24/10/2020
Anda adalah Usahawan Sedang Dalam Masalah?
BUKAN SENANG NAK MAJUKAN BISNES
Membuka perniagaan itu MUDAH, tetapi memajukannya itu SUSAH dan mempertahankannya lagi SUSAH. Ada bisnes, bertahun-tahun merancang, tapi baru berjalan enam bulan, operasi TERPAKSA dihentikan.
Ada bisnes, sekadar cukup-cukup makan, sekadar LEPAS tampung overhead bulanan. Di mana silapnya? Padahal semua syarat untuk buka bisnes SUDAH DIPATUHI. Rancangan Perniagaan (RP) sudah dibuat lengkap dengan Pengkosan, Pengurusan Kewangan, Pemasaran bahkan ada rumusan SWOT Analysis. Unjuran aliran tunai tiga tahun ke depan juga sudah dibuat. Kalau ikut unjuran, tahun pertama operasi dah boleh Break Even. Tapi anehnya sejak hari pertama bisnes bermula, semuanya macam serba tak kena. Semuanya seperti “Lari” dari perancangan.
Hinggalah KEADAAN menjadi amat genting, tak boleh nak pusing akhirnya tersungkur terguling!
APAKAH MAKSUD BIDANG BISNES YANG SERASI
Itulah yang saya hadapi dulu, buat bisnes asyik buka tutup. Bisnes terbesar saya iaitu kilang burger terpaksa ditutup belum sempat sambut ulang tahun pertamanya. Namun ia menjadi asbab untuk saya berguru ke Bogor, Indonesia.
Dari perguruan itu saya menyedari punca kegagalan saya. Saya terlepas pandang satu faktor penting. Faktor yang kita semua tidak masukkan ke dalam kertas kerja atau RP, kerana ia TIDAK pernah dianggap penting oleh banyak pihak. Tidak ada kolej yang mengajarnya dan tidak ada institusi kewangan yang mengiktirafnya. Hanya seorang Pak Kiyai Jawa yang memperkatakannya.
Apakah faktor tersebut? Iaitulah SERASI. Serasi ertinya HARMONI, SECOCOK, SEPADAN atau SEJODOH, di mana bidang bisnes yang diceburi seharusnya SERASI dengan jati-diri dalaman pengusahanya. Ia menjadi salah satu faktor yang penting untuk menjamin kesuksesannya.
Adakah anda berada dalam situasi yang sama?
JIKA ANDA ADALAH USAHAWAN SEDANG DALAM MASALAH, INI ADALAH PELUANG KAUNSELING PERSONAL MASALAH BISNES BERSAMA DATO' RUSLY ABDULLAH DI KOTA BHARU !
Sesi kaunseling dijalankan:
Tempat: Klinik Stimulatherapy, Groud Floor, Wisma Dato Rusly, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu
Tarikh: bermula 25 Oktober 2020 hingga November
masa: 9.30-5.00 ptg
Buat temujanji melalui WhatsApp sahaja ke www.wassap.my/60193410958/temujanji+kaunseling+bisnes
www.wassap.my/601119990747/temujanji+kaunseling+bisnes
(FIRST COME FIRST SERVED BASIS)