NF Nursing Homecare

NF Nursing Homecare Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from NF Nursing Homecare, Medical and health, Ipoh.

20/02/2020

assalamualaikum..memerlukan female nurse utk kes di malim nawar, perak

female (76y.o)
dimentia
start 2/3/2020-6/3/2020~5hari shj
(7am-3 pm)

berminat boleh wasap 018-4615958

08/04/2018

Assalamualaikum...mmerlukan male nurse..utk jgaan di hospital ipohh..
Berminat boleh pm sy..

11/01/2018

Nf Nursing Homecare menyediakan perkhidmatan jururawat peribadi kepada pelanggan yang memerlukan penjagaan dan rawatan rapi di rumah dan juga di hospital dengan caj pengurusan yang berpatutan..
Kesemua jururawat kami adalah jururawat terlatih dan berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia..utk sebarang maklumat/ pertanyaan..anda boleh hubungi di talian : 01124194241 / 0184615958

semoga atok cepat sihatt..jgaan pt dihrpb..pt on ryles tube,tracheostomy and suction,woundcare
11/01/2018

semoga atok cepat sihatt..jgaan pt dihrpb..
pt on ryles tube,
tracheostomy and suction,
woundcare

11/01/2018

assalamualaikum..warga nf nursing homecare..

terima kasih pd pn aaliya..kerana mempercayai nursing kami disepanjang perkhidmatan yg diberikan.
kami berdoa semoga diberikan kesihatn yg lebih baik dan rezeki yg melimpah ruah..

hrpb

assalamualaikum...selamat tahun baru 2018..semoga kita semua sentiasa dikurniakan kesihatan yg lebih baikk..
01/01/2018

assalamualaikum...selamat tahun baru 2018..semoga kita semua sentiasa dikurniakan kesihatan yg lebih baikk..



wound care..cucian luka utk bedsore..pt di ipoh.smga cepat sihatt..pentingnya jgaan luka sbelum merebak lebih trukk.
07/12/2017

wound care..cucian luka utk bedsore..pt di ipoh.smga cepat sihatt..pentingnya jgaan luka sbelum merebak lebih trukk.

arini duty di buntong..diharapkan semua pelanggan diberikan kesihatan yg baik dn segala amalan yg kita lakukan diberkati...
07/12/2017

arini duty di buntong..diharapkan semua pelanggan diberikan kesihatan yg baik dn segala amalan yg kita lakukan diberkati oleh -Nya..insyaallah amin

07/12/2017

INFO DARI DR ERNA NADIA

APA ITU THALASEMIA...??

TALASEMIA
( Repost- tak sempat siapkan artikel penyakit mental by today)

Talasemia adalah sejenis penyakit genetik yang disebabkan oleh mutasi pada gen di bahagian Hemoglobin.

Hemoglobin adalah salah satu jenis protein pada sel darah merah. Ianya berfungsi untuk membekalkan oksigen dan nutrisi penting lain ke seluruh badan kita.

Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi dan berkualiti yang diperlukan oleh badan.

Talasemia boleh dibahagikan kepada tiga:
1. Talasemia minor
Dikenali sebagai pembawa. Mereka mempunyai gen talasemia tetapi tidak mempunyai tanda tanda talasemia.

2. Talasemia minor
Golongan ini mempunyai keseluruhan gen talasemia dan mempunyai tanda tanda talasemia.

3. Talasemia intermedia
Golongan ini membawa gen talasemia dan tanda tanda ditunjukkan pada peringkat yang lebih lewat.

Talasemia juga boleh dikategorikan mengikut jenis protein yang terlibat. Terdapat dua jenis protein di dalam rantaian protein yang membentuk Hemoglobin iaitu Alpha dan Beta. ( sumber dari doktor budak)

Bagi Alpha Thalassaemia, terdapat tiga jenis, iaitu:
* Hb Bart’s, jenis yang paling teruk di mana keempat-empat rantai alpha adalah tidak normal. Bayi biasanya meninggal dalam kandungan, disebabkan kekurangan haemoglobin yang teruk.
* Penyakit HbH, di mana tiga rantai alpha adalah tidak normal, dan satu rantai alpha normal. Pesakit mengalami kekurangan darah yang sederhana, dan ada yang memerlukan transfusi darah.
* Alpha Thalassaemia Trait, di mana satu atau dua rantai alpha tidak normal. Keadaan ini biasanya tidak menyebabkan apa-apa tanda atau gejala, dan seseorang dengan keadaan ini tidak memerlukan rawatan.

Bagi Beta Thalassaemia, terdapat tiga jenis yang utama, iaitu:
* Beta Thalassaemia Major, di mana kedua-dua rantai beta adalah tidak normal. Kebanyakan haemoglobin dalam badan tidak dapat berfungsi, dan pesakit mengalami kekurangan darah merah teruk, dan memerlukan rawatan sepanjang hayat.
* Beta Thalassaemia Intermedia, di mana kedua-dua rantai beta tidak normal, tetapi berupaya menghasilkan haemoglobin yang berfungsi separa. Pesakit mengalami kekurangan darah yang sederhana, dan memerlukan pemantauan dan rawatan tertentu. Gejala yang dialami adalah kurang, berbanding dengan Beta Thalassaemia Major.
* Beta Thalassaemia Trait, di mana salah satu rantai beta adalah tidak normal, dan satu lagi normal. Seseorang yang mengalami Trait biasanya sihat, tidak mengalami apa-apa tanda atau gejala, dan tidak memerlukan rawatan. Contohnya bintang Bollywood, Amitabh Bachchan, jaguh bola sepak Perancis, Zinedine Zidane, dan Pete Sampras, pemain tenis lagenda yang memenangi 14 pertandingan ‘Grand Slam’, kesemuanya mengalami Beta Thalassaemia Trait!

Apakah tanda tanda talasemia?
1. Pucat
2. S**at bernafas
3. Sentiasa lemah dan kurang bermaya
4. Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limfa
5. Degupan jantung laju
6. Tumbesaran terbantut
7. Perubahan pembentukkan di kawasan muka biasanya rahang, dagu dan p**i ( tanda lewat)

Talasemia minor biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda tanda. Ianya dikesan melalui saringan darah semasa bayi dan di sekolah.

Talasemia intermedia menunjukkan tanda tanda dari usia remaja ke dewasa.

Talasemia major biasanya menunjukkan tanda tanda sejak dari bayi lagi dan tanda tanda akan semakin teruk jika rawatan sebetulnya tidak dilakukan.

Adakah talasemia boleh berjangkit?
Tidak sama sekali.
Talasemia adalah penyakit genetik.
Ianya tidak boleh merebak melalui udara, air, sentuhan mahupun pemindahan darah.

Apakah rawatan untuk talasemia?
Talasemia minor biasanya tidak memerlukan rawatan.

Talasemia intermedia biasanya memerlukan pemindahan darah jika sudah mula ada tanda tanda seperti yang disebut di atas.

Talasemia major memerlukan rawatan pemindahan darah 1-2 kali sebulan sepanjang hayatnya. Ini kerana hemoglobin mereka biasanya kurang dari 6 dan ianya boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan betul. Pemindahan sum sum tulang ( bukan tulang rawan) hanya boleh dilakukan jika oleh adik beradik yang sihat dan mempunyai HLA yang sama sahaja.

Selain itu ada juga pil dan suntikan untuk talasemia.

Adakah lelaki akan lebih teruk untuk mendapat talasemia?
Kebarangkaliannya adalah sama sahaja untuk lelaki dan perempuan.

Adakah talasemia boleh dieelakkan?
Insha Allah boleh.
Jika anda adalah pesakit talasemia, kalau boleh elakkan dari mencari pasangan yang mempunyai pesakit talasemia juga.

Saya simpulkan kebarangkalian anak anak anda jika anda berkahwin dengan pesskit talasemia juga di dalam gambar di bawah😊

Perlukah supplemen tambahan untuk tambah darah?
Jika doktor anda kata perlu, doktor anda sendiri yang akan berikan kepada anda.
Tolong jangan memandai mandai beli supplemen atau vitamin tambah darah tanpa berbincang dengan doktor yang merawat anda.

Walaupun yang menjual itu adalah doktor juga, yang mudah terpedaya. Bukan dia yang merawat anda secara berdepan dan sepenuhnya.

Pengambilan supplemen dan vitamin yang salah akan membawa padah.
Fungsi hati dan buah pinggang anda akan punah dan nyawa anda yang akan dipertaruh.

Adakah talasemia boleh sembuh?
Penyakit genetik s**ar untuk sembuh. Rawatan biasanya untuk membantu memulihkan simptom yang ada dan mengelakkan komplikasi.

Ingat, jika ada sebarang pertanyaan tentang kesihatan, datang ke klinik atau hospital untuk rawatan yang betul.

Pembawa dan penghidap penyakit talasemia perlu mengurangkan makanan yang mempunyai kandungan zat besi yang tinggi. Antara makanan yang tinggi zat besi ialah: ( sumber dari myportal health)
* Organ dalaman seperti hati
* Produk makanan yang diperkaya dengan zat besi
* Bijiran yang diperkaya dengan zat besi
* Kuning telur
* Kekacang dan legum
* Kebanyakan sayuran hijau yang berdaun
Walaubagaimanapun, pembawa talasemia boleh juga mengalami kekurangan zat besi terutamanya pada ibu hamil, dalam keadaan ini pembawa boleh mengambil vitamin zat besi atas nasihat doktor.

Kenapa perlu kurangkan makanan tinggi zat besi?
Darah adalah kaya dengan zat besi.

Pesakit talasemia major memerlukan transfusi darah sepanjang hayatnya.
Zat besi yang terkumpul dari transfusi darah pada jangka masa panjang boleh merosakkan hati dan jantung terutamanya dan juga organ lain.

Pesakit talasemia intermedia yang tidak memerlukan transfusi darah, juga boleh mendapat peningkatan besi di dalam badannya. Ini disebabkan penyerapan zat besi yang lebih pada usus pesakit. Dengan ini pesakit talasemia intermedia juga perlu mengelakkan makanan tinggi zat besi.

Sebab itu sebarang supplemen dan vitamin tambahan wajib mendapat pemantauan dari doktor yang merawat anda.

Jangan memandai beli sendiri ok. Talasemia dan kekurangan iron adalah tidak sama walaupun keduanya adalah anemia✌️

Nota kaki : Saringan untuk talasemia boleh dilakukan di klinik atau hospital berdekatan anda. Ingat, ianya adalah penyakit genetik dan ianya adalah salah satu jenis anemia.

Dr. Erna Nadia
Iman tanpa ilmu bagaikan lentera di tangan bayi. Namun ilmu tanpa iman, bagaikan lentera di tangan pencuri ( Hamka)😊

Kesihatan seorang WANITA adalah milik anda, hak anda!Hari Ini adalah Hari Diabetes Sedunia. Saya sangat s**a temanya:Wan...
15/11/2017

Kesihatan seorang WANITA adalah milik anda, hak anda!

Hari Ini adalah Hari Diabetes Sedunia. Saya sangat s**a temanya:
Wanita dan Diabetes: Kesihatan Kita, Hak Kita, Milik Kita.

Sebagai seorang wanita, saya mahu SEMUA WANITA:

1. Mencegah Kencing Manis dengan gaya hidup sihat. Anda mampu mengubah KESEMUA ahli keluarga dengan menjadi contoh dan masak makanan yang sihat-sihat sahaja.

Betapa pentingnya anda, wahai WANITA

2. Bila ada Kencing Manis mohon kawal ya. Ada caranya di bawah. Yang pastinya, BUKAN dengan ambil produk, suplemen dan yang sewaktu dengannya.

3. Kesihatan anda MILIK ANDA, HAK ANDA. Sebagai pengamal perubatan, bila mengendalikan pengurusan penyakit kronik seperti keperluan Dialisis (yang kalau tidak buat akan melibatkan nyawa), saya harap para WANITA boleh membuat keputusan sendiri.

Saya nak lihat wanita-wanita berdikari dan menyedari yang KESIHATAN anda, anda lah yang buat keputusan. Tak perlu tanya orang lain.

Jangan beri hak anda kepada orang lain!

Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Perubatan & Nefrologi

Hari ini, terdapat berita daripada American Heart Association (AHA) mengenai guideline baru penyakit tekanan darah tingg...
15/11/2017

Hari ini, terdapat berita daripada American Heart Association (AHA) mengenai guideline baru penyakit tekanan darah tinggi (Hypertension). Sebelum ini, kebanyakan guidelines menyebut definisi hypertension sebagai mereka yang mempunyai tekanan darah melebihi 140 sistolik dan 90 diastolik (140/90). Tapi menurut guideline terbaru dari AHA ini, mereka yang memiliki tekanan darah melebihi 130/80 sudah dikategorikan sebagai Stage 1 Hypertension.

Rakan-rakan doktor yang ingin membaca sendiri guideline ini boleh memuat turun di :

http://hyper.ahajournals.org/content/early/2017/11/10/HYP.0000000000000066.full.pdf?download=true

Guidelines ini, sudah tentu dibuat dengan berdasarkan evidence based medicine. Guideline terbaru dari AHA ini dibuat oleh panel 21 orang saintis dan pakar yang telah menyemak lebih 900 jurnal terbaru mengenai hypertension. Dengan perubahan pada klasifikasi ini, adalah dijangkakan lebih separuh dari rakyat Amerika akan tergolong dalam mereka yang menghidap Hypertension.

Bagaimana dengan Malaysia?

Negara kita, mengeluarkan guideline kita sendiri sesuai dengan demografik dan etnik populasi kita. Guideline (Dipanggil CPG = Clinical Practice Guideline) kebiasaannya dikeluarkan lima tahun sekali, dan CPG terakhir untuk penyakit Hypertension adalah diterbitkan pada tahun 2013 diterbitkan di Academy of Medicine Malaysia (Acadmed).

CPG Hypertension ini akan dikemaskini dan disemak semula (dijadualkan pada 2018), dan mungkin akan turut mengambilkira perubahan yang dibuat didalam guidelines AHA tersebut.

Adakah saya sudah kena mula makan ubat?

Menurut guideline AHA yang terbaru ini, mereka menggalakkan penggunaan home monitoring BP (dipanggil out-of-office BP measurement) untuk mengesahkan diagnosis hypertension. Ada syarat-syaratnya yang tertentu, of course, seperti penggunaan mesin BP yang telah calibrate/verified serta teknik yang betul. Dapatkan bacaan dua kali (selang seminit) setiap hari pada waktu berbeza pagi dan petang. Catatkan (atau ambil gambar), dan bawa berjumpa doktor di mana-mana klinik kesihatan atau klinik swasta.

Doktor akan mengambil purata 2 bacaan atau lebih untuk mengesahkan sama ada anda menghidap hypertension atau tidak.

Untuk Stage 1 Hypertension (130-139/80-89), doktor tidak akan terus memulakan ubat berdasarkan bacaan tekanan darah semata-mata. Sebaliknya, doktor akan mengambilkira faktor-faktor lain seperti umur, adakah anda merokok, penyakit-penyakit lain seperti kencing manis.

Sebaliknya untuk Stage II Hypertension (>140/90), doktor akan menyarankan untuk terus memulakan ubat, bahkan menurut guideline ini, doktor akan memulakan dua jenis ubat serentak, bukan lagi satu-satu.

Kalau tak makan ubat?

Saya selalu ceritakan, komplikasi bagi darah tinggi ini kita bahagikan kepada dua. Ada komplikasi akut yang datang secara mengejut dan tiba-tiba, seperti strok dan serangan jantung. Saya pernah menerima pesakit yang mendapat serangan strok yang teruk, datang dalam keadaan tekanan darah cuma 150/100 sahaja.

Namun, terdapat jenis komplikasi yang kedua. Komplikasi kedua ini kita panggil komplikasi kronik, yang berlaku secara perlahan-lahan. Terlalu perlahan sehingga pesakit sendiri tidak sedar. Contohnya kerosakan yang berlaku pada salur darah kecil seperti di mata, dan di buah pinggang. Hypertension tak menyebabkan esok bangun pagi terus kelabu mata, tak. Sebaliknya, proses kerosakan berlaku secara perlahan, dalam tempoh bertahun-tahun lamanya.

Selalu pesakit minta "chance", "Ala doktor, bagi saya control makan dahulu lah..next time saya datang kalau tekanan darah masih tinggi baru saya start makan ubat".

Kalau mengikut guideline, peluang untuk "minta chance" ini diberikan pada tahap elevated blood pressure (BP 125/80) lagi, bukannya pada tahap 140/90. Ini kerana pada tekanan darah 140/90, lebih lama kita menunggu, kita sebenarnya memberikan "chance" kepada blood pressure tersebut untuk terus-terusan mendatangkan damage/kerosakan pada dinding saluran darah dan jantung kita.

Damage/kerosakan ini berlaku pada level cellular. Kita tak nampak. Kita tak nampak bagaimana salur darah di retina mata menjadi calcified, sclerosed. Kita tak nampak bagaimana sel-sel di glomerulus buah pinggang mengalami fibrosis (berparut).

Sedar-sedar, setahun kemudian mata kita semakin samar-samar. Check darah, rupanya buah pinggang sudah terjejas.

Makan ubat darah tinggi bukan penyebab rosaknya buah pinggang. Tak makan ubat, tekanan darah tidak dikawal bawah 130/80, itulah penyebab komplikasi kronik seperti rosaknya buah pinggang.

Gambar : Kalau mengikut klasifikasi baru oleh AHA ini, bacaan tekanan darah saya 125/85 sudah dikategorikan sebagai Stage 1 Hypertension.

MASALAH MENTALAssalammualaikum & hello😊Lega rasa hampir dua hari tak tengok fb hehe.Ok, harini saya nak kongsi tentang p...
13/11/2017

MASALAH MENTAL

Assalammualaikum & hello😊
Lega rasa hampir dua hari tak tengok fb hehe.

Ok, harini saya nak kongsi tentang penyakit mental.
Artikel ini panjang dan harap awak semua tabah membaca sehingga habis ok😘

Dianggarkan oleh WHO, menjelang tahun 2020, penyakit mental akan menjadi semakin parah dan barah kerana dianggarkan akan menjadi penyakit kedua tertinggi selepas penyakit jantung.

Semakin ramai orang yang hidup dalam tekanan yang menjurus ke arah masalah sosial seperti bunuh diri, bunuh orang lain, rogol, rompak yada yada yada.

Apakah penyakit mental?
Penyakit adalah sejenis penyakit yang mengganggu fungsi normal otak dan menyebabkan berlakunya perubahan dari segi kelakuan, pemikiran dan perasaan seseorang.

Ianya boleh menyebabkan kewarasan seseorang terganggu ataupun tidak bergantung kepada jenis masalah mental.

Penyakit ini terbahagi kepada 3 jenis utama iaitu
1. Psikosis
2. Neurosis
3. Kecelaruan personaliti.

Saya sudah rumuskan di dalam gambar rajah di bawah ya.

Nanti saya huraikan makna dan ciri ciri untuk setiap satu jenis masalah yang disenaraikan.

Apakah penyebab berlakunya penyakit ini?
1. Genetik
- Individu yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang mempunyai masalah mental adalah lebih berisiko tinggi.

2. Jangkitan virus
- Individu yang pernah mengalami masalah jangkitan kuman atau virus di dalam otak berisiko untuk mengalami masalah mental jika tidak dirawat dengan betul.

3. Masalah neurotransmitter ( bahan kimia di dalam otak) yang tidak seimbang / tidak normal menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan hormon.
- Schizophrenia : terlebih hormon dopamine
- Kemurungan : Hormon serotonin terlalu rendah
- Mania : terlebih hormon serotonin

4. Sejarah hidup atau sejarah silam yang terlalu sakit dan pahit
5. Masalah sosio ekonomi yang rendah/susah dan diabaikan

Adakah penyakit mental boleh diubati?
Alhamdulillah ya.
Penyakit ini boleb diubati jika individu tersebut mendapatkan pemeriksaan dan rawatan yang betul.

Jika anda merasakan yang diri anda pelik atau tidak sama seperti dahulu lagi, berjumpalah dengan doktor yang bertauliah.

Ok, jom kita huraikan makna & ciri ciri setiap jenis penyakit mental.

1. Kemurungan
- Penyakit yang berlaku akibat perasaan sedih dan murung yang terlampau dan berpanjangan.
- Ciri ciri :
a. Sering murung atau marah marah melebihi tempoh dua minggu
b. Sering berasa rendah diri atau merasakan diri tidak berguna
c. Kurang selera makan ( berat badan menurun)
d. Selalu rasa bersalah atas sebab sebab yang tidak diketahui
e. Kurang berminat untuk bergaul dengan orang sekeliling
f. Perubahan cara tidur ( terlebih atau terkurang)
g. Selalu letih dan tidak bermaya
h. S**ar menumpukan perhatian atau kosentrasi
i. Mempunyai perasaan untuk membunuh diri atau merasakan diri tidak berguna
j. Perubahan dalam aktiviti seharian ( kurang atau terlebih aktif)

2. Kebimbangan
- Penyakit yang dihantui rasa bimbang, resah dan gelisah
- Ciri-ciri :
a. Risau berlebihan dan berterusan
b. Pandangan yang tidak realistik
c. Mudah marah
d. Ketegangan otot
e. Sering sakit kepala, berpeluh, meloya, gementar, letih
f. Kes**aran menumpukan perhatian
g. Keperluan untuk pergi ke bilik mandi kerap
h. Mempunyai masalah tidur ( kerap atau kurang)
i. Mudah terkejut

3. Schizophrenia
- Sejenis penyakit mental yang kronik dan menggangu fungsi normal otak, kelakuan, kewarasan dan perasaan seseorang.
- Tanda tandanya adalah:
a. Delusi
- Satu kepercayaan yang kuat tetapi palsu yang tidak dapat digugat oleh pendapat yang waras.
- Contohnya percaya bahawa orang lain berpakat untuk berbuat jahat kepadanya, percaya bahawa fikiran dan kelakuannya dikawal oleh makhluk luar seperti jin, hantu atau keramat, percaya bahawa ia mempunyai kuasa yang istimewa dan luar biasa.
- S**ar untuk menumpukan, membentuk dan mengekalkan arus pemikiran. Pertuturan s**ar difahami dan tidak berkaitan dengan soalan yang ditanya.

b. Halusinasi
- Persepsi yang salah. Contoh: Mendengar suara-suara ghaib bercakap kepadanya atau bercakap sesama sendiri atau membuat ulasan terhadap apa yang dilakukannya sedangkan suara itu tidak didengari oleh orang lain

c. Tingkah laku yang pelik daripada biasa dan berubah ubah
d. S**a menyendiri
e. S**ar melakukan aktiviti seharian

4. Kecelaruan manik-depressif ( Bipolar)
- Sejenis penyakit mental yang menjejaskan ragam, tenaga dan keupayaan seseorang untuk berfungsi secara normal.
- Mempunyai perubahan yang ketara dari segi emosi
- Sering hilang kawalan diri
- Menjadi terlalu gembira atau terlalu sedih

5. Paranoid
- Penyakit mental yang menyebabkan seseorang individu mengalami tanda tanda seperti:
a. Mudah curiga / curiga yang melampau
b. Selalu merasakan orang lain mempunyai motif jahat terhadapya
c. Berasa dirinya digunakan atau dikhianati oleh sesiapa
d. S**ar bekerjasama dengan orang lain
e. S**a mengasingkan diri dari orang lain.
f. Mempunyai persepsi yang buruk tentang diri sendiri
g. Mudah/ s**a berdendam dengan orang lain
h. S**ar menerima humor atau susah untuk berlawak
i. Mudah marah

6. Schizoid
- s**a menyendiri atau menjauhkan diri dari orang ramai
- Lebih tertarik dengan pemikiran sendiri
- S**a mengelamun
- S**ar untuk berhubung dengan orang lain
- Berisiko menjadi schizophrenia

7. Schizotypal
- berfikir dan berperilaku aneh
- percaya kepada kuasa pelik seperti telepati
- perubahan persepsi
- tidak mempunyai emosi atau respon yang normal terhadap sesuatu
- salah menginterpretasi sesuatu peristiwa atau masalah
- merasakan diri sendiri adalah orang buangan atau orang asing

8. Antisosial
- masalah mental yang agak serius kerana mereka tidak berasa bersalah melakukan kesalahan walaupun kesalahan yang serius.
- mempunyai ego yang tinggi
- s**ar atau tidak mahu menerima pendapat orang lain
- s**a menyendiri
- tidak mempunyai sikap domain/ dominasi
- s**ar atau tidak akan meminta bantuan

9. Borderline
- Merasa takut diabaikan
- mempunyai kelakuan yang impulsif dan merbahaya
- mudah marah
- mudah hilang sabar
- mudah berubah persepsi terhadap seseorang ( dari baik menjadi buruk)
- mempunyai idea untuk mencederakan atau membunuhndiri
- merasa stress atau kekosongan untuk jangka masa yang lama

10. Histrionik
- mempunyai kecenderungan supaya dirinya dis**ai oleh orang ramai dan akan berasa sedih dan marah jika dirinya tidak dis**ai
- sanggup melakukan apa sahaja supaya dirinya menjadi perhatian orang lain
- mudah berpura pura asalkan dapat menarik perhatian orang lain
- mampu mengubah ekspresi emosi dengan cepat untuk menarik perhatian orang lain
- s**a memakai pakaian atau perhiasan atau berhias yang berlebihan dan menjolok mata untuk mendapatkan perhatian orang lain
- s**a berdrama dan berbohong untuk dapatkan perhatian orang lain
- selalu menganggap suatu hubungan menjadi lebih intim dari yang sebenarnya

11. Narsisistik
- individu yang menganggap dirinya adalah yang terhebat dan sering mahu dikagumi oleh orang lain.
- banyak berbicara tentang diri sendiri dan berasa dirinya hebat atau istimewa
- gilakan perhatian orang lain
- memiliki perubahan hati yang tidak realistik
- berusaha untuk menang walau apa jua cara
- gemar berfantasi tentang kejayaan yang tidak terhingga samada kehidupan, kawangan atau kekuasaan
- mempunyai tujuan yang tidak realistik


12. Avoidant
- Menghindari aktiviti berkumpulan kerana takut dengan kritikan atau ketidaksetujuan pendapat
- mudah berasa sensitif dengan kritikan orang lain
- selalu berasa rendah diri dengan orang sekeliling
- selalu merasakan dirinya tidak menarik
- memiliki idea yang limited kerana takut tidak

13. Obsesif-kompulsif ( OCD)
- Obses dari aspek pemikiran, bayangan atau cara yang bertubi tubi
- Mudah berasa resah, gelisah, cemas, stress jika keadaan yang biasa dilakukan tidak menjadi seperti biasa
- Sedar akan perbuatan sendiri
- cepat marah, mudah tersinggung jika fungsi sosial mereka tidak terurus
- tumpuan sering terganggu menyebabkan hubungan dengan orang sekeliling terganggu
- mudah murung, sedih, kurang selesa, cepat letih,berat badan menurun

Jika anda tanda tanda seperti yang diterangkan di atas, dapatkan pemeriksaan yang sepatutnya.

Penyakit mental boleh dirawat.

Lakukan ujian pemeriksaan mental.

Jangan terus menyalahkan jin dan makhluk ghaib jika berlaku perubahan identiti.

Tidak ada istilah orang gila, hanya orang yang kurang waras atas sebab sebab tertentu.

Jika anda perasan ada kawan atau saudara atau pasangan atau anak yang lain dari kebiasaannya, dekati,empati dan dengarkan mereka.

Dan jika anda sendiri berasa diri anda pelik dari biasa, ceritakan pada orang yang anda percaya, jangan simpan dan pendamkan.

Jaga diri dan kesihatan sebaiknya
Makan makanan sihat
Bersenam setiap hari
Berfikir dengan positif
Hidup dengan gembira dan redha😘

Nota kaki : "Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman). “ (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Dr. Erna Nadia
Hujung akal itu fikir, pangkal agama itu zikir❤️

Address

Ipoh
31400

Telephone

+601158805830

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NF Nursing Homecare posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram