Herba Turun Gula

Herba Turun Gula Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Herba Turun Gula, Medical and health, Petaling Jaya.

18/10/2024
Jom cari pendapatan daripada rumah join team kami sekarang πŸ‘πŸ» https://www.candyshare.com.my/web/register/index/lf/bIL0OY...
06/07/2021

Jom cari pendapatan daripada rumah join team kami sekarang πŸ‘πŸ»

https://www.candyshare.com.my/web/register/index/lf/bIL0OYEFzx

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada anda kerana berminat untuk memohon program kerjaya GIG. Sebagai makluman, program kerjaya gig ini merupakan salah satu inisiatif yang disediakan oleh pihak kerajaan melalui PROGRAM STRATEGIK MEMPERKASA RAKYAT DAN EKONOMI (PEMERKASA). Program Kerjaya GIG meru...

"APA YG PERLU ADA DIDALAM PINGGAN PESAKIT DIABETES"Kebanyakan pesakit diabetes bimbang dalam memilih makanan yg sesuai u...
16/11/2018

"APA YG PERLU ADA DIDALAM PINGGAN PESAKIT DIABETES"
Kebanyakan pesakit diabetes bimbang dalam memilih makanan yg sesuai untuk dinikmati kerana takut kesan ke atas peningkatan kadar gula dalam darah
Akibat terlampau berhati hati, ramai mngehadkan pengambilan makanan sehingga tubuh kekurangan khasiat dan nutrisi yg diperlukan oleh badan.
Tidak salah makan pelbagai makanan seperti nasi lemak, roti canai, tosei atau capati pada watu pagi, tetapi apa yang penting adalah mengetahui saiz hidangan yang diperlukan terutama jumlah kolestrol dan gula.

"TANDA KENCING MANIS" 😯😯😯Berikut disenaraikan 5 gejala atau tanda awal penyakit kencing manis yg utama yg boleh anda per...
16/11/2018

"TANDA KENCING MANIS" 😯😯😯
Berikut disenaraikan 5 gejala atau tanda awal penyakit kencing manis yg utama yg boleh anda perhatikan pada diri dan juga kepada ahli keluarga agar langkah awal dapat diambil samada dgn mendapatkan nasihat doktor pakar atau dgn mengawal pemakanan.
1. KERAP DAHAGA DAN KERAP KENCING PADA WAKTU MALAM
Tanda kencing manis yg paling biasa ialah selalu rasa haus. Apabila waktu malam p**a, selalu ke tanda untuk kencing.
Lebihan glukosa dlm saluran darah membuatkan buah pinggang bekerja lebih keras utk memprosesnya. Ini menyebabkan seseorang menjadi kerap membuang air kecil pada waktu malam.
Apabila air banyak hilang anda akan menjadi lebih dahaga. Itulah antara petanda badan anda sedang cuba menggantikan air yg telah hilang.
2. BERAT BADAN MENYUSUT DENGAN DRASTIK
Pelik atau tidak?
Makan macam biasa, tetapi berat badan menurun? Inilah antara tanda kencing manis.
Bagi sesetengah orang, kehilangan berat bdn secara drastik dlm masa yg singkat mungkin menggembirakan mereka.
Tetapi awas kerana ia mungkin salah satu tanda anda menghidap kencing manis kerana disebabkan oleh kegagalan bdn utk memproses glukosa sebgai tenaga yg menyebabkan ia mula memecahkan otot dan lemak utk menghasilkan tenaga.
3. JARAK PENGLIHATAN MENURUN
Jgn ingat tidak nampak itu disebabkan rabun. Antara tanda kencing manis yg orang selalu abaikan ialah tidak dapat melihat dgn jelas.
Kandungan gula dlm darah yang tinggi boleh menyebabkan perubahan pada bentuk kanta dan mata yg seterusnya mengakibatkan seseorang mengalami kabur penglihatan.
Seseorang itu mungkin juga akan buta sekiranya ianya dibiarkan utk tempoh yg panjang.
4. SERING KEBAS PADA TANGAN DAN KAKI
Antara tanda kencing manis yang lain ialah selalu rasa kebas. Ia disebabkan oleh kerosakan pada sistem saraf atau pembuluh darah yg menyebabkan seseorang mengalami kesemutan, kebas atau bengkak pada tangan dan kaki. Ini kerana darah tidak lagi sampai pada hujung saraf anggota bdn.
5. LUKA YANG LAMBAT SEMBUH.
Ini tanda kencing manis yg paling menakutkan. Selalu orang kata, sampai boleh kena β€œPotong kaki!”.
Sistem saluran darah yg rosak kerana gula berlebihan juga turut memberikan kesan kpd penyembuhan luka kerana darah tidak dapat disampaikan kpd anggota-anggota bdn. Pesakit juga mungkin tidak akan merasai sakit akan luka yg di alami.
Paling menakutkan apabila luka-luka ini menjadi semakin teruk dan membusuk dimana hanya dgn memotong anggota bdn tersebut merupakan jalan utk menyembuhkannya.

"KHASIAT GARAM"Kepentingan garam seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW sebagaimana sabdanya dari Riwayat Ibnu Abb...
16/11/2018

"KHASIAT GARAM"
Kepentingan garam seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW sebagaimana sabdanya dari Riwayat Ibnu Abbas:
'Barang siapa yang memulakan makan dengan memakan secubit garam, maka Allah akan menghindarkan 330 jenis penyakit dan yang paling ringan adalah gila, kusta, sakit perut, sakit gigi dan yang bakinya hanya Allah jua yang mengetahuinya'
Garam adalah antara mineral yang mempunyai kemujaraban yang unik. Ia sebenarnya mampu bertindak sebagai pembersih yang berupaya meleraikan radiasi serta menstabilkan badan, meningkatkan ketahanan dan imuniti badan. Sejarah perubatan Islam ada mengatakan bahawa Rasullullah s.a.w. ketika mengembara akan memamah sedikit garam sebelum makan atau minum dan ini bertujuan supaya tubuh dapat mengembalikan semula tenaga yang hilang.
Manakala di dalam bidang masakan p**a, garam dikatakan sebagai penghulu segala masakan. Cuba anda bayangkan bagaimana rasanya jika sesuatu masakan itu dimasak tanpa garam, pasti ramai yang akan mengatakan masakan tersebut tiada rasa! Orang Melayu terutamanya memang terkenal dengan garam dan dalam setiap masakan kebanyakan penggunaannya adalah pada kadar yang tinggi supaya cukup rasa masinnya.
Tetapi awas jika terlebih penggunaannya! Garam juga dikatakan penyebabnya peningkatan penyakit darah tinggi setiap tahun dan dikatakan 'penyakit moden' kerana bukan sahaja golongan berumur tetapi sudah menular dikalangan muda mudi yang baru berusia 25 tahun kebawah. Malah sudah terdapat golongan remaja belasan tahun yang sudah disahkan mempunyai penyakit darah tinggi.

APAKAH TANDA-TANDA KENCING MANIS?Penyakit kencing manis adalah merupakan antara penyakit pembunuh utama di Malaysia sela...
16/11/2018

APAKAH TANDA-TANDA KENCING MANIS?
Penyakit kencing manis adalah merupakan antara penyakit pembunuh utama di Malaysia selain kanser dan sakit jantung.
Kencing manis atau di dalam istilah mediknya iaitu diabetes mellitus merupakan satu penyakit dimana metabolisme tubuh terganggu sehingga mengakibatkan glukosa di dalam badan tidak dapat dimanfaatkan sebagai tenaga secara maksimum.

Address

Petaling Jaya
47301

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Herba Turun Gula posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram