Klinik Kesihatan Batu Berendam, Melaka

  • Home
  • Klinik Kesihatan Batu Berendam, Melaka

Klinik Kesihatan Batu Berendam, Melaka Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Kesihatan Batu Berendam, Melaka, Medical and health, Klinik Kesihatan Batu Berendam, .

Waktu Operasi :

Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang
Hari Kelepasan Am : Cuti

Waktu rehat :

Hari Isnin - Khamis : 1.00 petang - 2.00 petang
Hari Jumaat : 12.15 tengahari - 2.45 petang

Sempena *Sambutan World Aids Day 2025*, Klinik Kesihatan Batu Berendam telah mengadakan program *"Sayangi Pasangan, Lind...
18/11/2025

Sempena *Sambutan World Aids Day 2025*, Klinik Kesihatan Batu Berendam telah mengadakan program *"Sayangi Pasangan, Lindungi Diri"* pada 18 Nov 2025.
Peserta : staff dan pesakit
Aktiviti : Ceramah Kenali HIV, premarital screening blood test & promosi kesihatan ( tatacara pemakaian kondom yang berkesan.)

20/10/2025
Dari Lensa Kamera Program Kesihatan Mental Klinik Kesihatan Batu Berendam bersama Panel Penasihat Klinik pada semalam 11...
12/10/2025

Dari Lensa Kamera Program Kesihatan Mental Klinik Kesihatan Batu Berendam bersama Panel Penasihat Klinik pada semalam 11/10/2025 bertempat di dewan PPR Krubong MELAKA .

Jutaan Terima Kasih pada semua yang terlibat dan hadir meriahkan program ini.
Anda semua terbaik 👍🏻🤲🏻✅

Kepada pemenang pertandingan2 dan cabutan bertuah yang dianjurkan , syabas dan tahniah admin ucapkan ✅💪🏻

Semoga kita berjumpa lagi pada program seperti ini di masa hadapan 🥰

Lensa kamera sekitar Program Melaka Geriatric Fun Run and Walk 2025 peringkat Daerah Melaka Tengah.
07/10/2025

Lensa kamera sekitar Program Melaka Geriatric Fun Run and Walk 2025 peringkat Daerah Melaka Tengah.

Lensa kamera sekitar Program Melaka Geriatric Fun Run and Walk 2025 peringkat Daerah Melaka Tengah
07/10/2025

Lensa kamera sekitar Program Melaka Geriatric Fun Run and Walk 2025 peringkat Daerah Melaka Tengah

MELAKA GERIATRIC FUN RUN & WALK 20253 OKTOBER 2025 | JUMAAT | TAMAN BOTANIKAL AYER KEROHSambutan Hari Warga Emas akan di...
07/10/2025

MELAKA GERIATRIC FUN RUN & WALK 2025

3 OKTOBER 2025 | JUMAAT | TAMAN BOTANIKAL AYER KEROH

Sambutan Hari Warga Emas akan diadakan pada 1 Oktober setiap tahun. Oleh itu, bersempena Hari Warga Emas bagi tahun 2025, pihak Community Geriatric Team KK Batu Berendam dan Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah serta Panel Penasihat Klinik Kesihatan Batu Berendam serta kerjasama daripada beberape agensi kerajaan yang lain telah mengadakan "Melaka Fun Run & Walk 2025" bagi peringkat daerah Melaka Tengah.

Dengan penyertaan peserta seramai 161 orang yang berdaftar dan seramai 56 orang peserta "walk in". Para peserta terdiri daripada pesakit warga emas sekitar Klinik di dalam Melaka Tengah, penjaga pesakit warga emas dan orang awam.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti senamrobik, saringan kesihatan , saringan sarcopenia , saringan cognitive, saringan pergigian , saringan tulang dan cabutan bertuah telah diadakan.

Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Fairuz bin Mohd Fuzi ,Pegawai Parlimen Hang Tuah Jaya yang mewakili Yb Tuan Adam Adli bin Abdul Halim. Ucapan aluan telah diberikan oleh YBrs Dr Nor Haslinda binti Ishak, manakala majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs Dr Rosmiza binti Abdullah, YM KK Batu Berendam. Majlis turut dihadiri beberapa wakil daripada agensi yang turut bekerjasama dalam menjayakan program ini.

Terima kasih kepada :
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.
Pejabat Perhutanan Negeri Melaka.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Pejabat Parlimen Hang Tuah Jaya.
IPK Negeri Melaka.
Unit Promosi JKN Melaka.
Unit Promosi PKD Melaka Tengah.
Klinik Pergigian Batu Berendam.
Kelab Sihat Macam Saya.

tahniah tuan
27/08/2025

tahniah tuan

Sekalung tahniah diucapkan kepada Encik Edwin Lim Hock Ann, Penyelaras Fisioterapi Kesihatan Primer Negeri Melaka, atas penganugerahan pingat Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T) sempena Sambutan Hari Jadi ke-76 TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka.

Semoga penganugerahan ini menjadi inspirasi dan motivasi untuk terus cemerlang.

Ikhlas dari seluruh warga Fisioterapi Kesihatan Primer Negeri Melaka.

Selamat Menyambut Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2025!Tema sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia yang telah di t...
03/08/2025

Selamat Menyambut Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2025!

Tema sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia yang telah di tetapkan oleh WABA pada tahun 2025 ini adalah “Priorities Breastfeeding: Create Sustainable Support System” iaitu “Utamakan Penyusuan Susu Ibu: Wujudkan Sistem Sokongan yang Mampan,”.

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia, yang disambut dari 1 hingga 7 Ogos, bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kebaikan penyusuan susu ibu serta memperjuangkan sistem sokongan yang lebih kukuh kepada para ibu menyusu. Objektif sambutan ini adalah bagi menggalakkan penyatuan sokongan daripada pihak keluarga, profesional kesihatan, dan komuniti untuk mempromosi, melindungi, dan menyokong penyusuan susu ibu.

Perincian Utama:
🔶 Tema:
“Utamakan Penyusuan Susu Ibu: Wujudkan Sistem Sokongan yang Mampan” menekankan keperluan menyediakan sokongan yang berkekalan dan saksama kepada ibu menyusu.

🔶 Fokus:
Kempen ini memberi tumpuan kepada pembinaan persekitaran yang menyokong di semua peringkat — termasuk peringkat kebangsaan, sistem kesihatan, tempat kerja dan komuniti — bagi membantu kejayaan penyusuan susu ibu.

🔶 Hubungan dengan Kemampanan:
Penyusuan susu ibu dianggap sebagai cara semula jadi, boleh diperbaharui dan mesra alam untuk menyusukan bayi, selari dengan matlamat pembangunan mampan (SDG).

🔶 Seruan Bertindak:
Minggu ini menggesa tindakan bagi mengurangkan kesan alam sekitar akibat pemberian susu formula, dan menyokong penyusuan susu ibu sebagai pilihan yang mampan untuk kesejahteraan bumi dan manusia.

🔶 Mesej Utama:
Kempen ini menyeru orang awam agar tampil menyokong para ibu, memahami fakta sebenar mengenai penyusuan susu ibu, serta bersuara untuk memperjuangkan sokongan penyusuan yang lebih baik.

"Mara Bersama Mempromosi, Melindungi dan Menyokong Penyusuan Susu Ibu Demi Masa Depan Anak & Bumi Kita"







Jom daftar MyUbat untuk memudahkan pengambilan ubat susulan anda.Dapatkan info mengenai MyUbat di Kaunter Farmasi KK Bat...
28/02/2025

Jom daftar MyUbat untuk memudahkan pengambilan ubat susulan anda.

Dapatkan info mengenai MyUbat di Kaunter Farmasi KK Batu Berendam.

Hebahan VAS Bil 1/2025 (Februari 2025)

18/02/2025

Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah adalah tinggi dari normal.

Ia adalah masalah kronik yang boleh mengakibatkan kerosakan banyak organ penting tubuh bergantung kepada tahap kawalan gula dalam darah.

Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf seperti dikongsikan.

Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapkan diabetes, pastikan kepatuhan kepada perawatan serta jadual pemeriksaan berkala yang diberikan.






Address

Klinik Kesihatan Batu Berendam

75350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Batu Berendam, Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Kesihatan Batu Berendam, Melaka:

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram