16/03/2021
Kelebihan Attar Kasturi
Dalam riwayat lain disebutkan bahwa sewaktu Nabi Adam a.s. dan Hawa tergoda oleh Iblis, lalu memakan buah khuldi, maka terlepaslah semua pakaian syurga, dan kulit badan keduanya yang halus itu menjadi kasar dan yang tertinggal kulit syurga itu pada tubuh mereka berdua adalah warna kuku (antara merah dan putih).
Kemudian Hawa jatuh di Jedah, sedang Nabi Adam jatuh di bukit Sarindit di Pulau Sailan (Colombo) tiada berpakaian kecuali 4 helai daun yang dibawa dari syurga. Setelah didapatinya kulit kayu untuk menutupi dirinya, tiba-tiba datanglah 4 jenis hewan / serangga, yaitu :
1. Ulat / Kepompong datang menziarahi Nabi Adam a.s. lalu diberinya Ulat itu sehelai daun, lalu dimakan oleh Ulat tersebut, dan jika keluar kotoran dari perutnya jadilah sutera alam.
2. Lebah datang menziarahi Nabi Adam a.s. lalu diberinya sehelai daun. Maka tiada heran, setiap kotoran keluar dari perut Lebah jadilah madu yang menjadi obat utama bagi manusia.
3. Kijang datang menziarahi Nabi Adam a.s. lalu diberinya sehelai daun, setelah dimakannya jadilah segumpal daging yang berisi minyak wangi kasturi yang termahal terlepas dari punggung Kijang.
4. Ikan datang menziarahi Nabi Adam a.s. lalu diberinya sehelai daun yang terakhir, jadilah ‘ambar laut yang keluar dari perut ikan besar, warnanya putih seperti lilin, dan berkhasiat mengobati bermacam-macam penyakit.
Khasiat Kasturi
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat, antaranya:-
1) Menhalau nyamuk dan lalat
2) Memberi kekuatan pada roh
3) Menenangkan Jiwa
4) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
5) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
6) Menghilangkan debaran jantung
7) Menghilangkan Sesak Nafas
8) Melegakan Lelah (Asma)
9] Menyedarkan orang yang pengsan
10) Memperkuatkan organ luaran tubuh
11) Memperkuatkan organ dalaman tubuh
12) Menghilangkan rasa gementar
13) Menghilangkan sejuk tubuh
14) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
15) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
16) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
17) menjernihkan mata putih pada mata
18) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
19] Mencegah wabak penyakit
20) Melanjutkan usia
21) Meredhakan Allah SWT, Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW:
“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.
Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (seperti kasturi)
Namun begitu fadilat yang paling baik ialah hendaklah kita bersolat dengan mengamalkan berwangi-wangian kerana 70 kali lebih baik dari tidak memakai wangian, INSYAALLAH...
www.wasap.my/+60173646461/atarkasturi