06/01/2026
“𝗔𝘇𝗶𝗺𝗮𝘁 𝗣𝗮𝗸𝘂: 𝗦𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗧𝗮𝗸 𝗛𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴-𝗛𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴”
Paku azimat ni mungkin nampak usang, tapi ukiran padanya adalah simbol sihir yang membuat seorang pesakit menderita bertahun-tahun.
Menurut pesakit, paku ini dipasang oleh seseorang kenalan beliau yang kononnya mahu membantunya. Sebelum diketuk kedalam dinding, paku ini dalam bentuk kecil seperti paku biasa. Tiada yang mencurigakan, kerana paku ini dipasang untuk menggantung Ayat Suci di atas pintu masuk kerumah sebagai hiasan.
Setelah beberapa minggu kemudian, pesakit mula sering sakit badan, dan hati tak tenang apabila berada dalam rumah. Jika diluar ketika bekerja atau bercuti, tiada merasa sakit atau hati gelisah. Berlaku juga gangguan ghaib didalam rumah, seperti barang pecah dengan sendirinya, bunyi hentakan di dinding dan siling, terdengar dengusan suara di telinga sedangkan sedang berseorangan.
Kemudian rezekinya mula terasa sempit, sedangkan pendapatan bulannya agak lumayan untuk menanggung kos kehidupan. Pesakit harus membelanjakan wang gaji nya, untuk menanggung orang yang memasang paku itu. Selama beberapa tahun, pesakit sepetinya dipukau. Menurut sahaja kehendak orang itu, dalam memberikan wang gaji/simpananya.
Qodarullah, sekitar tahun lepas, pesakit sepertinya tersedar dari pukauan. Dia mula curigai niat asal orang itu, dan dapatkan nasihat dari kawan² nya. Atas izin ALLAH SWT, pesakit diberikan kekuatan untuk mendapatkan khidmat Ruqyah dan mencari punca asal gangguan yang dihadapinya.
Apabila dicabut paku ini, pada mulanya bentuk dan size paku ini kecil seperti biasa. Namun beberapa saat kemudian, paku ini seperti terbuka dan mengembang besar seperti dalam gambar. Ia tidak lagi keras seperti paku, agak seperti kertas timah yang digulung rapi. Dalam Islam, paku azimat macam ni perlu dimusnahkan secara syar‘ie.
Proses rawatan Ruqyah Syar'iyyah dilakukan bagi memutuskan ikatan sihir, dan juga pemagaran rumah. Pesakit mula merasa lebih segar dan tenang. Namun pesakit harus melakukan proses rawatan ruqyah mandiri untuk beberapa waktu, bagi memastikan tiada lagi gangguan berlaku terhadapnya dan juga gangguan didalam rumah.
Jom kita bongkar lebih lanjut, komen “RUQYAH” kalau nak tahu cara mengatasinya!
hijama therapy, cupping therapy, bekam singapura, bone alignment, renggangan tulang, therapist Singapore, sunnah healing, massage therapy, massage SG, urut singapura, ruqyah syar'iyyah, rawatan ruqyah singapura, ruqyah singapore, rawatan gangguan jin,