28/04/2024
1st time buat.. Mencuba😊
Selalunya nak raya arwah mak mertua paling busy buat kek ni.. Sekarang saya yang s**a mengenang Dan akan buat apa yang dia buat😊... Maklumlah 9tahun duduk dengan mertua.. S**a duka kami2 je yang tahu..
FATIHAH tuk semua kesayangan saya
OK saya share resepi ya.. Saya tak pandai tulis resepi jadi ikut lah step yang saya tulis tu😅
Resepi kek buah cik ila
-------------------------------------
🌸2cwn buah kering Dan kismis tak kisah warna apa, rendam dalam air panas dlm 5mnit dan toskan ya
🌸1 cwn Gula masuk dlm kuali buka api slow sahaja
🌸Bila colour dah bertukar perang, Masukkan 1/2 cwn madu
🌸Sambil kacau, Masukkan 1/2 cwn air panas, Hati2 ya geng
🌸Masukkan seketul butter 250gm dan biarkan cair, OK dah cair Masukkan Buah2 kering tadi dan api slow tu biarkan dalm 5mnit sampai Buah2 tu kembang, Haa dah cantik kembang masa ni Masukkan 2sd besar sunquick
🌸OK sementara tu,
- Ayak tepung gandum 3cwn
- 1sd besar baking powder
- 1sk soda bikar bonat
- 1sk cream of tartar
🌸Dah ayak semua Masukkan dalam adunan tadi dan kacau sampai adunan tu pekat ya
🌸OK dh pekat, tutup api dulu
🌸Blande 3 biji Telur sampai berbuih Dan Masukkan kedalam adunan kek buah tadi, gaul sebati ya
🌸OK dah satukan adunan Masukkan dalam bekas taburkan la dengan kismis ke buah kering ke ikut s**a geng2 ye
🌸Kukus 3-4jam,jgn lupa tengok air tu jgn smpi kering, kalau nk tmbah air, air panas ya geng bukan air sejuk
OK dah siap tulis, selamat mencuba🤩