Bradercare Bekam Kulim

Bradercare Bekam Kulim ๐ŸฉธPUSAT BEKAM BERKONSEPKAN KAEDAH KLINIKAL, BERSIH & SELAMAT.

๐Ÿ•˜ 10:00AM-7:00PM
โ˜Ž๏ธ0145176537 / 0194494993
๐Ÿ“‹201803376280 (PG0462139-P)

Selamat Hari Pekerja buat semua pelanggan Bradercare ๐ŸคTerima kasih atas kepercayaan dan sokongan yang tak pernah putus.S...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja buat semua pelanggan Bradercare ๐Ÿค

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan yang tak pernah putus.
Setiap kali anda datang, itu bukan sekadar rawatanโ€”
itu satu amanah untuk kami jaga kesihatan anda sebaiknya.

Kami tahu, di sebalik setiap senyumanโ€ฆ
ada penat, ada letih, ada pengorbanan yang orang lain tak nampak.

Semoga hari ini jadi peringatan kecilโ€”
bahawa diri anda juga layak untuk dijaga, dihargai, dan direhatkan.

Terima kasih kerana terus bersama Bradercare.
Kami akan terus berikan yang terbaik, insyaAllah.

๐Ÿ“ Bradercare Bekam Kulim
๐Ÿ“Bradercare Therapy Centre Kulim

๐Ÿ”ฅ KURSUS ASAS BEKAM KLINIKAL โ€“ ZERO TO HERO๐Ÿ”ฅNak belajar bekam dari ZERO sampai boleh buat rawatan dengan yakin?Inilah pe...
08/04/2026

๐Ÿ”ฅ KURSUS ASAS BEKAM KLINIKAL โ€“ ZERO TO HERO๐Ÿ”ฅ

Nak belajar bekam dari ZERO sampai boleh buat rawatan dengan yakin?

Inilah peluang anda untuk belajar bekam secara praktikal dan klinikal walaupun anda langsung tiada pengalaman!

Sesuai untuk:
โœ… Beginner yang baru nak belajar bekam
โœ… Therapist yang nak tambah skill
โœ… Individu yang nak rawat diri & keluarga

๐Ÿ“…Tarikh: 2 Mei 2026 (Sabtu)
๐Ÿ“Lokasi: Bradercare Therapy Centre, Kulim Kedah
๐Ÿ’ฐMahar Penyertaan: RM380 sahaja
๐Ÿ’ธDeposit Pendaftaran: RM100 (lepas pembayaran deposit kita akan masukkan dalam group peserta)

๐ŸŽ BONUS ISTIMEWA UNTUK 10 PESERTA TERAWAL
(Pembayaran penuh sahaja)
Anda akan dapat PAKEJ PERCUMA bernilai RM200!

๐ŸŽ 1 Pen Bekam Gold
๐ŸŽ 1 Set Kit Bekam Lengkap

Kit bekam termasuk:
โœ” Cup bekam
โœ” Jarum bekam
โœ” Cover jarum
โœ” Minyak bekam
โœ” Alcohol swab
โœ” Spray pencuci

๐Ÿ“š Apa yang anda akan belajar?

โœ” Pengenalan asas bekam klinikal
โœ” Teknik Bekam Kering
โœ” Teknik Bekam Tarik
โœ” Teknik Bekam Luncur
โœ” Teknik Bekam Kepala
โœ” Teknik bekam menggunakan jarum
โœ” BONUS KHAS: Teknik bekam menggunakan pisau sayatan nipis
โœ” Cara melakukan rawatan bekam yang betul, selamat & profesional

โœจ Belajar dari ZERO sampai HERO
โœจ Praktikal terus semasa kursus
โœจ Ilmu boleh terus buat rawatan

โš ๏ธ Tempat sangat TERHAD!
Siapa cepat, dia dapat.

๐Ÿ“ฒ Daftar sekarang

APA YANG DIPELAJARI DALAM "DIPLOMA PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU"?Ramai yang bertanya mengenai subjek dan silibus program...
21/01/2026

APA YANG DIPELAJARI DALAM "DIPLOMA PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU"?

Ramai yang bertanya mengenai subjek dan silibus program Diploma Perubatan Melayu Tradisional (MQA).

Maka di sini saya lampirkan subjek-subjek yang telah ditetapkan oleh pihak MQA, merangkumi subjek-subjek Perubatan Moden, Perubatan Melayu, kaedah penyelidikan saintifik dan latihan klinikal.

Projek mewujudkan diploma ini telah bermula sejak 10 tahun lalu, diketuai oleh Almarhum Dr. Harun Mat Piah.

Pada awalnya projek ini berjalan lancar dan dibuktikan dengan tamatnya pengajian diploma ini versi awal iaitu Diploma Profesional Perubatan Melayu (DPPM, bukan MQA) pada tahun 2017.

Kemudian, projek membangunkan Diploma Perubatan Tradisional Melayu (DPTM) versi MQA diteruskan. Ketika inilah konflik dan krisis dalaman mula berlaku. Keadaan bertambah buruk setelah kewafatan Almarhum Dr. Harun Mat Piah pada tahun 2019.

Keadaan tersebut membuatkan sebahagian ahli kumpulan pembangun diploma ini tersingkir keluar. Bahkan saya sendiri pernah menerima surat tindakan undang-undang dalam fasa ini.

Krisis ini berakhir dengan terhentinya projek ini yang ketika itu sudah menerima akreditasi sementara daripada MQA.

Pada tahun 2022 projek ini disambung semula, namun ia melibatkan pihak yang tidak pernah terlibat dalam projek ini sejak awal.

Hal itu menyebabkan perjalanan diploma ini tidak lancar, bahkan pengisian bagi sesetengah subjek, terutamanya subjek-subjek Perubatan Melayu, menjadi bercampur aduk dengan unsur-unsur pseudosains dan unsur-unsur luaran yang tiada kaitan dengan Perubatan Melayu.

Ketika itu, pelaksanaan diploma ini hampir terhenti sekali lagi kerana ketiadaan pensyarah untuk subjek-subjek dasar dan fundamental dalam Perubatan Melayu.

Maka pada tahun 2023, wakil dari Kolej SPACE menghubungi saya untuk menjadi pensyarah, dan pada tahun 2024 saya dilantik sebagai ketua program untuk menguruskan diploma ini sehingga tamat pengajian pelajar generasi pertama.

Ketika ini banyak usaha pemurnian silibus dilakukan supaya bertepatan dengan kehendak MQA dan bersesuaian dengan ilmu Perubatan Melayu yang autentik.

Akhirnya pada penghujung 2025 pihak MQA datang ke Kolej SPACE untuk membuat penilaian akhir sebelum diploma ini diberikan akreditasi penuh, iaitu pada Januari 2026.

Maka dengan itu, saya berharap pelaksanaan diploma ini selepas ini dilakukan dengan sangat berhati-hati dan teliti, terutamanya dari sudut keaslian dan kemurnian Perubatan Melayu.

Buat masa ini belum ada jaminan kualiti pelaksanaannya, maka saya masih menunggu dan melihat bagaimana pelaksanaannya selepas ini. Jika kesemua aspek dipatuhi, maka saya akan mewar-warkannya kepada semua. Jika tidak, maka tidak.

Semoga kejayaan ini menjadi titik mula bagi pembangunan dan perkembangan Perubatan Melayu yang ilmiah, autentik, saintifik, profesional dan berwibawa. Projek ini perlu dibangunkan juga di institusi-institusi lain yang berkemampuan dan berkelayakan.

Perubatan lain seperti Perubatan Cina dan Perubatan Ayurveda sudah mencapai tahap ijazah sarjana muda (degree), ijazah sarjana (master) dan ijazah doktor falsafah (PhD). Perubatan Melayu juga akan sampai ke tahap itu, inshaAllah.

Dr. Naseer Sobree
10 Januari 2026

TAMMAT

ALHAMDULILLAH, dengan ini diumumkan bahawa Diploma Perubatan Tradisional Melayu yang dilaksanakan di Kolej Space UTM Kua...
20/01/2026

ALHAMDULILLAH, dengan ini diumumkan bahawa Diploma Perubatan Tradisional Melayu yang dilaksanakan di Kolej Space UTM Kuala Lumpur telah menerima akreditasi penuh daripada pihak MQA.

Diploma ini telah diusahakan sejak 10 tahun lalu bersama Almarhum Dr. Harun Mat Piah serta sekumpulan penyelidik dan pengamal Perubatan Melayu.

Kelulusan akreditasi penuh ini menjadikannya program Perubatan Melayu berstruktur dan diiktiraf yang pertama di Malaysia, bahkan yang pertama di dunia.

Walaupun program ini menghadapi banyak cabaran dan hampir terhenti di tengah jalan, ia berjaya diselamatkan. Pada saat-saat akhir, saya bersama beberapa rakan berjaya memurnikan program ini daripada unsur-unsur pseudosains dan unsur-unsur luaran yang tiada kaitan dengan Perubatan Melayu.

Diharapkan pelaksanaan serta pengambilan pelajar dan pensyarah selepas ini adalah berdasarkan sistem Perubatan Melayu yang sebenar, supaya keaslian sistem ini terjamin dan terpelihara.

Buat masa ini belum ada jaminan kualiti pelaksanaannya, terutamanya dari sudut silibus. Sekiranya program Diploma Perubatan Tradisional Melayu ini dilaksanankan mengikut silibus dan standard yang benar, maka saya akan war-warkannya kepada mereka yang berminat.

Tahniah diucapkan kepada generasi pertama diploma ini yang akan bergraduasi tidak lama lagi. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan membantu dalam menjayakan program ini.

Dr. Naseer Sobree

TAMMAT

06/11/2025

Bekam Muslimah Kulim.





05/11/2025

Review pelangan selepas berbekam.

04/11/2025

Bekam muka @ wajah Kulim.

03/11/2025

Bekam Muslimah Kulim.

03/11/2025

mai bekam sebab sakit pinggang.

๐ŸŒฟโœจ KURSUS BEKAM ZERO TO HERO โœจ๐ŸŒฟ๐ŸŽ Bonus Khas: Bekam Sayatan Nipis๐Ÿ“… Tarikh: Sabtu, 01 November 2025๐Ÿ•˜ Masa: 9.00 pagi โ€“ 5.3...
19/10/2025

๐ŸŒฟโœจ KURSUS BEKAM ZERO TO HERO โœจ๐ŸŒฟ
๐ŸŽ Bonus Khas: Bekam Sayatan Nipis

๐Ÿ“… Tarikh: Sabtu, 01 November 2025
๐Ÿ•˜ Masa: 9.00 pagi โ€“ 5.30 petang
๐Ÿ“ Lokasi: Kulim, Kedah

๐Ÿ’ฐ Yuran Kursus

Deposit: RM100

Mahar: RM380

๐Ÿ“ฆ Termasuk:
โœ… Sijil Penyertaan
โœ… Nota Lengkap
โœ… Peralatan praktikal semua disediakan
โœ… Makanan Disediakan

๐Ÿ’ก Tempat terhad! Daftar segera untuk pastikan slot anda.
pembayaran penuh 10 org terawal dapat free set bekam 12 pcs (RM35) + extra pen bekam gold (RM70)

www.wasap.my/60194494993/nakdaftarkursusbekam

๐ŸŒฟโœจ KURSUS BEKAM ZERO TO HERO โœจ๐ŸŒฟ๐ŸŽ Bonus Khas: Bekam Sayatan Nipis pisau surgical blade๐Ÿ“… Tarikh: Sabtu, 01 November 2025๐Ÿ•˜ ...
09/10/2025

๐ŸŒฟโœจ KURSUS BEKAM ZERO TO HERO โœจ๐ŸŒฟ
๐ŸŽ Bonus Khas: Bekam Sayatan Nipis pisau surgical blade

๐Ÿ“… Tarikh: Sabtu, 01 November 2025
๐Ÿ•˜ Masa: 9.00 pagi โ€“ 5.30 petang
๐Ÿ“ Lokasi: Kulim, Kedah

๐Ÿ’ฐ Yuran Kursus

Deposit: RM100

Mahar: RM380

๐Ÿ“ฆ Termasuk:
โœ… Sijil Penyertaan
โœ… Nota Lengkap
โœ… Peralatan praktikal semua disediakan
โœ… Makanan Disediakan

๐Ÿ’ก Tempat terhad! Daftar segera untuk pastikan slot anda.

www.wasap.my/60145176537/nakdaftarkursusB5

Ada yang berminat dak nak belajar bekam? Kita ajar dari kosong sampai pandai. Kalu ada cuba komen sikit betapa ramai nak...
05/10/2025

Ada yang berminat dak nak belajar bekam? Kita ajar dari kosong sampai pandai. Kalu ada cuba komen sikit betapa ramai nak tengok!

Address

Kulim

Opening Hours

Monday 10:00 - 19:00
Tuesday 10:00 - 19:00
Wednesday 10:00 - 19:00
Thursday 10:00 - 19:00
Friday 08:00 - 12:00
Sunday 10:00 - 19:00

Telephone

+60194494993

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bradercare Bekam Kulim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Bradercare Bekam Kulim:

Share