Salju White merupakan formula khas untuk mengekalkan kulit yang muda dan sihat, ia membantu untuk mengekalkan keanjalan kulit anda, mengekalkan keindahan dan keremajaan kulit. Ia berupaya menggantikan sel kulit yang rosak dan memperbaharui diri untuk menghasilkan berjuta-juta sel-sel kulit yang baru. Keupayaan kulit anda untuk menggantikan sel-sel kulit mati dengan yang baru adalah penting untuk mengekalkan keremajaan kulit. Pembaharuan diri pada epidermis (lapisan kulit teratas) berlaku dalam tempoh 20 hari di kalangan orang dewasa muda, berbanding dengan 30 hari di kalangan orang dewasa pada pertengahan umur. Namun demikian, kadar pembaharuan ini menurun secara dramatik selepas umur 50 tahun. Apabila usia semakin meningkat, aktiviti sel stem merosot secara mendadak dan keupayaan kulit untuk pembaharuan diri menurun. Kulit menjadi lebih nipis dan kering, tompok penuaan dan kedutan muncul, keanjalan kulit hilang akibat penurunan penghasilan kolagen, dan keseluruhan kulit kelihatan kusam dan kurang kerancakan muda. Rosentech ™ Alpine Rose Stem Cell
Alpine Rose merupakan tumbuhan malar hijau yang hidup subur di habitat gunung Negara Swiss. Ia mempunyai keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran yang melampau seperti pendedahan kepada sinaran UV sengit dan perubahan suhu ekstrem. Tumbuhan ini kaya dengan sebatian polifenolik yang mempunyai kesan antioksidan kuat dalam memerangkap radikal bebas. Sebagai tindak balas kepada cuaca sejuk dan kering di gunung Negara Swiss, Alpine Rose mula mensintesis sejenis protein perlindungan yang dikenali sebagai Dehydrins dalam tisu daunnya. Dehydrins membantu untuk mengekalkan air dalam membran sel dan mengelakkan dehidrasi yang disebabkan oleh cuaca sejuk dan kering. Sel-sel stem Alpine Rose mengandungi faktor epigenetik khas dan metabolit yang mampu mengekalkan fungsi sel-sel stem kulit manusia. Rosentech ™ Alpine Rose Stem Cell:
Merangsang aktiviti sel stem pada epidermis kulit, menyegarkan dan meningkatkan daya pemulihan dan pembaharuan diri kulit. Melindungi sel kulit daripada tekanan dari alam sekitar seperti sinaran UV, radikal bebas dan dehidrasi. Pengurangan kedutan dan garis-garis halus pada kulit
Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan pemulihan kulit
Sel Stem Buah-buahan (Epal, Manggis dan Campuran Berry): meningkatkan jangka hayat sel-sel stem kulit dan melambatkan penuaan sel-sel epidermis kulit. Hydrolyzed Marine Collagen: menguatkan struktur tisu kulit, meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit. Kolagen adalah protein berserabut yang merangkumi 75% daripada komposisi kulit kita. Ia mengurang secara drastik selepas umur 25 tahun, dengan kadar kira-kira 1.5% setiap tahun. Ini mengakibatkan kesan-kesan penuaan kulit, termasuk kedutan, garis-garis halus, kulit kendor, jeragat dan kulit kusam. Antioksidan (Ekstrak Pine bark, Tremella, Ekstrak soya dan Vitamin C): dikenali sebagai "pembangkai radikal bebas" yang mengurangkan kerosakan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas dan membantu mengekalkan kulit yang sihat. Asid Amino (Arginine dan Ornithine): Bekalan nutrien untuk menyuburkan kulit dan meningkatkan penghasilan kolagen.