DrZue

DrZue Tak boleh makan sayur & buah fresh hari2? Tanda kita perlu ikhtiar dengan suplemen hebat!

Selalunya, di hujung-hujung imsak, kita minum lebih banyak air dari biasa.Mungkin sampai 2 atau 3 gelas!Insya Allah ada ...
20/02/2026

Selalunya, di hujung-hujung imsak, kita minum lebih banyak air dari biasa.

Mungkin sampai 2 atau 3 gelas!

Insya Allah ada cara yang lebih efektif untuk badan kita dapatkan air (stay hydrated)

Cuba minum air (sip seteguk dua saja tau!) di waktu - waktu ni..

1. Di antara setiap 2 rakaat solat terawih.
2. Setiap kali nak mula solat (maghrib, isyak & terawih)
3. Sejurus bangun tidur.
4. Sebelum mula solat malam.
5. Antara solat-solat sunat malam.

Senang kan!

Saya dah cuba tau!

Lucu tak tagline nya?Sekali baca, memang macam biasa nampak, biasa baca, biasa dengar kan?Tapi, cuba tambah ayat ni, apa...
19/02/2026

Lucu tak tagline nya?

Sekali baca, memang macam biasa nampak, biasa baca, biasa dengar kan?

Tapi, cuba tambah ayat ni, apa perasaan kita?

"Kalau sempat. Kalau tak sempat?..... "

Renung renungkan.

Ramadhan Kareem! Selamat berpuasa. Semoga kita semua sihat & dipermudah untuk beramal di bulan penuh barokah, penuh kemuliaan ini.

Aameen Aameen Ya Mujeeb.

Biar jalanraya yang sesak. Jangan otak yang sesak.Dalam hidup, banyak kali kita hadap perkara yang out of control. Traff...
11/02/2026

Biar jalanraya yang sesak. Jangan otak yang sesak.

Dalam hidup, banyak kali kita hadap perkara yang out of control. Traffic jam ni salah satu contoh. Banyak lagi kan?

Susah memang susah nak hadap. Tapi, kalau kita melawan & mood kita bertukar negatif, no point. Keadaan masih akan tetap sama.

Lebih baik kita didik fikiran & jiwa kita untuk bertenang. Kesesakan itu akan hilang, kot mana pun kan! ☺️

Semoga berjaya!

(akibat mengahadapi kesesakan lalulintas yang luar biasa hari ini, tengah minggu p**a tu kan!)

Masa kita sihat, semua perkara nampak penting.Kadangkala tak tahu mana nak buat kan!Tapi, bila kita sakit, satu benda sa...
10/02/2026

Masa kita sihat, semua perkara nampak penting.

Kadangkala tak tahu mana nak buat kan!

Tapi, bila kita sakit, satu benda saja yang jadi penting.

KESIHATAN DIRI KITA.

Hargai & jaga diri.

Hidup, kalau asas nya semata motivasi, mungkin tak hidup kita, betul tak? Maksud saya, buat sesuatu tu hanya bila ada mo...
23/01/2026

Hidup, kalau asas nya semata motivasi, mungkin tak hidup kita, betul tak?

Maksud saya, buat sesuatu tu hanya bila ada motivasi, semangat! Bila dah tak ada? What happen?

Kadang, kita perlukan struggle & disiplin. Walaupun kita tak s**a.
________________________________________
* Cobaan hiking tatkala kesan workout masih ada di kaki. Struggle juga! 😅. Alhamdulillah selamat turun *

Sejak lepas lock down, Alhamdulillah saya & family, setiap awal tahun cuba mulakan dengan beriadah bersama alam. Dalam h...
01/01/2026

Sejak lepas lock down, Alhamdulillah saya & family, setiap awal tahun cuba mulakan dengan beriadah bersama alam.

Dalam hutan. Atas bukit. Di taman. Macam-macam tempat.

Tahun 2026, tak berjaya repeat. Subhanallah.

لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم

Di akhir tahun 2025, ayah mertua di sapa big 'C'. Rutin keluarga sedikit bertukar & semua ber usaha sebaik mungkin untuk adapt.

Alhamdulillah. Semuanya ada hikmah. Dengan izin Allah, dipermudah semua nya.

Hiccups sana sini tu, biasa lah kan. Rakyat Gaza lebih dahsyat lagi dugaan nya.

Pesan untuk saya, saya, saya & anda yang membaca tulisan saya, macam biasa...

Sihat itu mahal pada yang pernah sakit. Yang belum pernah sakit, jaga lah ia dengan betul & sebaik mungkin.

Percaya lah, mencegah itu mencabar tapi lebih mudah dari merawat.

Jaga diri & family semua.

Terima kasih atas sokongan & mohon maaf kalau ada yang terguris hati hasil tulisan2 saya.

Selamat tahun 2026.

Ada yang bertanya.."Saya, kebelakangan ni, kerap terjaga tengah malam... kenapa ya?""Uish! Susah nak jawab tu. Tapi, say...
25/12/2025

Ada yang bertanya..

"Saya, kebelakangan ni, kerap terjaga tengah malam... kenapa ya?"

"Uish! Susah nak jawab tu. Tapi, saya cuba"...jawab saya pada yang bertanya.

Saya pun minta yang bertanya, jawab beberapa soalan.

1. Ada sesuatu yang baru berlaku? Kadangkala, benda tu ter bawa-bawa ke dalam tidur.

2. Terbangun tu, memang sebab terjaga atau nak ke toilet? Ini biasanya, tanda-tanda diabetes

3. Umur Puan berapa? Mungkin pra-menopos bermula

Selepas memberi jawapan, saya pun reply sebaik mungkin, yang bertanya minta saya nasihat dari segi pemakanan.

Jadi, saya kongsi kan begini...

1. Elak mkn berat dekat waktu nak tidur.
2. Elak kopi (kalau minum) dekat nak tidur/ tengah hari
3. Suasana bilik mungkin kena ubah bagi sejuk-sejuk & gelap
4. Mungkin ada perubahan hormon
5. Ada makan ubat?
6. Screen time kalau ada, dekat nak tidur, elak guna sejam sebelum
7. Cuba banyak kan protin dlm makanan seharian.
8. Cuba beriadah, sekejap pun jadi.

Allahu 'Alam

Semoga dapat membantu yang bertanya & sesiapa saja yang perlu tips ni.

Selamat mencuba.

(caption gambar : selepas selesai bagi talk petang semalam, baru lena tidur 😁)

15/12/2025

Don't burnout.
Burn fat instead 😉

Pandangan sesetengah orang...Berjaya itu dengan,...mungkin adanya jet peribadi, atau menjadi famous atau punyai rumah ag...
12/12/2025

Pandangan sesetengah orang...

Berjaya itu dengan,
...mungkin adanya jet peribadi, atau menjadi famous atau punyai rumah agam...

Namun, kebanyakan dari kita, hanya perlukan...

minda yang tenang....tidur yang lena....badan yang sihat.....kewangan yang selamat...dan...

Dapat bersantai-santai dalam hutan yang nyaman dengan mereka yang dikasihi...

Setuju?

Alhamdulillah.

Jumaat Barokah semua. Syukur selalu ❤️

09/12/2025

Yang keluar dari mulut kita pun sama penting dengan yang masuk. Kata-kata boleh jadi penawar & sebaliknya. Pilih yang mana?

Buat yang simple saja.Awal pagi tadi, dah selesai setengah jam workout di bawah pemantauan Coach Nazreen.Setengah jam sa...
09/12/2025

Buat yang simple saja.

Awal pagi tadi, dah selesai setengah jam workout di bawah pemantauan Coach Nazreen.

Setengah jam saja.

Lepas itu, saya breakfast. Sekeping sourdough. Scramble eggs (tiga biji), campur sikit tomato & bawang besar (& garam juga, tawar sangat p**a kalau tak letak). Tumis tomato dulu tau! Insya Allah ummph rasanya bila makan tu.

Simple saja.

Saya nak goreng kuey teow (anak bongsu minta nak makan) untuk lunch. Maka, saya jalan kaki untuk membeli kuey teow & tomato (tomato lagi!). Oh! Dan limau nipis sebab si abang s**a perahan air limau nipis atas kuey teow nya.

Simple saja kan!

Balik dari membeli barang-barang, saya terasa nak buat crossword puzzles sambil minum kopi.

Pun simple juga.

Alhamdulillah. Saya boleh, awak pun boleh juga tu!

08/12/2025

Badan kita, sedang berusaha keras nak jaga kita, tapi dia akan kecundang bila kita banyak sangat sumbat yang tiruan.

Address

Singapore

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DrZue posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Ibu Sihat Keluarga Hebat

Adakah anda seorang ibu yang perlukan nasihat kesihatan, sama ada untuk diri mahupun keluarga? Berinteraksi lah dengan saya.