30/01/2026
Assalamualaikum
Disini saya kongsikan resipi kulit ketayap cara saya yang mungkin awak boleh cuba. Ada yang dah cuba dan Alhamdulillah menjadi. TAHNIAH saya ucapkan.
Sebelum ini saya ada kongsikan resipi melalui video, tapi mungkin ada yang kurang mahir mencari di ruangan reels. Tak mengapa… memandangkan saya ni baik hati dan rajin, saya kongsikan sekali lagi yer… 🥰
Sila ambil pen dan salin resipi ini dalam kitab kueh kalian.
Resipi ini adalh dalam s**atan cawan. Saya menggunakan cawan metrik. Boleh di beli di DIY atau mana-mana kedai toko jamu. 🤭
Ready… salin.
__________________________________________
✅ 3 cawan air (1 cawan air putih + 2 cawan air pandan) - air pandan tu awak kene blend beberapa daun pandan dan dijadikan kepada 2 cawan. Saya s**a wangian asli daun pandan.
✅ 2 cawan tepung gandum.
✅ 1 biji telur.
✅ 2 TBSP (sudu besar) minyak masak.
✅ 1 TSP (sudu kecil) garam
✅ 1 TSP (sudu kecil) creamy vanilla esen. - vanilla esen ni menghilangkan bau hanyir telur dan mewangikan kulit ketayap.
✅ 2-3 titik pewarna code APPLE GREEN.
****BLEND SEMUA BAHAN DIATAS**
Boleh guna pan non stick size 20cm atau pen eletrik.
Untuk cara saya, saya memang sediaka kulit ketayap pada sebelah malam. Saya hanya tutup dengan saji dan atas saji saya letak kain untuk elakkan kulit kering.
Jangan tutup dengan bekas yg bertutup atau jangan simpan dalam fridge.
Alhamdulillah resipi saya ni setakat ini kulitnya mampu bertahan sehingga malam dan tak basi jika tanpa inti.
Panjang yer… jika ada soalan, drop komen… saya s**a membaca dan bantu awak semua.
Cuba taw… selamat mencuba!
❤️