Nasihat Kita

Nasihat Kita Nasihat Sesama manusia kongsi nasihat !

KES LANGGAR SAMPAI MATI SYED MUHAMMAD DANIAL DI PLUS 2019 : 1- Kira-kira 4 tahun lepas, kita dikejutkan dengan kematian ...
15/10/2025

KES LANGGAR SAMPAI MATI SYED MUHAMMAD DANIAL DI PLUS 2019 :

1- Kira-kira 4 tahun lepas, kita dikejutkan dengan kematian Pengurus Bank Syed Muhammad Danial Syed Syakir suslan insiden pergaduhan - amuk di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dengan seorang lelaki yang bernama Yew Wei Ling.

2- Susulan dari itu, Syed Danial ini meninggal dunia sewaktu dirawat di Nilai Medical Centre pada hari kejadian.

3- Kejadian difahamkan berpunca daripada kemalangan kecil selepas Plaza Tol Sungai Besi (menghala ke Selatan).

4- Yew Wei Ling ditahan Polis pada 10.08.2019, OKT ini dituduh di bawah Sek. 302 Kanun Keseksaan (Membunuh). Pembelaan OKT adalah untuk membela diri, tetapi OKT gagal membuktikan wujudnya ancaman kecederaan terhadapnya.

5- Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Julia Ibrahim menjatuhkan hukuman mengikut Sek. 304 (a) Kanun Keseksaan setelah perbicaraan penuh selesai.

6-Antara intipati kes ini yang boleh kita pelajari adalah wujud hak mempertahankan harta daripada perbuatan khianat oleh mangsa daripada merosakkan kereta (Toyota Innova) OKT dengan menggunakan kayu besbol tetapi hak pertahan harta tidak dilanjutkan hingga menyebabkan kematian mangsa.

7- Kes ini sesuai dijadikan pengajaran dan iktibar terutamanya kerana kes bermula dari amukan di jalan raya, didorong rasa marah dan tidak puas hati serta disumbangkan penggunaan bahan terlarang.

8- OKT dihukuman penjara 16 tahun dari tarikh tangkap pada 10.08.2019.

PERBEZAAN DENGAN KES PEGAWAI POLIS & PELAJAR SPM
1- Tiada ancaman untuk merosakkan harta atau keselamatan diri Pegawai Polis ditimbulkan oleh Pelajar SPM.
2- Ada kebarangkalian Pelajar ini tidak membuat sebarang provokasi, cumanya sebagai seorang yang baran atau mudah triggered dengan bunyi motor (bising), Polis ini akan timbulkan terdapatnya provokasi.
3- Jika wujud provokasi tersebut, ada kebarangkalian ia hanya meringankan hukuman tetapi tidak menyebabkan Polis ini terlepas sepenuhnya.
4- Tambahan tiada berlaku pergaduhan mulut /kemalangan kecil. Difahamkan Polis ini yang mengejar Pelajar tersebut kerana terganggung dengan bunyi ekzos.
5- daripada 2-2 insiden di atas, ia telah menjejaskan karier, sumber pendapatan dan kebebasan seseorang hanya kerana gagal mengawal perasaan marah / baran.

Semoga kes-kes antara Syed Muhammad Aiman (allahyarham) dan adik Zharif (allahyarham) menjadi iktibar kepada kita selaku Pengguna Jalan Raya agar kawal amarah & emosi agar tidak memudaratkan orang lain dan akhirnya diri sendiri.

Al-Fatihah kepada kedua-dua yang terkorban.
Takziah kepada keluarga /waris mangsa.

Gambar : Majoriti
Rujukan : Akhbar tempatan.

Begitulah,
Shada Mazan

14/10/2025

Allah bagi ilham jika anda solat tahajudd

14/10/2025

Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut ditikam pelajar lelaki Tingkatan Dua di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, pagi tadi. Suspek yang membawa pisau turut mencederakan pelajar lain sebelum ditahan polis.

Bila aku beli rumah tahun 2020, ingatkan 2 tahun dah boleh masuk.Tapi siap 2025 😅Maknanya dah lewat, dan aku ada hak unt...
14/10/2025

Bila aku beli rumah tahun 2020, ingatkan 2 tahun dah boleh masuk.
Tapi siap 2025 😅

Maknanya dah lewat, dan aku ada hak untuk tuntut gantirugi (LaD) dari pemaju.

Jadi aku pun mula buat tuntutan kat Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR).

Nak mudahkan korang yang senasib, ni aku share step by step 👇

1️⃣ Sediakan Dokumen
Kena ada ni dulu:
👉 Borang 1 TTPR (isi 4 salinan)
👉 Salinan S&P
👉 Salinan CCC
👉 Surat-menyurat dengan pemaju (kalau ada)
👉 Salinan IC
👉 Serahan Milikan Kosong
👉 Bayaran RM10 (Fi pendaftaran)

2️⃣ Isi Borang 1
Tulis maklumat diri, alamat rumah, tarikh S&P, dan sebab tuntutan (contoh: lewat siap rumah).

3️⃣ Susun & Serah
Buat 4 set Borang 1 TTPR lengkap semua dokumen tu.
Serah ke pejabat Tribunal TTPR terdekat dan bayar RM10.
Simpan resit.

4️⃣ Tunggu Tarikh Sesi
Lepas hantar, Tribunal akan bagi notis / tarikh pendengaran.
Datang bawa semua dokumen asal.

5️⃣ Hadir & Jelaskan
Cerita dengan tenang tunjuk bukti, tarikh S&P, tarikh rumah siap, dan sebab kenapa kau tuntut.

6️⃣ Tunggu Keputusan
Kalau Tribunal setuju, pemaju kena bayar gantirugi ikut jumlah yang ditetapkan.

📌 Pesan aku …
Hak pembeli ni jangan biar tergantung.

Kalau rumah siap lambat, guna saluran betul Tribunal TTPR memang disediakan khas untuk bantu pembeli.

kredit tuan Ahmad Firdaus Mahmod

Tips dari peguam kalau kereta anda dilanggar dari belakang  . 'bole simpan untuk manfaat' 1. Jika ada orang langgar kere...
13/10/2025

Tips dari peguam kalau kereta anda dilanggar dari belakang . 'bole simpan untuk manfaat'

1. Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang.
2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas.
3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yang ada kamera dan keluar daripada kereta anda.
Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti stearing lock, parang, peralatan yang diperbuat daripada besi dan sebagainya, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam.
4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda tadi.
5. Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, sapa lah dia dengan baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dengannya, tetapi janganlah terus maki hamun kepadanya.
6. Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi? Kebiasaannya dalam situasi sebegitu masing-masing akan cuba menyalahkan satu sama lain.
Kawal kemarahan anda, jangan bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
7. Kalau boleh minta tengok daripada pemandu yang langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.
8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kepada anda. Bagitahu kepadanya, dari segi undang-undang, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain daripada belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu.
9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi sy ingatkan, tak perlu mintak wang daripadanya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda.
Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh-tangguh walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.
10. Jangan lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti.
11. Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jangan serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.
12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran.
13. Dengan report polis tadi pergi ke JPJ dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yang langgar kereta anda tadi.
14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan 3rd parti claim untuk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.

Mudah bukan?? Tak perlu gaduh-gaduh dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kepada perlakuan jenayah. Negara kita kan ada undang-undang.
Patuhilah undang-undang yang telah ditetapkan!

13/10/2025

Konvoi sumud nusantara

13/10/2025

Definisi penyelesaian masalah merujuk kepada proses mengenal pasti, menganalisis, dan mencari penyelesaian bagi sesuatu masalah atau cabaran yang dihadapi. Ia melibatkan penggunaan pemikiran kritis, kreativiti, serta kemahiran logik untuk mencapai penyelesaian yang terbaik.

Dalam konteks profesional, kemahiran ini amat penting kerana setiap individu akan diuji dengan pelbagai masalah dalam rutin kerja harian.

Untuk mencari penyelesaian yang betul, anda perlu memahami masalah, mengumpul maklumat, menilai pelbagai pilihan penyelesaian, dan kemudian membuat keputusan serta melaksanakan penyelesaian tersebut.

Contoh penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian termasuk menyelesaikan konflik dengan rakan atau menetapkan jadual supaya semua tugas dapat diselesaikan tepat pada masanya.

06/10/2025

Kita akan dipertangungjawabkan dengan apa kita tulis

06/10/2025

Kisah teguran imam ahmad

Ramai orang selalu kata ayah ketua keluarga, tapi hakikatnya ibu lah yang jadi tiang utama dalam membentuk siapa anak it...
06/10/2025

Ramai orang selalu kata ayah ketua keluarga, tapi hakikatnya ibu lah yang jadi tiang utama dalam membentuk siapa anak itu akan jadi bila besar nanti. Kalau ibu kasar, anak belajar keras hati. Kalau ibu penuh kasih, anak belajar sayang orang sekeliling. Semua bermula dari cara seorang ibu.

Anak belajar banyak benda bukan daripada buku, tapi daripada apa yang dia lihat dan rasa setiap hari bersama ibunya.

1. Dari belaian seorang ibu, anak belajar apa itu kasih sayang.
2. Dari nasihat seorang ibu, anak belajar apa itu budi pekerti.
3. Dari pengorbanan seorang ibu, anak faham apa itu kekuatan dan ketabahan hidup.

Setiap perkataan yang keluar dari mulut seorang ibu akan melekat jadi suara dalam kepala anak. Kalau ibu sabar, anak belajar menahan marah. Kalau ibu jujur, anak belajar bercakap benar. Kalau ibu penyayang, anak belajar menghargai orang lain. Anak itu cermin ibunya.

Ibu bukan sekadar jaga makan minum atau teman bermanja. Ibu adalah sekolah pertama anak. Dari ibulah terbentuk akhlak, sahsiah, cara fikir, bahkan jalan hidup mereka. Anak yang dapat didikan penuh kasih sayang lebih mudah jadi manusia berakhlak mulia, berilmu, dan berjaya.

Setiap pelukan ibu sebenarnya adalah doa yang tak bersuara. Setiap didikan ibu adalah benih yang tumbuh dalam diri anak. Dan setiap pengorbanan ibu adalah jalan yang membuka pintu kejayaan untuk anaknya.

Jangan pandang enteng peranan seorang ibu. Kerana baik buruknya masa depan seorang anak, sebahagian besar datang dari siapa ibunya hari ini.

kreditBrainy Bunch

Siapa yang patut dipersalahkan bila anak takut nak cuba benda baru? Anak… atau sebenarnya kita sendiri?Ramai ibu ayah ma...
06/10/2025

Siapa yang patut dipersalahkan bila anak takut nak cuba benda baru? Anak… atau sebenarnya kita sendiri?

Ramai ibu ayah marah bila anak jadi terlalu takut, terlalu bergantung. Tapi kalau kita fikir balik, bukankah sejak kecil lagi kitalah yang sering menyekat mereka?

Anak lahir memang dengan fitrah nak mencuba. Panjat, lari, terjatuh, bangun semula. Itu normal. Tapi kita datang dengan penuh rasa takut. Kita jerit setiap kali nampak mereka bergerak. Kita bayangkan kecederaan paling teruk.

"Jangan lari, nanti jatuh!"
"Nanti luka!"
"Bahaya tu!"

Akhirnya anak belajar, mencuba itu sesuatu yang menakutkan.

Lebih teruk, ada ibu ayah sanggup kurung anak dalam rumah. Atau bagi telefon, tablet, TV semata-mata nak pastikan mereka duduk diam. Senang untuk kita, tapi mahal harganya pada mereka.

Kemudian bila anak dah besar sikit, umur 5 tahun, kita mula risau p**a. Kita nak mereka berani. Kita paksa p**a, "Pergi cuba! Berdiri depan! Buat sendiri!"

Ironinya, sejak awal kita yang rampas peluang mereka.

Anak jadi ketuk baru jalan. Semua benda kena suruh. Semua benda kena ingatkan. Semua benda nak disuap. Kita yang penat, mereka pun hilang keyakinan.

Apa sebenarnya yang patut kita buat?

• Berhenti bayangkan yang paling buruk setiap kali anak cuba sesuatu.
• Doakan yang baik-baik, fikirkan hasil positif.
• Benarkan anak bermain, panjat, jatuh kecil, bangun lagi.
• Tugas kita bukan menghalang, tapi membimbing bila perlu.

Anak takkan jadi berani hanya kerana kita suruh. Mereka jadi berani bila diberi ruang untuk cuba, salah, jatuh, bangun semula.

Kalau kita betul-betul nak anak yang yakin dan berani, mulakan dengan diri kita dulu. Kurangkan anxiety kita, barulah mereka bebas jadi diri sendiri.

kredit Brainy Bunch

Semoga bermanfaat…
04/10/2025

Semoga bermanfaat…

Address


40300

Telephone

0174319641

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nasihat Kita posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Nasihat Kita:

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram