22/04/2017
APA ITU EKZEMA & ALTERNATIF RAWATANNYA
~Ekzema adalah merupakan masalah kesihatan yang berkaitan dengan alahan kulit atau radang kulit (dermatitis). Ekzema biasanya akan menyebabkan masalah kegatalan kulit yang agak kronik yang mengakibatkan ketidakselesaan dan kerengsaan. Ia boleh terjadi kepada semua peringkat umur, baik bayi, kanak-kanak mahupun dewasa.
Namun begitu, 85% penghidap ekzema dikenalpasti terdiri daripada mereka yang berumur 5 tahun ke bawah. Antara punca ekzema ialah berkaitan dengan pembawaan genetik daripada salah silah ahli keluarga yang juga penghidap ekzema, asma atau demam alergi.
~Jenis-jenis Ekzema
Ekzema terdiri daripada beberapa jenis. Antaranya:
*Atopik Dermatitis (AD)
*Dermatitis Sentuhan
*Neurodermatitis
*Ekzema pada Tangan
*Nummular Dermatitis
*Statis Dermatitis
Atopik dermatitis merupakan sejenis ekzema yang paling biasa terjadi. Pesakit akan mengalami kulit kering, gatal, merah dan merekah. kadangkala akan berlaku lelehan cecair dan berdarah pada kulit. Kebiasaanya bahagian yang akan terjadinya ekzema adalah pada tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.
~Penyebab Ekzema
Penyebab sebenar ekzema terjadi masih tidak dapat dikenalpasti. Namun, antara faktor-faktor yang mungkin menjadi penyebab utamanya ialah:
*Terdapat kecacatan kepada kulit yang akan merosakkan fungsi kulit tersebut
*Sistem imun yang tidak dapat berfungsi secara normal
*Terdapat kecacatan gen yang akan menyebabkan kehadiran protein tertentu yang abnormal dimana ia gagal mengekalkan fungsi kulit yang normal
*Bahan alergen yang menyebabkan reaksi alergi apabila bersentuhan dengan kulit seperti sabun, kosmetik, bahan pencuci, barangan kemas, habuk dan peluh.
*Berlaku perubahan pada suhu dan kelembapan
*Tekanan psikologi
*Penjagaan diri bayi
~Apa yang ibu boleh lakukan untuk memastikan ekzema bayi terkawal adalah :
*Memastikan kulit bayi kekal terhidrasi melalui pemakaian krim. Pastikan ia semulajadi dan selamat ya.
*Elakkan memandikan bayi terlalu lama dan terlalu kerap
*Elakkan kulit bayi daripada tersentuh bahan-bahan iritasi seperti sabun, minyak wangi, bahan pencuci, barang kemas dan perengsa alam sekitar
*Pakaikan pakaian kapas yang longgar
*Gunakan kain atau pemampat sejuk untuk mengurangkan kegatalan
*Ibu perlu menjaga pemakanan. Elakkan mengambil makanan yang boleh menyebabkan alahan
*Cuba untuk tidak menyebabkan bayi menjadi stress. Ya, bayi juga boleh berasa stress dan tertekan
*Elakkan aktiviti yang boleh membuatkan bayi anda panas dan berpeluh. Perubahan mendadak kepada suhu dan kelembapan boleh menjadikan ekzema bayi menjadi lebih teruk
*Kekalkan suhu sejuk di ruangan tidur bayi untuk mengelakkan bayi anda berpeluh
*Menyimpan diari untuk melihat dan mengesahkan apakah yang boleh mencetuskan ekzema anak anda
*Kerap membersihkan rumah agar kehadiran habuk dapat diminimakan.
*Pastikan kuku bayi sentiasa pendek untuk mengelakkan iritasi kulit akibat menggaru
Apabila bayi berasa gatal, mereka tidak akan dapat menahan diri daripada menggaru di bahagian yang gatal. Perkara ini akan mencederakan kulit mereka seterusnya menyebabkan kulit mereka lebih mudah diserang bakteria dan kuman, seterusnya akan mencetuskan infeksi dan alergi yang boleh membuatkan keadaan menjadi lebih teruk. Tidur mereka akan terganggu, keyakinan mereka akan menurun seterusnya memberi kesan kepada kualiti hidup mereka.
~Rawatan untuk ekzema bagi bayi yang masih
Menyusu Susu Ibu
*Luaran : Herbal Blend Multipurpose Cream
Sejenis krim serbaguna yang sangat baik untuk mengatasi masalah alahan kulit, melembutkan kulit kasar seperti di tumit kaki, lutut dan tapak tangan, menghilangkan parut luka biasa atau luka demam campak, menurunkan suhu badan, membuang angin dalam perut dan menyingkirkan selulit.
*Dalaman : Set Penyusuan Lengkap Shaklee
Bagi nutrisi secara dalaman, bayi s**ar untuk menerima sebarang ubat atau suplemen. Cara terbaik adalah melalui susu ibu. Jadi, pengambilan set penyusuan lengkap ini dapat membantu banyak keperluan bayi dari segi meningkatkan tahap imun atau daya tubuh melawan penyakit dan alahan. Selain itu set ini juga membantu bayi menjalani proses tumbesaran dengan baik dan lebih sihat.
Pm 0123845503~Info lanjut