29/10/2025
✨KUALA LUMPUR, 24 & 26 Oktober 2025
Momen terindah di Majlis Anugerah MyChampion di The Pearl Hotel, Kuala Lumpur. Bersama pasukan combi, kospen, kospen plus, duta ubat, ikon gigi, panel penasihat, serta rakan daripada Program Promosi Kesihatan, Kesihatan Pergigian Komuniti, dan Sihat Tanpa Obesiti (STO). Bertemu wakil dari seluruh negeri di Malaysia membuka peluang untuk menjalin persahabatan baharu, berkongsi ilmu, dan memberi inspirasi.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Bahagian Promosi Kesihatan, Pn. Agnes dan Pn. Ramraini atas peluang berharga ini. Terima kasih kerana membenarkan kami berkembang, berkolaborasi, dan berkongsi pengalaman.
Tahniah kepada penerima anugerah dan peserta atas pencapaian hebat! 🏆 Semoga terus memberi inspirasi kepada ramai lagi. 💐
Jumpa lagi dalam dua tahun dengan semangat dan persediaan lebih hebat! 💪
Sehingga kita bertemu lagi. ✨