ANGGUN MENAWAN SECARA ALAMI

  • Home
  • ANGGUN MENAWAN SECARA ALAMI

ANGGUN MENAWAN SECARA ALAMI Kesihatan Dalaman akan Memancarkan Seri pada Kecantikan Luaran

MANA PALING BAGUS?Rasanya soalan nie paling banyak wana dapat from my customersYela..kolagen dan ESP kan both ASID AMINO...
23/12/2020

MANA PALING BAGUS?

Rasanya soalan nie paling banyak wana dapat from my customers

Yela..kolagen dan ESP kan both ASID AMINO? Sama je kan?

Since 2014, wana dah start consume kolagen tapi masa tu tak konsisten sangat sebab tak tau apa kelebihan kolagen dekat badan.
Sebab kolagen tu kan protein, wana dah minum ESP..so dah cukup la sumber proteinnya kan?

Kolagen adalah protein yang istimewa berbanding minuman protein sebab kandungan & nisbah asid amino yang membina kolagen berbeza dengan protein lain. Asid amino yang membentuk kolagen ialah proline, glycine & hydroxyproline. Ketiga-tiganya diperlukan dalam kuantiti tertentu untuk membina kolagen.

Kita tahu juga ada part2 tertentu dalam badan kita yang tinggi kandungan kolagen..contohnya kulit, mata, rambut, kuku, sendi dan otot.
Jadi, suplemen kolagennya lebih spesifik membina bahagian2 nie. Sedangkan minuman protein macam ESP membekalkan asid amino untuk keperluan seluruh badan. Dengan hormonnya, dengan protein yang mengangkut bahan2 & untuk pembinaan sel lain.

Pendek kata, kalau asid amino daripada ESP tu ibarat bata, kolagen ibarat simen yang melekatkannya. Fungsinya lebih spesifik. Kalau bata tu, mungkin buat dinding, lantai & sebagainya.

Kenapa kena ambil suplemen kolagen?

Badan kita memang buat kolagen sendiri, tapi bila umur dah masuk 30-an, penghasilan kolagen lebih rendah berbanding kerosakannya. Jadi kena tambahlah kolagen👍

Suplemen kolagen lebih berkesan compared to kolagen natural yang ada dalam makanan, contohnya kulit ayam. Kulit ayam memang banyak kolagen, tapi disuntik2 antibiotiknya, hormon itu ini dan akhirnya kita dinasihatkan elak makan kulit ayam. Lagipun kolagen daripada sumber makanan nie susah dihadam & diserap.

Suplemen kolagen dah diproses untuk memudahkan penyerapan tapi bergantung juga pada berat molekul. Semakin ringan, makin mudahlah diserap. Molekul ringan nie ada pada KOLAGEN SHAKLEE. Sebab tulah sangat berkesan😍

Jadi pada pendapat wana, both ESP & KOLAGEN sama penting sebab kedua2nya ada fungsi tersendiri
Whtsapp kalau uall pun nak cuba 😍

Razwana Razif
011-29118686

PERLU KE KOLAGEN?Ramai wanita tak sedar banyak masalah kesihatan dan kecantikan disebabkan oleh KEKURANGAN KOLAGEN dalam...
23/12/2020

PERLU KE KOLAGEN?

Ramai wanita tak sedar banyak masalah kesihatan dan kecantikan disebabkan oleh KEKURANGAN KOLAGEN dalam tubuh

Antara kesan kekurangan kolagen : 🍁Mata semakin rabun
🍁Payudara mengendur
🍁Rambut mudah gugur, kering dan bercabang
🍁Sakit lutut dan sendi haus
🍁Kuku mudah patah
🍁Kulit kering, kusam dan berkedut
🍁Organ dalaman kurang berfungsi
🍁Gusi mudah berdarah, etc2

Jadi wajarkan kita sebagai golongan SUPERMOM nie mulakan pengambilan kolagen untuk kurangkan tanda2 penuaan dekat atas tu? 😊

Ramai dok cakap taknak consume kolagen sebab takde masalah kulit.. But you know what?

