Fabulous Parent

  • Home
  • Fabulous Parent

Fabulous Parent Living a healthy life

23/11/2023
07/06/2022

Bila tengok nasi dan air ni, saya teringat kat kakak, anak sulong yang kat asrama. Saya tak pernah sangka dengan usianya dia akan layan saya macam ni.

"Umi, pergilah makan. Kakak jaga adik."

Bila saya ke dapur, saya tengok nasi dah dihidang, air pun dah dituang. Allahurabbi. Sebak sungguh.

Apa yang buat saya sebak ialah, apa yang kakak buat ni ialah apa yang abinya buat kat saya.

Sejak bertahun-tahun kahwin, kalau suami siap makan dulu, dia akan tuangkan air untuk saya. Simple sangat. Tapi, rupa-rupanya anak perhatikan.

Dan sejak sekitar 2 tahun lepas, masa umurnya 11 tahun, kakak sentiasa tuangkan air untuk saya dan abinya kalau dia siap makan dulu.

Dan kali ni, bila dia tengok saya sentiasa terkejar-kejar nak makan bila ada baby, dia upgrade letak nasi sekali. Subhanallah.

Apa yang lebih mengejutkan saya ialah bila kakak dah masuk asrama, Afham yang nombor dua tu automatik ambil tugas kakak.

"Umi, air umi ni. Afham dah letak." Allahurabbi, macam di'pass' tugas tu pada adiknya.

Tuan puan,

Saya tak pandai ilmu parenting. Teori-teorinya banyak saya tak tahu. Saya sentiasa merasakan banyak kesilapan saya dalam mendidik anak-anak.

Cuma, satu je pesan mak saya yang saya ingat.
'Buat baik.'

Suami buat baik pada isteri.
Isteri buat baik pada suami. Dan,
Mak ayah buat baik pada anak-anak.

Selepas berbelas tahun, barulah saya benar-benar nampak hasil 'buat baik' yang mak pesan. Subhanallah. Alhamdulillah.

Wallahu a'lam.

Sariah Suhailah Chik
Masih belajar untuk buat baik

11/05/2022

Tips Kuatkan Gigi Anak & Elak Karies Dengan Sapuan Florida

1. Apakah Sapuan Florida?

Sapuan fluorida atau Varnis Fluorida adalah fluorida yang disapu pada permukaan gigi untuk mencegah kerosakan gigi. Ia merupakan cecair likat yang mengandungi bahan fluorida.

2. Tujuan & Manfaat Sapuan Florida

Varnis fluorida merupakan rawatan klinikal yang cepat bagi mencegah karies, tidak menyakitkan dan selamat bagi kanak-kanak.

Penggunaannya mampu mengurangkan kerosakan gigi di kalangan kanak-kanak sehingga 30%-50% dengan bertindak menguatkan struktur gigi.

3. Usia Yang Sesuai Membuat Sapuan Florida

Sesiapa sahaja boleh diberikan sapuan flourida ini seawal bayi tumbuh gigi sehinggalah remaja dan orang dewasa. Ini terutamanya bagi kanak-kanak yang berisiko tinggi karies seperti minum susu botol, banyak makan dan minum manis, teknik pemberusan tidak betul, malas gosok gigi dan ada gigi yang sudah rosak.

4. Bagaimana Sapuan Florida Dilakukan?

Sapuan florida ini hanya mengambil masa yang sangat singkat.

Mula-mula, gigi akan dibersihkan dengan kain kapas lembut (gauze). Apabila gigi telah dibersihkan, sedikit varnis fluorida akan disapu pada permukaan gigi tersebut.

Varnis fluorida akan mengeras dan melekat pada permukaan gigi sejurus selepas sapuan. Ia untuk membantu penyerapan flourida ke dalam gigi. Biarkan untuk beberapa jam. Ia akan hilang dan boleh ditanggalkan semasa memberus gigi nanti.

5. Berapa Kerap Ia Perlu Dibuat?

Untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi mendapat kerosakan gigi, varnis fluorida boleh disapu sebanyak 2 hingga 4 kali setahun.

Namun, ia bukanlah rawatan rutin dan kanak-kanak mesti menggosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Tak boleh bergantung kepada sapuan fluorida saja ya!

6. Di Mana Boleh Buat?

Sapuan varnis fluorida boleh didapati di klinik-klinik pergigian kerajaan dan swasta.

7. Bolehkah Disapu Sendiri?

Tidak. Ia juga tidak dijual di farmasi kerana sapuan ini hanya boleh dilakukan oleh professional dan atas nasihat doktor

Untuk dapatkan rawatan ini di klinik kami boleh pm atau WA
www.wasap.my/601172723035

Spend time with them during early initial stages of childhood
21/08/2020

Spend time with them during early initial stages of childhood

19/02/2020

Address


25200

Telephone

0133927716

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fabulous Parent posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram