05/07/2022
๐๐๐๐
๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Membiasakan diri untuk minum air kosong bukanlah hal yang mudah. Di antara pilihan minuman manis, teh, ataupun kopi, air kosong sering kali menjadi pilihan terakhir. Minuman manis dilihat lebih menarik berbanding air kosong, sedangkan air kosong merupakan minuman terbaik untuk memenuhi keperluan cecair tubuh.
Berdasarkan saranan daripada Institut of Medicineโs Food and Nutrition Board, wanita memerlukan 2.6 liter air setiap hari dan lelaki memerlukan sekitar 3.7 liter setiap hari. Keperluan cecair badan tersebut dapat dipenuhi salah satunya dengan mengambil air kosong. Saranan jumlah pengambilan air tersebut bukanlah tanpa alasan, sebaliknya didapati bermanfaat bagi kesihatan tubuh dan kecantikan.
Manfaat 30 hari minum air kosong tanpa minuman manis
Terdapat beberapa manfaat yang didapati akan anda alami jika anda mengambil air kosong sahaja selama 30 hari, tanpa pengambilan sebarang minuman lain. Ini termasuklah teh dan kopi. Berikut adalah hal-hal yang akan terjadi pada tubuh kita setelah 30 hari memilih air kosong sebagai minuman:
๐. ๐๐๐ง๐ข๐ง๐ ๐ค๐๐ญ๐ค๐๐ง ๐ญ๐๐ง๐๐ ๐ ๐ค๐๐ซ๐ฃ๐ ๐๐๐ง ๐ค๐ซ๐๐๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข
Menurut Frontiers in Human Neuroscience Journal, ketika anda hanya mengambil air kosong sahaja selama 30 hari, otak anda akan bertindak balas lebih cepat. Hal tersebut terjadi kerana otak memerlukan banyak oksigen untuk berfungsi secara optimum, sementara pengambilan air dapat memastikan otak memperoleh keperluan oksigen yang cukup. Tambahan p**a, air merupakan sumber oksigen terbesar untuk otak, membuatkan pengambilan air kosong selama 30 hari akan membantu anda lebih mudah berfikir dan fokus. Pengambilan 8 hingga 10 gelas air setiap hari ternyata dapat meningkatkan keupayaan kognitif anda sebanyak 30%.
๐. ๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐๐ญ๐ค๐๐ง ๐ฉ๐ซ๐จ๐ฌ๐๐ฌ ๐ฉ๐๐ง๐ฎ๐๐๐ง
Pengambilan air kosong akan memastikan kulit anda cukup terhidrat sehingga dapat mengurangkan kecepatan proses penuaan kulit. Pengambilan air yang mencukupi dapat membuat kulit anda kelihatan sihat, lembap, lembut, berseri dan bebas kedutan.
๐. ๐๐๐ง๐ข๐ง๐ ๐ค๐๐ญ๐ค๐๐ง ๐๐๐ฒ๐ ๐ญ๐๐ก๐๐ง ๐ญ๐ฎ๐๐ฎ๐ก
Air kosong berfungsi sebagai pemangkin fungsi tubuh yang optimal. Minum air kosong dalam jumlah yang mencukupi dapat menyokong fungsi hati dan ginjal yang menyingkirkan bahan kumuh dalam tubuh. Pengambilan air kosong yang mencukupi juga dapat meneutralkan kadar pH, menguatkan kekebalan tubuh anda daripada batu karang dan penyakit lain, serta membantu mengurangkan rasa sakit badan dan sakit kepala.
๐. ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐๐ญ๐ค๐๐ง ๐๐ฎ๐ง๐ ๐ฌ๐ข ๐ฃ๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐
Pengambilan air kosong dapat mengurangkan risiko terjadinya serangan jantung. Sebuah kajian yang dilakukan oleh American Journal of Epidemiology mendapati bahawa orang yang mengambil air kosong lebih daripada lima gelas sehari memiliki risiko meninggal disebabkan serangan jantung lebih rendah sebanyak 41% dibandingkan dengan mereka yang minum air kosong kurang daripada dua gelas sehari.
๐. ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐๐ญ๐ค๐๐ง ๐ญ๐ฎ๐ฅ๐๐ง๐
Air kosong dapat membantu penghasilan semula shock absorber tulang rawan, sehingga sendi dapat bergerak dengan lancar, dan juga dapat mengurangkan kerosakan sendi akibat ketegangan. Fleksibiliti sendi meningkatkan dengan pengambilan air kosong.
๐. ๐๐๐ฆ๐๐๐ค๐๐ซ ๐ฅ๐๐ฆ๐๐ค ๐ญ๐ฎ๐๐ฎ๐ก
Ketika anda minum hanya air putih selama 30 hari, tubuh anda akan menyingkirkan iritasi, racun berbahaya, dan hasil perkumuhan daripada organ penting dalam tubuh anda. Hal ini membuatkan tubuh anda bersih dan membantu menurunkan lemak tubuh. Pengambilan air kosong juga dapat mengurangkan rasa lapar anda.
Selain itu, pengambilan air kosong dapat meningkatkan kemampuan tubuh untuk membakar lemak. Kajian tersebut dilakukan oleh Journal of Endicronology Clinical and Metabolism yang menemukan bahwa air kosong dapat meningkatkan metabolisme sebanyak 30% dalam lelaki dan wanita. Andrea Giancoli N., MPH, RD, dan jurucakap The Academy of Nutrition and Dietetics juga menyampaikan bahawa minum satu atau dua gelas air putih sebelum makan dapat mengisi perut anda sehingga anda akan kurang makan daripada kebiasaannya. Pengambilan air kosong secara berkala juga akan membantu mengawal berat badan anda.