It is more than BEAUTIFUL ❤️ Nak grab YES PROMO KOLAGEN?
Health & Beauty Consultant,
Razwana Razif
011-29118686

Soalan yang wana dapat hari nie.. "Macam mana wana buat bisnes Shaklee nie dulu masa tengah keje office? Yela dengan kej...
26/11/2020

Soalan yang wana dapat hari nie.. "Macam mana wana buat bisnes Shaklee nie dulu masa tengah keje office? Yela dengan keje hakiki lagi, anak suami lagi, biz lagi

Wana tak tahu lah either jawapan nie membantu atau tak.. Masa mula-mula dulu wana treat Shaklee seolah-olah bisnes nie adalah MAIN INCOME, walaupun wana dah ada gaji kerja as Tour Exect

Bila kita buat bisnes nie macam kerja yang satu-satunya bagi sumber pendapatan dekat kita, of course kita akan buat sungguh-sungguh!

Ramai jugak kawan-kawan wana yang dapat bonus Shaklee lebih dari gaji keje hakiki malah ada yang setara!
Bila kita anggap buat bisnes cuma part time, maka kecenderungan nak all out tu kurang

Sebab? Gaji aku dah RM5K, dapat bonus Shaklee 2,3 ratus pun ok laa😅

Sebenarnya bila bonus Shaklee lebih besar dari gaji, kita ada income yang lebih selamat

Kalau ada mak ayah, suami, anak atau keluarga terdekat yang tiba-tiba sakit dan memerlukan penjagaan rapi 24jam, adakah kita boleh korbankan diri untuk jaga dan bersama diorang? Kalau nak ambik cuti, cuti pun dah takde. Nak ambil cuti tanpa gaji, takkan sebulan nak cuti tanpa gaji. Gaji pulak takde.
So bila ada bonus Shaklee yang besar, ia sangat-sangat membantu kita buat keputusan di saat kita terdesak dan sempit

Bekerja hanyalah satu pilihan, mungkin, pada ketika itu. Sebab tu mesti pulun buat bisnes betul betul💪

Ramai pengedar Shaklee yang resign bila anak sakit, atau lepas bersalin anak ada problem, atau jaga keluarga yang sakit, suami yang accident, mak/mertua perlu penjagaan rapi

Apa-apa pun pekerjaan yg kita buat dengan FOKUS confirm berhasil

Tak begitu?

KUNCI UTAMA KEGAGALAN ADALAH MENYERAH KALAH, KALAH BUKAN PADA KEADAAN, TAPI PADA DIRI SENDIRI YANG TAK SANGGUP BERTAHAN ...
26/11/2020

KUNCI UTAMA KEGAGALAN ADALAH MENYERAH KALAH, KALAH BUKAN PADA KEADAAN, TAPI PADA DIRI SENDIRI YANG TAK SANGGUP BERTAHAN DENGAN PELBAGAI UJIAN.
Salam 4 Ramadhan di bulan yang mulia penuh keberkatan.. Boleh tahan cerah jugak cuaca pagi nie. Hopefully takdelah panas membahang sangat sepanjang hari 😄

Teringat lagi dulu masa kecik-kecik, tiap kali bulan puasa.. wana ikut ayah berniaga apam balik dekat param.. Imagine laaa masa tu baru darjah satu kot? Sepatutnya tak wajib puasa lagi tu kakakaaa

Tapi semangat nak cari duit punya pasal, sanggup puasa-puasa pun tolong ayah meniaga apam balik. Sampai rumah sedang elok buka puasa terus.
Time tu nak pegang gelas air geletorrrr. Pakkal berbuka pukul 7, kalau pukul 8 mau masuk icu dah😂

Bila ingat balik zaman kecik-kecik dulu..memang struggle mak ayah besarkan kami 4 beradik nih haaa

Alhamdulillah dah besar berjaya jadi orang. Takde yang jadi hantu👻

Kami membesar dengan duit hasil berniaga apam balik, air tebu, air soya dan kuih dorayaki Malaysia.

Dan disebabkan meniaga apam balik nie laaa..tiap kali belajar tak perform cikgu Math, Cikgu Arshad akan sound.. "Hari-hari kira duit pun tak hafal sifir lagi" 😂😂 Amboi cikgu! Dia tak tahu daku dah siap berazam dalam hati.. Jaga la nanti, cikgu datang beli apam balik.. Kita kasi penyek apam balik dia🤣

Dan disebabkan kegigihan meniaga tu.. Daripada sekolah agama..terus kene berhenti sebab asyik ponteng🤢

Dekat sekolah kawan-kawan dok perli cakap "bau apam balik", "apam balik hangit", "apam tak balik balik"
Kau ingat aku kesah? 😜

Muka tebal je..bila time meniaga, agak2 kawan-kawan nak lalu menyorok bawah meja. Ahahaaaa😂

Ish bila ingat balik memang kenangan sangat laaa😄

Wana tak salahkan parents wana pun waktu tu, sebab sebagai anak sulung wana tahu how they struggle untuk besarkan kami adik beradik

Alhamdulillah bila dah besar..ada pendidikan sampai Ijazah walau tak sekolah petang..tapi berjaya juga berbakti😄

Terima Kasih pengalaman hidup!

Kehidupan lalu mencorak siapa kita pada hari ini

Tapi depend pada diri sendiri.. Nak pilih gagal ke..
Nak terus berusaha sampai berjaya ke.. Semua pilihan diri sendiri

Kita adalah apa yang kita fikirkan!

BREAK THE FEELING.Pagi nie wana ulangkaji balik topik class hari Jumaat lepas "Perhalusi Kesyukuran"Sebagai manusia bias...
26/11/2020

BREAK THE FEELING.

Pagi nie wana ulangkaji balik topik class hari Jumaat lepas "Perhalusi Kesyukuran"

Sebagai manusia biasa, sememangnya kita tak terlepas dari khilaf dan dosa. Betul kan?
Dalam hidup nie kadang-kadang kita sibuk mengejar benda yang kita tak ada instead of mensyukuri segala nikmat yang Allah dah beri dalam hidup kita

Nikmat kebahagiaan
Nikmat kekayaan (kesihatan, sempurna anggota badan)
Nikmat ketenangan
Nikmat berkeluarga
Nikmat pekerjaan
Nikmat menjadi pasangan kepada orang lain

Dan segala nikmat yang tak terhitung banyaknya 😥

Semuanya sempurna tanpa cacat cela.
Allah bagi kita hati yang sihat, sempurna dan bersih.. Tapi kita gunakan sebagai alat untuk bermusuhan dengan orang lain

Tanpa kita sedar, sebenarnya hati ada connected dgn minda

Imagine tiap hari kita sakit hati dengan orang, dendam, benci, pendek kata tiap hari pattern feeling yang sama

Sampai satu tahap.. Chemicals dalam badan kita dah biasa dengan rasa tu dan jadi ketagih

Dah biasa sakit, sedih, kecewa, marah, benci

Bila kita TAK BREAK THE FEELING, energy tu akan jadi 1 doa yang kita tak sedar, ianya menjadi kenyataan. Allahuakbar 😥

Kesannya, hati kita selalu berprasangka pada orang, tak puas hati, dendam, marah yang akhirnya jadi blockage pada diri

Rezeki susah masuk
Jiwa tak tenteram
Mudah jatuh sakit dan sebagainya.
Sahabat.. Allah cipta kita dengan lapisan2 nur yang boleh membenteng diri kita daripada gangguan syaitan.

Kalau kita rasa hidup kita tak tenang dan tenteram, itu adalah pilihan kita

Segala isu yang datang dalam hidup kita hanya ASBAB sahaja.

We design our future ❤️

Dalam hidup nie..tak semua orang akan s**a dan sayang kitaAkan ada orang yang geram dan benci kitaSampai satu tahap, ada...
09/11/2020

Dalam hidup nie..tak semua orang akan s**a dan sayang kita

Akan ada orang yang geram dan benci kita

Sampai satu tahap, ada orang yang benci kita TANPA SEBAB

So apa kena buat adalah...TERUSKAN kehidupan macam biasa

Sebab itulah kehidupan

Kita bukan di syurga untuk sentiasa dapat yang sempurna :")

Sekecil-kecil perkara yang kita buat, ada kesannya. Jadi pilihlah untuk buat perkara yang baik-baik & manis-manisAssalam...
09/11/2020

Sekecil-kecil perkara yang kita buat, ada kesannya. Jadi pilihlah untuk buat perkara yang baik-baik & manis-manis

Assalamualaikum & Good Morning everyone 💞

Address


Telephone

+601129118686

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ANGGUN MENAWAN SECARA ALAMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram