08/07/2019
BAHAYA SANTAU
**********************
Santau ialah sejenis sihir yang melibatkan penggunaan ramuan santau (beracun) tertentu yang didampingi oleh jin dan syaitan. Dalam kebanyakan kes, santau yang dikenakan ke atas mangsa akan membunuh secara perlahan-lahan, di mana mangsa akan menderita kesakitan fizikal yang kronik seperti batuk berpanjangan, sakit kepala, kerosakan organ jantung, paru-paru, perut, usus, buah pinggang, hati, hempedu, juga gangguan emosi dalam tempoh masa yang panjang (berbulan-bulan ke bertahun-tahun) sebelum menemui ajal.
PERHATIAN: Santau juga kadangkala ‘dilepaskan’ secara terbuka dan boleh terkena sesiapa sahaja atas kehendak amalan sihir berkenaan.
Jenis-jenis Santau:
1. Santau Makan/Minum
Ramuan santau dimasukkan ke dalam makanan atau minuman secara zahir oleh manusia atau pun secara ghaib dengan menggunakan khidmat jin (khadam). Mereka yang mengambil makanan/minuman tersebut akan menjadi mangsa santau.
2. Santau Angin
Ramuan santau ‘dituju’ kepada mangsa dari jauh – samada dengan teknik pemujaan atau pun teknik pandangan mata (a’in) dengan melihat mangsa dari jauh. Bagi jenis santau ini, elemen makanan atau minuman adalah tidak diperlukan sama sekali. Ramuan santau akan ‘dihantar dan dimasukkan’ secara ghaib ke dalam badan mangsa berkenaan (biasanya perut atau dada) dengan bantuan jin angin.
3. Santau Tuju
Santau tuju ini biasanya dilakukan oleh pengamal ilmu hitam bertaraf tinggi. Santau tuju ini adalah sangat kuat dan boleh membunuh mangsa dengan serta merta; atau sekurang-kurangnya penyakit parah akan menyerang mangsa (seperti muntah darah) dengan serta merta. Santau tuju biasanya dilakukan pada waktu selepas tengah malam dengan pemujaan ke atas pakaian, rambut atau barang peribadi pesakit.
4. Santau Langkah
Santau langkah ‘dikenakan’ kepada mangsa dengan menanam atau meletakkan ramuan santau atau bahan lain seperti duit syiling (atau apa-apa logam yang kecil) yang telah dibacakan mantera jin dan syaitan; di pintu pagar rumah, bawah tangga rumah atau pintu pejabat. Mangsa yang melangkah ‘barang’ tersebut akan menerima kesan sebagaimana orang yang terkena santau angin.
5. Santau Batuk
Santau batuk ini adalah peringkat awal mereka yang terkena serangan santau. Mangsa akan mengalami batuk yang berterusan walaupun telah banyak mengambil ubat batuk (perubatan moden); kadangkala diiringi dengan sakit kepala. Santau kadangkala tidak memberikan kesan yang serius seperti kerosakan organ dalaman mangsa. Ini berkemungkinan berlaku kerana tidak diizinkan oleh Allah SWT atau mungkin tukang sihir atau penghantar santau tidak melakukan ‘penghantaran’ santau dengan sempurna mengikut kehendak jin dan syaitan berkenaan. Mangsa yang terkena santau batuk ini masih mempunyai harapan tinggi untuk disembuhkan sepenuhnya melalui rawatan dan perubatan Islam yang segera dan cepat.
👉🏻😡Jangan lah terlalu dengki dengan seseorang , hari ini kita berjaya menderitakan seseorang dengan santau atau ilmu hitam , hari akan datang atau diakhirat pasti kita akan dibalas oleh Allah..bertaubatlah sebelum terlambat..