Cikgu Maisara

Cikgu Maisara Membantu anak2 yang lemah dalam pelajaran mencari solusi dari segi pemakanan tambahan & nasihat gaya hidup sihat

Apa2 boleh pm no yg tertera ya😊

"REZEKI SELEPAS HUJAN"Pandemik Covid-19 mungkin sudah sampai ke penghujungnya?Setelah hampir 10 bulan Malaysia diserang ...
06/12/2020

"REZEKI SELEPAS HUJAN"

Pandemik Covid-19 mungkin sudah sampai ke penghujungnya?

Setelah hampir 10 bulan Malaysia diserang penyakit yg berbahaya. Betapa ramai bilangan nyawa yg melayang.

Namun syukur. Baru-baru ini kita telah dikhabarkan dengan penemuan "vaksin". Syabas dan tahniah kepada pemerintah Malaysia.

Untuk memastikan ianya dapat membantu masyarakat Malaysia. Vaksin tersebut PERLU menepati 3 syarat penting.

Pertama, ianya mestilah selamat. Vaksin di ibaratkan sebagai ubat. Tentulah ada kesan sampingannya. Namun, kesan sampingan itu harus lah di minimumkan.

Kedua, terbukti berkesan. Kerajaan akan memastikan vaksin itu mempunyai tahap keberkesanan yg tinggi.

Dan yg terakhirnya adalah stabil. Iaitu dari segi keselamatan dan keberkesanan vaksin itu sendiri. Haruslah tiada kesan yg berpanjangan.

Bagi ibu bapa, wajarlah berikhtiar yg terbaik untuk anak-anak. Kerana mereka anugerah terindah kepada ibu bapa. Juga amanah dari tuhan.

Ramai ibu bapa mencari yg terbaik untuk anak-anak. Sanggup laburkan sedikit wang demi pembelajaran anak. Tidak lain, hanya untuk melihat anak berjaya.

Sebagai ibu bapa, ikhtiar selagi boleh. Jangan menyerah sebelum jumpa yg paling terbaik untuk anak-anak. Semoga anak berjaya dunia akhirat.

HIDUP MOTIVASI HATI TENANGSebagai manusia yang menjalani kehidupan tentunya kita tidak terlepas dari berbagai masalah.ka...
02/12/2020

HIDUP MOTIVASI HATI TENANG

Sebagai manusia yang menjalani kehidupan tentunya kita tidak terlepas dari berbagai masalah.

kadang-kadang kita perlu kata-kata motivasi hidup dari orang-orang yang terdekat untuk kita sentiasa lebih bersemangat.

kadang-kadang kita merasakan masalah yang kita hadapi berat dan tidak akan berakhir. Tapi percayalah semua itu akan berakhir apabila tiba waktunya.

Masalah akan dapat diselesaikan dan hidup tidak akan terbeban. Sebagai manusia sentiasa berfikir positif dan menjauhkan diri dari fikiran negatif.

Dengan bersikap positif kita akan sentiasa tenang dalam menghadapi masalah yang ada dan mencari solusi yang terbaik untuk menyelesaikanya.

Cara untuk merasa bahagia dalam hidup ni adalah dengan mengelakkan dari banyak membandingkan diri dengan orang lain.

Sebaliknya, untuk membantu motivasi diri, kita perlu banyak membandingkan diri dengan diri sendiri.

Apa beza kita dulu dan sekarang? Semakin matang? Semakin banyak asam dan garam yang kita dah lalui? Banyak yang kita dah belajar?

"Permata tidak dapat digilap tanpa geseran, juga tidak dapat berjaya tanpa cabaran"

AMARAN BANJIRPada musim2 hujan begini,sama-sama lah kita jaga diri,siapkan persiapan yang secukupnya untuk menghadapi mu...
25/11/2020

AMARAN BANJIR

Pada musim2 hujan begini,sama-sama lah kita jaga diri,siapkan persiapan yang secukupnya untuk menghadapi musim tengkujuh.Banyak tempat2 rendah telah ditenggelami air, lagi2 musim Pandemik C0V1D1-19 ni,Kita Jaga Kita🥰

MADU PILIHAN OTAKKita semua tahu penting untuk ibu ayah memberi makanan minda kanak-kanak untuk si kecil. Seperti mana d...
19/11/2020

MADU PILIHAN OTAK

Kita semua tahu penting untuk ibu ayah memberi makanan minda kanak-kanak untuk si kecil.

Seperti mana definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan adalah kesejahteraan jasmani, rohani dan sosioekonomi.

Kebanyakan manusia mendapat penyakit disebabkan oleh corak / pola pemakanan yang salah dan kurang pengetahuan mengenai pemakanan sihat.

Nabi Muhammad SAW adalah manusia teladan yang membawa integriti Islam dengan menyentuh seluruh aspek kehidupan.

🍁 Madu
Madu lebah kaya dengan bahan antioksidan yang berfungsi menghalang bahan-bahan radikal bebas bertindak ke atas sel-sel badan bertukar kepada kanser.

Haa..anak anda s**a minum madu tak? Sekarang ni kan ada jual dalam bentuk stick. Kalau anak-anak nak, bagi je honey stick tu. Senang je.

Madu sebagai makanan yang lengkap semua komponen keperluan manusia seperti :

Enzim, vitamin, mineral, kandungan air dan komponen antioksida yang membantu untuk tingkatkan fungsi otak.

Madu ni juga adalah penawar pada pelbagai jenis penyakit tau. So, train anak dari sekarang untuk minum madu ni.

Selain Mendisiplinkan anak dengan pengambilan makanan sihat, ibu bapa yang kesuntukan masa boleh mengambil alternatif dengan memberikan Suplement EXAMA-A

Kerana ia banyak manfaatnya🤗

COKLAT HITAM PILIHAN TERBAIKSIAPA yang dapat menahan godaan rasa enak coklat? Apatah lagi jika coklat yang memang terken...
17/11/2020

COKLAT HITAM PILIHAN TERBAIK

SIAPA yang dapat menahan godaan rasa enak coklat? Apatah lagi jika coklat yang memang terkenal dengan rasa memikat? Tahukah anda coklat hitam banyak kebaikan untuk kesihatan?

Coklat hitam mengandungi antioksida dan flavonoid. Ia baik untuk kesihatan jantung kerana mampu melancarkan perjalanan darah. Selain itu, ia dapat merendahkan risiko masalah pembekuan darah.

Coklat hitam juga dikatakan mampu merangsang mood dan meningkatkan
hormon untuk perasaan gembira.

Seterusnya, coklat hitam dapat meningkatkan daya fikiran dan fungsi otak secara umum.Satu kajian ke atas seorang s**arelawan yang sihat, menunjukkan bahawa pengambilan koko yang tinggi flavanol selama 5 hari boleh meningkatkan peredaran darah ke otak.

Coklat hitam menduduki tangga teratas sebagai coklat terbaik berbanding coklat lain seperti coklat putih atau yang dikomersialkan. Bagaimanapun, ia perlu diambil mengikut kuantiti yang dibenarkan iaitu sekitar 65 gram sehari.

Belajar Sesuatu? Reply ' BELAJAR ❤️'

Pengorbanan seorang cikgu.Sanggup dari rumah ke rumah untuk semak tugasan anak-anak muridnya. Berpanas & berhujan. Semog...
16/11/2020

Pengorbanan seorang cikgu.

Sanggup dari rumah ke rumah untuk semak tugasan anak-anak muridnya. Berpanas & berhujan. Semoga jasa mereka sebagai guru dihargai. Amin 😀

Murid dah tak ada alasan lagi untuk tidak belajar.

Kredit : Cikgu Jajabracho Bracho

10 senarai barang makanan untuk anda yang nak diet1. BrokoliIni antara sayur yang elok nutriennya. Sangat sesuai untuk d...
15/11/2020

10 senarai barang makanan untuk anda yang nak diet

1. Brokoli
Ini antara sayur yang elok nutriennya. Sangat sesuai untuk diamalkan kepada yang sedang berdiet.

2. Ubi keledek
Ubi keledek atau bahasa kampungnya adalah ubi stello. Sesuai dimakan ketika snacking.

3. Santan rendah lemak
Kalau rasa hendak makan makanan yang bersantan, bolehlah masak satu kali seminggu. Tapi pastikan guna santan yang rendah lemak.

4. Lemon
Kalau ada promosi memang murah harga lemon. Macam-macam resepi yang kita boleh buat dengan lemon. Antaranya ialah ayam masak lemon. Lemon ini lebih baik disesuaikan dalam diet harian dan sangat baik digunakan.

5. Blueberries
Kecil yang bernilai. Selain sesuai untuk diet, nak cantikkan kulit blueberries antara buah terbaik untuk diamalkan.

6. Gula perang
Gula perang ini sangat sesuai untuk individu atau orang yang sedang mengamalkan diet. Gula putih mesti dijauhkan terus dalam diet. Barulah cepat berat badan turun.

7. Stevia
Paling baik untuk menggantikan gula dengan stevia. Kosong kalori. Cuma mungkin ada yang rasa manisnya pelik.

8. Garam bukit
Ini dia cadangan atau garam yang paling penting bagi menggantikan garam biasa. Cuma pengambilannya juga hanya sekadar wujud rasa masin yang sedikit sahaja.

9. Peanut butter
Mungkin anda jarang jumpa atau agak s**ar untuk cari jenama lain yang lagi rendah kalori. Macam Yogood, Steffis ke. Jadi perlu pandai-pandai sendiri kurangkan kuantiti. Dan jenis peanut butter yang berjenama “chunky” ini sesuai dimakan ketika diet kerana rasanya yang sedap.

10. Epal hijau
Antara buah yang efektif untuk waktu snacking. Hindarkan buah yang terlalu manis seperti mangga masak kerana gula dalam buah agak tinggi.

AIR MATA KEGAGALANYa Allah, sebaknya hati seorang ibu bila mengetahui anak gagal dalam akademik. Walaupun kita tahu anak...
14/11/2020

AIR MATA KEGAGALAN

Ya Allah, sebaknya hati seorang ibu bila mengetahui anak gagal dalam akademik. Walaupun kita tahu anak kita dah usaha sehabis mampu. Namun tetap sama.

Tidak dapat dinafikan, perasaan sedih dan kecewa bercampur baur. Sy amat pasti inilah perasaan ibu dan bapa yg berdepan dengan situasi ini.

Tp sampai bila kita sebagai ibu bapa nak bersedih?

Bukankan kita perlu lakukan sesuatu untuk bantu anak kita?

Pepatah mengatakan ibu bapa ini umpama malaikat yang diletakkan di muka Bumi untuk menjaga anak-anaknya. Peranan ibu bapa sungguh besar dan ia bukannya mudah.

Ibu bapa harus faham bahawa setiap anak berpewatakan berbeza. Sekiranya kita memahami psikologi anak-anak lebih menyenangkan untuk ibu bapa mendidik.

Contohnya macam Kak Siti Khatijah. Yg mana sebelum ni anaknya ada masalah susah faham, kurang keyakinan diri dan tidak berminat belajar.

Kesannya adik Mohd jadi malas nak pergi sekolah dan keputusan peperiksaan merosot.

Tetapi Alhamdulillah berkat usaha Kak Siti Khatijah. Dalam tempoh seawal 3 minggu pengunaan EXAM-A adik Mohd dah mula menunjukkan minat untuk belajar.

Bahkan sudah ada keyakinan yang tinggi dan rajin pergi ke sekolah serta tuisyen.

Syukur, asbab penggunaan EXAM-A dapat bantu menyelesaikan masalah adik Mohd.

Berikan usaha yang terbaik hari ini, untuk mendapat pulangan yang terbaik pada hari esok.

Seorang nelayan miskin tinggal di pinggir pantai. Sudah berhari-hari turun ke laun, tapi tiada hasil tangkapan. Terpaksa...
11/11/2020

Seorang nelayan miskin tinggal di pinggir pantai. Sudah berhari-hari turun ke laun, tapi tiada hasil tangkapan. Terpaksa pulang dengan tangan kosong.

Tiada rezekinya. Namun beliau mempunyai kesabaran yg tinggi untuk berusaha lagi. Setiap hari, tak pernah berhenti mencuba. Kerana mengingatkan tanggungjawabnya.

Suatu hari, ada seekor ikan yg sangat besar tersangkut di jalanya. Terus terlintas dimindanya niat untuk beri makan kepada keluarga dan jiran-jirannya.

Malangnya ketika itu lalu seorang raja. Langsung berminat dengan ikan tersebut, dan mengarahkan pengawalnya untuk dapatkan ikan itu.

Nelayan berasa keberatan untuk melepaskannya. Dan meminta bayaran dari sang raja. Namun, dengan angkuh pengawal merampas dan berkata:

Raja tidak membayar kepada apa yg dikehendakinya."

Bergenang air mata si nelayan mengenangkan nasibnya. Terus berdoa kepada Sang Pencipta.

"Ya Allah, Sesungguhnya dia telah memperlihatkan kekuasaannya atasku. Maka tunjukkan lah kekuasaanMu keatasnya."

Maqbul doa tersebut. Setelah dimakan ikan yg dirampas tadi. Si Raja jatuh sakit. Kakinya sedikit demi sedikit merosak. Dan akhirnya terpaksa dipotong.

Barulah tersedar sang raja. Betapa doa orang yg dizalimi sangatlah makbul. Dan tiadalah kuasa di dunia ini yg mampu menandingi kekuasaanNya.

Kimpulannya, jangan sesekali menzalimi orang. Walau setinggi mana pun darjat kita. Dan jauhilah perasaan angkuh dan bangga dengan apa yg kita ada.

Kerana semuanya hanyalah sementara. Yg dipinjamkan kepada kita di dunia ini. Bila-bila masa pun boleh ditarik kembali nikmat yg kita nikmati sekarang.

10/11/2020

Testimoni berjaya customer🥰

TESTIMONI TERBARU PENGGUNA EXAM ANAMA BAPA: Haji SahranASAL: Masai, JohorUMUR ANAK: 17 tahunMASALAH ANAK : Tahap daya be...
10/11/2020

TESTIMONI TERBARU PENGGUNA EXAM A

NAMA BAPA: Haji Sahran

ASAL: Masai, Johor

UMUR ANAK: 17 tahun

MASALAH ANAK : Tahap daya belajar biasa-biasa sahaja, mahu capai jadi yang lebih baik

TEMPOH PENGGUNAAN: 3 Bulan

KESAN PENGGUNAAN: Alhamdulillah, Prestasi belajar meningkat dan mendapat keputusan cemerlang dalam percubaan SPM.

Address

NO 5173 TGKAT 1 BNGUNAN KEDAI RUNCIT BELAKANG SUPERMAS , TAMAN D'LAHAR , BESUT
Jerteh
22200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cikgu Maisara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram