Celoteh Dr Malar

Celoteh Dr Malar Celoteh Dr Malar adalah laman rasmi Dr Malar Santhi Santherasegapan.

16/02/2026

Uols dah bersedia ke nak puasa lagi beberapa hari ni?

Peniaga bazaar Ramadhan pun dah bersedia ke? Meh dengar saya kongsikan sikit tips kebersihan untuk pengendali makanan sempena bulan puasa ni. 🧼✨

Jaga kebersihan, jaga kesihatan, dan selamat berpuasa korangs! πŸŒ™πŸ€²πŸΌ

13/02/2026

54.4% rakyat Malaysia kini dalam kategori overweight atau obesiti. Ini bukan perkara main-main lagi, kita perlu bertindak untuk "kuruskan" negara kita, SEKARANG!πŸƒβ€β™€οΈπŸ’¨

So saya nak kongsi 5 tips untuk anda capai versi supaya uols boleh mulakan langkah ke arah hidup lebih sihat hari ini jugak!

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Obesity is a Disease di link bio saya. ✨

11/02/2026

Ramai anggap ubat kurus ni β€œshortcut”. Tapi kalau BMI dah 30 (Obesity Class 1), itu dah jadi isu kesihatan, memang kena buat sesuatu.

Ubat anti-obesity yang tengah hangat orang sebut-sebut tu pun bukan semua orang sesuai untuk ambil.

Persoalannya β€” nak dapat kat mana? Macam mana nak tahu kita sesuai ke tak? Selamat ke? Apa kesan sampingan dia?

Jom dengar sendiri personal weight loss journey Dr James, CEO Columbia Asia Hospital Tebrau πŸ‘¨πŸ»β€βš•οΈβœ¨

PENAFIAN: Kandungan ini bertujuan pendidikan sahaja dan bukan pengganti nasihat perubatan profesional. Sila rujuk doktor bertauliah untuk sebarang diagnosis atau masalah kesihatan khusus.

10/02/2026

Baru-baru ini, saya berpeluang menghadiri Pementasan Teater Amal: "Najis Jadi Teman" sempena pelancaran CSR Sahabat Istimewa IWK!

Memang tersentuh hati sangat tengok teater ni yang dipersembahkan oleh penggiat seni tanah air dan komuniti OKU! Teater ni jugak dapat buka mata saya tentang pengorbanan IWK Warriors yang urus sisa najis setiap hari.

Tahniah Indah Water Konsortium atas inisiatif hebat ini! ✨

09/02/2026

Uols generasi suap anak atau Baby Led Weaning (BLW)? Jujurnya, anak-anak saya memang saya suap sampai besar. Tapi kalau boleh undur masa, saya lebih s**a bagi finger food supaya mereka belajar makan sendiri.πŸͺπŸ‘Ά

Selain real food, anak-anak masih boleh nikmati snek sihat dengan perasa semulajadi buah-buahan di antara waktu makan. Yang penting, anak dapat makan makanan yang berkhasiat.🍎✨

Follow Milna Malaysia untuk tahu lebih lanjut.

06/02/2026

Zaman sekarang, hidup tanpa internet memang MUSTAHIL! 🌐 Dari kerja sampailah ke homework anak, semuanya di hujung jari. Tapi ingat, bila semua dah online, risikonya pun online juga! 😱

Nak tahu cara guna internet dengan selamat? Jom ke Hari Keselamatan Internet 2026 pada 8 Februari ni di Taman Tasik Titiwangsa! 🌳

Selain tips digital dari TikTok, Meta, dan Google, ada juga konsert artis terkemuka tau. 🀩 Jom ramai-ramai kita meriahkan suasana! πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦


Dunia maya sekarang makin mencabar, mak ayah tak boleh leka! Macam mana nak lindungi anak-anak dari bahaya ni? Haaa... j...
06/02/2026

Dunia maya sekarang makin mencabar, mak ayah tak boleh leka! Macam mana nak lindungi anak-anak dari bahaya ni? Haaa... jom kita ke Hari Keselamatan Internet 2026 pada 8 Februari ini di Taman Tasik Titiwangsa. Kita fahami risiko siber dan cara kawal sebelum terlambat demi masa depan mereka. Jumpa anda di sana ya!

#

03/02/2026

Korang pernah tak terdetik nak check phone anak anak?
Ke kita dalam era "Mak Ayah tak leh tengok telefon anak, tu privacy"
Korang kategori yang mana satu?
Check atau izinkan privacy?

Jujur cakap, saya memang check dari hujung rambut telefon tu, dari casing, ke gallery, ke chats, ke games semua benda lah.... semua saya check !
Bukan sebab nak kawal anak atau nak invade privacy dia orang.. tapi sebab dunia digital ni bergerak lebih laju dari apa yang kita sempat "capture", sempat faham...

Kalau korang pun pernah terfikir benda ni, nak check atau nak biar, jom hadir ke Hari Keselamatan Internet 2026 pada 8 Februari di Taman Tasik Titiwangsa!

Event ni boleh jadi satu ruang untuk kita faham dan belajar sama-sama ~ JOM !

31/01/2026

Hari Thaipusam, biasanya kami akan ke kuil seawal pagi dalam keadaan vegetarian. Memang tak selera nak makan berat, tapi perut tak boleh kosong untuk hari yang panjang.

Jadi, secawan susu Fernleaf Full Cream yang suam jadi alas perut dan sumber tenaga kami sepanjang hari tuh!

Selamat menyambut Thaipusam guys dan selamat bercuti! ✨

30/01/2026

Susahnya nak cari susu anak! Kalau salah pilih, nanti perut tak selesa dan anak meragam sepanjang malam. 😭

Macam mana nak pastikan keselesaan perut diseimbangi dengan tumbesaran optimum? 🧠✨

Haaa, tonton video ni sampai habis tau! Kalau ragu-ragu, tanyalah doktor atau pegawai farmasi anda ya! πŸ‘©β€βš•οΈ

22/01/2026

Ramai tak faham kenapa pengurusan pembetungan yang baik ni saaangat penting. Bukan sekadar untuk elakkan longkang tersumbat je, tapi untuk elakkan endemik penyakit yang serius! 🦠🫨

Kita di Malaysia sangat beruntung sebab Indah Water Konsortium yang selenggara sistem pembetungan, sekaligus menjadi perisai dari wabak demi kesihatan dan keselamatan kita semua πŸ¦Έβ€β™‚οΈ

Haaa.. jom tengok video ni untuk tahu macam mana kita boleh bantu pertahankan perisai kita ni, boleh? 🫰

20/01/2026

Ada orang kata kalau sakit ACL, lutut tak boleh bengkok. Tapi kalau jalan semua ok jer, macam mana tu?

Haaa... sapa yang tengah sakit lutut atau "kena" ACL, meh dengar Pakar Ortopedik cerita dulu!

Address

Kajang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Celoteh Dr Malar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram