Unit Promosi Kesihatan PKD Klang

Unit Promosi Kesihatan PKD Klang Page Facebook rasmi Unit Promosi Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Klang

28/11/2025

Air banjir boleh membawa pelbagai penyakit! Amalkan penjagaan kesihatan semasa banjir

Anda disarankan supaya makan mengikut waktu makan pada waktu yang disarankan. Elakkan melangkau waktu makan bagi mengela...
28/11/2025

Anda disarankan supaya makan mengikut waktu makan pada waktu yang disarankan. Elakkan melangkau waktu makan bagi mengelakkan terasa terlalu lapar sebelum waktu makan seterusnya dan menyebabkan makan secara berlebihan.

Kerintangan antibiotik berlaku apabila terdapat salah guna antibiotik. Ini menyebabkan bakteria menjadi kebal kepada ant...
27/11/2025

Kerintangan antibiotik berlaku apabila terdapat salah guna antibiotik. Ini menyebabkan bakteria menjadi kebal kepada antibiotik.

Oleh itu, antibiotik yang lain diperlukan untuk menghapuskannya.


Selain penyakit semasa banjir, sila ambil perhatian terhadap air yang bertakung di sekeliling anda selepas banjir surut....
26/11/2025

Selain penyakit semasa banjir, sila ambil perhatian terhadap air yang bertakung di sekeliling anda selepas banjir surut. Nyamuk Aedes boleh membiak dalam takungan air di luar dan di dalam rumah anda.

Kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan peningkatan berat badan yang tidak sihat, peningkatan paras gula dalam dara...
25/11/2025

Kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan peningkatan berat badan yang tidak sihat, peningkatan paras gula dalam darah, serta tekanan darah tinggi, kesemuanya meningkatkan risiko penyakit kronik.

Anda perlu menghabiskan antibiotik untuk memastikan keberkesanan rawatan dan mengelakkan kerintangan antibiotik.
24/11/2025

Anda perlu menghabiskan antibiotik untuk memastikan keberkesanan rawatan dan mengelakkan kerintangan antibiotik.


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan inisiatif pelabelan harga ubat pada setiap ubat yang dibekalka...
21/11/2025

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan inisiatif pelabelan harga ubat pada setiap ubat yang dibekalkan kepada pesakit di seluruh fasiliti kesihatan KKM sejak tahun 2011.

𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮𝗶𝗹𝗮𝗵 𝘂𝗯𝗮𝘁 𝗮𝗻𝗱𝗮
𝗘𝗹𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝘇𝗶𝗿𝗮𝗻 𝘂𝗯𝗮𝘁

2 daripada 5 dewasa tidak melakukan saringan kesihatan. Oleh itu ramai yang tidak tahu mereka menghidap penyakit seperti...
20/11/2025

2 daripada 5 dewasa tidak melakukan saringan kesihatan. Oleh itu ramai yang tidak tahu mereka menghidap penyakit seperti diabetes, darah tinggi atau kolesterol tinggi.

Jalani saringan kesihatan untuk ketahui status kesihatan anda.


Ayuh semua lelaki daerah Klang, tak kira yang bujang atau sudah berkeluarga sama-sama meriahkan Sambutan Hari Lelaki Sed...
19/11/2025

Ayuh semua lelaki daerah Klang, tak kira yang bujang atau sudah berkeluarga sama-sama meriahkan Sambutan Hari Lelaki Sedunia bersama Pejabat Kesihatan Daerah Klang!

Sempena Bulan Kesedaran Kesihatan Lelaki Sedunia, kami ingin menjemput semua warga daerah Klang ke Sambutan Hari Lelaki Sedunia yang akan diadakan pada 30 November 2025 di Pejabat Kesihatan Daerah Klang. Dapatkan pakej pemotongan rambut dan t-shirt PERCUMA untuk peserta terawal!

Pesakit buasir dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat pakar sekiranya mengalami pendarahan semasa atau selepas m...
19/11/2025

Pesakit buasir dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat pakar sekiranya mengalami pendarahan semasa atau selepas membuang air besar untuk menentukan diagnosis sebenar supaya rawatan yang berkesan dapat diberikan. Amalan diet yang seimbang dan gaya hidup yang sihat adalah penting bagi memastikan penyakit buasir tidak berulang.

Sedar tak? Gula tambahan dalam pemakanan harian kita boleh mendatangkan pelbagai risiko kesihatan. Bebas dari gula tamba...
18/11/2025

Sedar tak? Gula tambahan dalam pemakanan harian kita boleh mendatangkan pelbagai risiko kesihatan. Bebas dari gula tambahan adalah kunci kepada gaya hidup yang lebih sihat dan berpanjangan.

Jadi, mari kita mulakan langkah kecil ke arah perubahan besar!

Sentiasa peka dengan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi gula. Pengurangan pengambilan gula dapat memberi lebih ...
17/11/2025

Sentiasa peka dengan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi gula. Pengurangan pengambilan gula dapat memberi lebih manfaat terhadap kesihatan.

Address

Klang

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Promosi Kesihatan PKD Klang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram