya kepada Allah pada saat yang tepat, Allah akan mengkabulkan segala permintaannya...

Waktu yang dimaksud adalah setelah Asar. Rasulullah SAW meriwayatkan dalam Hadis Riwayat Ahmad tentang keutamaan ini.

Oleh itu, mari sama-sama kita rebut peluang ini dengan jadikan kelebihan waktu asar ini sebagai rutin mingguan kita untuk memohon kepada Allah SWT.

Salam Jumaat!

TANDA-TANDA SISTEM PENGHADAMAN ANDA TERGANGGU...Berikut ini adalah tanda-tanda Sistem Penghadaman anda terganggu :~ Bada...
24/05/2023

TANDA-TANDA SISTEM PENGHADAMAN ANDA TERGANGGU...

Berikut ini adalah tanda-tanda Sistem Penghadaman anda terganggu :

~ Badan atau nafas berbau.

~ Selalu mengalami kembung perut selepas makan.

~ Rambut menjadi kering atau gugur.

~ Rasa kurang bertenaga setelah makan

~ Mengalami sembelit.

~ Mengalami masalah kulit yang kering.

Jom Amalkan Olivie Plus 30x untuk membantu melancarkan sistem penghadaman anda.

Dapatkan Minyak Zaitun Olivie Plus 30X anda sekarang !

Sila klik pautan berikut untuk pesanan :
https://wa.me/p/4970210886383851/60136701491

TARIKH SUNNAH BERBEKAM KEMBALI !"Hari terbaik untuk berbekam adalah 17, 19 dan 21 bulan Hijriah."(Hadis Riwayat Abu Hura...
08/05/2023

TARIKH SUNNAH BERBEKAM KEMBALI !

"Hari terbaik untuk berbekam adalah 17, 19 dan 21 bulan Hijriah."
(Hadis Riwayat Abu Hurairah)

Tarikh sunnah berbekam pada bulan ini jatuh pada tarikh berikut :

ISNIN 8 MEI 2023 (17 SYAWAL 1444 H)
RABU 10 MEI 2023 (19 SYAWAL 1444 H)
JUMAAT 12 MEI 2023 (21 SYAWAL 1444 H)

Sila hubungi kami untuk temu janji : 013-6701491 (KHAIRIL)

Atau sila klik pautan berikut untuk berwasap :
www.wasap.my/60136701491/JOMBEKAM

PUSAT RAWATAN DARMA KIFAYAH,
MDS 72 Kedai Musolla Darussalam,
Jalan Teratai 2/5,
Taman Bukit Teratai,
Kuala Lumpur.

Facebook : https://facebook.com/PusatRawatanDarmaKifayah

Google : https://pusat-rawatan-darma-kifayah.business.site/

DOA KETIKA CUACA PANAS...Umum maklum bahawa kita semua sedang berhadapan dengan fenomena El Nino (cuaca panas).Namun, ja...
05/05/2023

DOA KETIKA CUACA PANAS...

Umum maklum bahawa kita semua sedang berhadapan dengan fenomena El Nino (cuaca panas).

Namun, janganlah kita mengeluh dan marah, sebaliknya berdoa agar kita sama-sama dapat lalui hari kita dengan baik.

Selain itu, jangan lupa untuk kekal hidrat dengan minum air secukupnya serta kekal bertenaga dan sihat setiap hari dengan Olivie Plus 30x.

Salam Jumaat Barakah...

EMOSI BERCELARU SEBAB HAID TIDAK MENENTU ?Wanita dan 'mood swing' memang biasa. Tapi, apa puncanya?Salah satu punca wani...
10/03/2023

EMOSI BERCELARU SEBAB HAID TIDAK MENENTU ?

Wanita dan 'mood swing' memang biasa. Tapi, apa puncanya?
Salah satu punca wanita mempunyai 'mood swing' adalah disebabkan hormon yang tidak stabil.
Bila hormon tidak stabil, ia boleh mengganggu kelancaran kitaran haid wanita.

Dengan pelbagai khasiat yang terdapat pada buah Delima, ia dapat membantu menyuburkan rahim dan menormalkan kitaran haid wanita.

Jadi, jika anda berdepan dengan masalah ini, amalkan Jus Delima setiap hari..

Anda boleh dapatkan Jus Delima di pautan berikut :
https://wa.me/p/3628788143865045/60136701491

TARIKH SUNNAH BERBEKAM KEMBALI !"Hari terbaik untuk berbekam adalah 17, 19 dan 21 bulan Hijriah."  (Hadis Riwayat Abu Hu...
08/03/2023

TARIKH SUNNAH BERBEKAM KEMBALI !

"Hari terbaik untuk berbekam adalah 17, 19 dan 21 bulan Hijriah." (Hadis Riwayat Abu Hurairah)

Tarikh sunnah berbekam pada bulan ini jatuh pada tarikh berikut :

❤ JUMAAT 10 MAC 2023 (17 SYAABAN 1444 H)
❤ AHAD 12 MAC 2023 (19 SYAABAN 1444 H)
❤ SELASA 14 MAC 2023 (21 SYAABAN 1444 H)

Sila hubungi kami untuk temu janji :
013-6701491 (KHAIRIL)*

Atau sila klik pautan berikut untuk berwasap :
www.wasap.my/60136701491/JOMBEKAM

PUSAT RAWATAN DARMA KIFAYAH,
MDS 72 Kedai Musolla Darussalam,
Jalan Teratai 2/5,
Taman Bukit Teratai,
Kuala Lumpur.

DOA KETIKA HUJANDaripada 'Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW tatkala melihat hujan, Baginda akan berdoa:"اللَّهُمَّ صَيِّب...
23/12/2022

DOA KETIKA HUJAN

Daripada 'Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW tatkala melihat hujan, Baginda akan berdoa:

"اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا"

"Ya Allah, jadikanlah hujan ini bermanfaat"
(Hadith riwayat al-Bukhari)

Hujan adalah nikmat dan rahmat yang perlu disyukuri serta menjadi muhasabah dan ujian atas seseorang hamba. Itulah bukti kekuasaan Allah SWT yang akan mendorong seorang hamba mengakui keesaanNya dan kekuasaanNya dan mengikhlaskan diri beribadah kepada Allah SWT.
Oleh itu, setiap orang beriman dituntut untuk berdoa ketika turun hujan agar dijauhkan daripada segala bala bencana. Semoga Allah SWT menjadikan setiap hujan yang turun itu sebagai rahmat dan keberkatan daripadaNya.

KESIHATAN ADALAH NIKMAT DAN AMANAH, WAJIB DISYUKURI DAN DI JAGA...Rasulullah S.A.W telah bersabda, mengingatkan kita ten...
25/11/2022

KESIHATAN ADALAH NIKMAT DAN AMANAH, WAJIB DISYUKURI DAN DI JAGA...

Rasulullah S.A.W telah bersabda, mengingatkan kita tentang 2 nikmat yang seringkali diabaikan oleh manusia iaitu nikmat sihat dan masa lapang. Iaitu ketika manusia memiliki nikmat ini, ia disia-siakan tanpa dilakukan amalan yang sebaiknya.

Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ

“Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang.”
(Hadith Riwayat Imam al-Bukhari 6412)_l

Kesihatan yang diberikan oleh Allah merupakan nikmat yang wajib disyukuri. Syukur dengan mengucapkan lafaz hamdalah beserta amal soleh yang mendekatkan diri kepada Allah.

Antara langkah utama dalam pencegahan daripada penyakit dan penjagaan kesihatan adalah pemilihan makanan yang halal dan thoyyib.

Mudahan kita mampu memanfaatkan 2 nikmat ini sebaiknya.

Address

72, Jalan TERATAI 2/5, TAMAN BUKIT TERATAI
Ampang
68000

Opening Hours

Monday 09:30 - 12:00
14:15 - 17:00
Tuesday 09:15 - 12:00
Thursday 09:15 - 12:00
14:30 - 17:00
Friday 09:15 - 11:30
Sunday 09:15 - 12:30

Telephone

+60136701491

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Rawatan Darma Kifayah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Rawatan Darma Kifayah:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram