Viral Perak Tengah

Viral Perak Tengah -lokasi tempat makanan terbaik , info dan maklumat ,tempat-tempat menarik dan semuanya berada di Da

Moh kome adik-adik Acu yang ada di DUN Bota!Jom gunting rambut PERCUMA.Khas untuk anak-anak dan adik-adik sekolah di kaw...
08/01/2026

Moh kome adik-adik Acu yang ada di DUN Bota!

Jom gunting rambut PERCUMA.

Khas untuk anak-anak dan adik-adik sekolah di kawasan DUN Bota.

50 orang terawal Acu bagi bag sekolah percuma!!




Kredit : Sarah Syazwani Saari

8 Januari 2026 @ 10AM Pagi Ini Saya Bersama YBh Dato Nizar Zakaria Pengerusi Giat Mara Parlimen Parit Hadir Ke Program B...
08/01/2026

8 Januari 2026 @ 10AM Pagi Ini Saya Bersama YBh Dato Nizar Zakaria Pengerusi Giat Mara Parlimen Parit Hadir Ke Program Back To School Anjuran Pusat Khidmat ADUN Belanja Dengan Kerjasama Puncak Emas Infra SDN BHD Di Dewan Terbuka Ngah Sagor, Pekan Parit.

Seramai 100 Orang Pelajar Telah Terpilih Dalam Program Back To School Yang Di Sumbangan Kan Oleh Puncak Emas Infra SDN BHD
Pada Tahun Ini.Semoga Dengan Sumbangan Ini Dapat Menampung Sedikit Kos Pembelanjaan Urusan Keluarga Yang Terlibat Pada Tahun Ini.











Kredit : Khairudin Hj Abu Hanipah

DURIAN 1 TALAM RM100Assalamualaikum/ Selamat Sejahtera Anda inginkan vibe yang tenang dan nyaman? Inilah masanya untuk a...
30/12/2025

DURIAN 1 TALAM RM100

Assalamualaikum/ Selamat Sejahtera

Anda inginkan vibe yang tenang dan nyaman? Inilah masanya untuk anda merasai pengalaman makan durian di dusun!🌳

Dusun Haji Suhir Bota akan dibuka bermula 27/12/2025. Anda boleh nikmati pelbagai klon Durian seperti :

✨MUSANG KING
✨DURI HITAM
🟒IOI
🟒D24
🟒CHANEE 123
🟒MDUR79
🟒D99

Boleh campur buah 🟒 dalam 1 talam yang berharga Rm100 sahaja. Jom booking tarikh dengan kami kerana slot terhad setiap hari🀩

Lokasi kami πŸ‘‡πŸΌ

https://maps.google.com/?q=4.358581,100.821243

www.wasap.my/60125944910



SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH BATU GAJAHHebahan kes kemalangan Maut di KM 13 jalan Ipoh - Lumut Perak.           Sumbe...
20/12/2025

SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH BATU GAJAH

Hebahan kes kemalangan Maut di KM 13 jalan Ipoh - Lumut Perak.








Sumber : BSPTD BATU GAJAH

HARI KE-9: PASCA BANJIR, DI KG T**I GANTUNGMemasuki hari ke-9 musibah banjir yang melanda Kg T**i Gantung, perkembangan ...
02/12/2025

HARI KE-9: PASCA BANJIR, DI KG T**I GANTUNG

Memasuki hari ke-9 musibah banjir yang melanda Kg T**i Gantung, perkembangan positif memperlihatkan apabila paras air terus menyusut di kebanyakan kawasan.

Tinjauan mendapati ramai penduduk sudah mula melakukan kerja-kerja pembersihan dan pemulihan kediaman masing-masing. Namun begitu, beberapa rumah masih terjejas dan belum dapat diduduki sepenuhnya.

Antara rumah yang masih terkesan:

Jalan Parit 10A:
- Encik Zawawi Ismail
- Puan Asrina Ismail

Jalan Semangat 1:
- Encik Junaidi
- Encik Fuad
- Encik Hassan
- Encik Kamal
- Saudara Zamzuri
- Encik Ahmad Hashim
- Encik Zakuan
- Encik Radhi

Jalan Semangat 2:
- Encik Sahidan
- Encik Khairul Nizam
- Homestay Aenis
- Encik Zumydy
- Encik Abu Bakar

Jalan Semangat 3:
- Encik Yunus

Lorong Semangat 3:
-Encik Aksan
-Encik Azizi Hamid

Jalan Lintang Semangat 2 ke 3:
- Encik Jamil Hamdan

Liputan perkembangan pasca banjir di Kg T**i Gantung akan terus disiarkan setiap hari sehingga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK T**i Gantung ditutup sepenuhnya.

**iGantung

YAB MB PERAK TURUN PADANG, SANTUNI MANGSA BANJIR DAERAH PERAK TENGAHPARIT, 27 NOVEMBER 2025- YAB Dato' Seri Saarani bin ...
27/11/2025

YAB MB PERAK TURUN PADANG, SANTUNI MANGSA BANJIR DAERAH PERAK TENGAH

PARIT, 27 NOVEMBER 2025- YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak turun padang meninjau keadaan mangsa banjir yang ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Daerah Perak Tengah.

Beliau memulakan lawatan di PPS SK T**i Gantung, yang menempatkan 116 keluarga melibatkan 456 mangsa, sebelum meneruskan ke PPS Layang-Layang Kiri, yang menempatkan 52 keluarga melibatkan 184 mangsa.

Meskipun hujan lebat, YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad tetap menyantuni mangsa, berbual secara langsung dan menilai keperluan serta sokongan yang diperlukan, menzahirkan keprihatinan kerajaan negeri dalam memastikan bantuan disalurkan dengan cepat dan berkesan.

Hadir sama YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak; YBhg. Dato' Khairudin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak merangkap Ahli Dewan Negeri Belanja; YBrs. Encik Mohd Zaki bin Abdul Rahman serta wakil-wakil jabatan agensi negeri.

Setakat hari ini, sebanyak 45 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di seluruh negeri Perak melibatkan Daerah Larut Matang dan Selama (3 PPS), Manjung (16 PPS), Perak Tengah (10 PPS), Bagan Datuk (4 PPS), Kuala Kangsar (1 PPS), Hilir Perak (10 PPS) dan Muallim (2 PPS).

Kerajaan Negeri Perak melalui agensi-agensi berkaitan akan terus melaksanakan pemantauan rapi serta menyalurkan bantuan segera bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mangsa terjamin.

Kredit : Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

27/11/2025

Banjir kali ini turut melibatkan kawasan sekitar Bota Kiri yang belum pernah dilanda bencana itu.

Kredit : Buletin TV3

πŸŽ‰ MINI KARNIVAL KAMPUNG ANGKAT MADANI PARLIMEN MALAYSIA πŸŽ‰πŸ“… 28–30 November 2025πŸ“ Kampung Seri Kaya, Bota Kiri, Perak (Pek...
27/11/2025

πŸŽ‰ MINI KARNIVAL KAMPUNG ANGKAT MADANI PARLIMEN MALAYSIA πŸŽ‰
πŸ“… 28–30 November 2025
πŸ“ Kampung Seri Kaya, Bota Kiri, Perak (Pekarangan Masjid Ar-Rahmah)

Jom memeriahkan hujung minggu anda bersama kami di Mini Karnival yang penuh dengan aktiviti menarik untuk seisi keluarga! 🌟

✨ Antara program yang menanti anda:
πŸ•Œ Ceramah Perdana – 28 Nov, 9:00 malam
🀝 Gotong-Royong Perdana – 29 Nov, 8:00 pagi
πŸ› Jualan Rahmah – 30 Nov, 8:00 pagi
πŸ—£ Bual Bicara Parlimen Madani – 30 Nov, 10:00 pagi
🎊 Majlis Perasmian Dewan Madani – 30 Nov, 11:00 pagi

πŸ’‘ Dimeriahkan oleh pelbagai agensi dan komuniti setempat seperti JKR, KEMAS, NADMA, NADI dan ramai lagi!

πŸ“Έ Jangan lupa bawa keluarga, rakan-rakan dan kamera anda – banyak momen indah menanti untuk dikongsi!

25/11/2025

25 NOV - GENG MUDA PARIT 13 BANTU SELAGI BOLEH APA YANG PERLU DIANGKAT UNTUK DIPINDAH TEMPAT SELAMAT...
MANGSA SUDAH DIPINDAHKAN KE PPS
**** SAKSIKAN VIDEO INI ****




**IGANTONG

Address

Kampung Bota Kanan

Telephone

+60135036177

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Viral Perak Tengah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram