D'Jue Wellness

  • Home
  • D'Jue Wellness

D'Jue Wellness Malaysia No.1 health expert

16/02/2026

Rasa pedih sampai ke dada kadang naik ke tekak buat tidur pun tak lena.😰

Ia boleh jadi sebab masalah penghadaman makanan tak hadam sempurna, asid naik semula atau tanda GERD yang dah mula aktif. Bukan semua sakit perut sama dan bukan semua pedih tu cuma gastrik biasa.

Macam mana nak tahu perbezaan gastrik dan GERD? Jom dengar explain Dr Jue.☺️

Bila perut terlalu kerap dirangsang, makan tak berhenti henti atau sentiasa ada snek, saraf vagus yang kawal pencernaan ...
16/02/2026

Bila perut terlalu kerap dirangsang, makan tak berhenti henti atau sentiasa ada snek, saraf vagus yang kawal pencernaan boleh jadi kurang respons.😰

Saraf inilah yang bantu perut keluarkan enzim, gerakkan usus dan beri signal kenyang.Bila ia “letih”, pencernaan jadi perlahan, mudah kembung dan rasa berat selepas makan.Sebab itu beri ruang antara waktu makan sangat penting. Bukan sekadar kawal kalori, tetapi bagi sistem pencernaan masa untuk bekerja dengan tenang.

Bila saraf vagus lebih responsif, perut lebih selesa dan badan pun rasa lebih ringan.☺️

3 hari lagi sebelum Ramadan 🌙Sekarang memang rasa makin dekat.Dalam hati mesti ada sedikit rasa teruja, mungkin juga sed...
16/02/2026

3 hari lagi sebelum Ramadan 🌙

Sekarang memang rasa makin dekat.Dalam hati mesti ada sedikit rasa teruja, mungkin juga sedikit risau.

Kalau dah mula jaga makan, elak makan manis,amalkan brisk walk dan intermittent fasting itu tandanya anda dah ambil langkah yang betul.☺️

Dan persediaan dari awal sebenarnya akan lebih bersedia daripada apa yang anda sangka.❤️

15/02/2026

✅Jangan kata anak-anak je boleh hilang fokus, lemau waktu berpuasa ni. Kita yang dewasa juga cepat rasa letih dan takbermaya kalau silap makan waktu bersahur

Sahur yang betul adalah bersahur dgn makanan yang kompleks bagi tenaga berpanjangan. Tu sebab kena tambah Boolet dalam makanan dan minuman. Bukan makanan yang hanya gula semata. Baru lepas sahur terus lapar. Tambah 2 sudu Boolet dalam makanan atau minuman waktu bersahur. Sesuai utk anak-anak juga.

Komen Boolet untuk info

14/02/2026

Ramai fikir lagi banyak vitamin lagi cepat sihat. Tapi untuk CKD, bukan semua supplement sesuai.

Buah pinggang yang lemah susah tapis lebihan mineral dan vitamin tertentu. Contohnya, vitamin A dan mineral seperti potassium atau magnesium dalam dos tinggi boleh jadi beban.😰

Soalan sebenar bukan “boleh ambil ke tak?” tapi apa yang badan anda perlukan sekarang.

Nak tahu vitamin mana sesuai ikut stage CKD anda? Jom dengar explain dari Dr Jue.☺️

Buah pinggang sebenarnya bekerja ikut tekanan darah kita.Bila tekanan darah tinggi, buah pinggang terpaksa tapis darah d...
14/02/2026

Buah pinggang sebenarnya bekerja ikut tekanan darah kita.

Bila tekanan darah tinggi, buah pinggang terpaksa tapis darah dalam keadaan lebih tertekan. Lama-lama proses penapisan jadi kurang efisien dan badan pun mudah rasa tak selesa. Sebab itu jaga tekanan darah bukan sekadar tentang bacaan cantik. Ia tentang beri peluang pada buah pinggang bekerja dengan tenang.❤️

Kurangkan yang buat tekanan naik, jaga makan dan gaya hidup dari sekarang. Bila badan lebih stabil, puasa nanti pun rasa lebih ringan.☺️

4 hari lagi sebelum Ramadan 🌙Cepat betul masa berjalan.Rasa macam baru je mula kira hari, sekarang tinggal empat je.Kala...
14/02/2026

4 hari lagi sebelum Ramadan 🌙

Cepat betul masa berjalan.Rasa macam baru je mula kira hari, sekarang tinggal empat je.

Kalau dah latih diri kurangkan manis, dah kawal makan, dah latih badan puasa sikit-sikit itu tanda anda juga berusaha. Dan usaha tu sangat berharga untuk diri anda.❤️

Ramadan bukan tentang jadi orang lain.Ia tentang jadi versi diri yang lebih baik, sedikit demi sedikit.Empat hari ni anggap sebagai sentuhan akhir. Tenangkan diri, kemaskan rutin, jaga badan.☺️

13/02/2026

Lepas anak kelima, Puan Radiah sangka perubahan badan cuma sementara. Rupanya itu permulaan kepada perjalanan kencing manis yang tak dijangka.

Selepas bersalin, bacaan gula Puan Radiah tidak kembali normal dan berat badan yang dulu underweight mula meningkat perlahan. Bila gula makin sukar dikawal, beliau memilih untuk ubah corak pemakanan melalui diet keto. Dengan mengurangkan karbohidrat dan lebih fokus pada lemak sihat, berat badan kembali stabil dan bacaan gula semakin terkawal. Kisah ini bukti bahawa perubahan hormon selepas kehamilan perlu diberi perhatian, dan dengan ilmu serta disiplin, tubuh boleh kembali seimbang semula.

Baca kisah inspirasi mereka melalui artikel penuh dengan klik link di bawah:
https://djuewellness.com/category/101-hero-djue-home/

13/02/2026

Radang senyap boleh buat dinding salur darah jadi kurang fleksibel.Bila salur darah tak lagi anjal, aliran darah menjadi lebih susah dan jantung terpaksa bekerja lebih kuat.Inilah sebabnya ada yang mudah rasa letih, pening atau tekanan darah sukar stabil walaupun nampak sihat dari luar.😰

Kurangkan makanan yang mencetuskan radang dan jaga gaya hidup sebelum Ramadan.Bila salur darah lebih tenang dan aliran lebih lancar, badan lebih bersedia untuk berpuasa dengan selesa dan stabil.☺️

Cepat betul masa berlalu. Dalam beberapa hari sahaja lagi, rutin akan berubah sepenuhnya.Lima hari ni bukan masa untuk b...
13/02/2026

Cepat betul masa berlalu. Dalam beberapa hari sahaja lagi, rutin akan berubah sepenuhnya.

Lima hari ni bukan masa untuk buat perubahan besar tapi masa untuk kemaskan apa yang dah dimulakan. Kurangkan yang berlebihan perbanyakkan yang menenangkan.☺️

Ramadan akan lebih mudah bila badan masuk dalam keadaan stabil bukan dalam keadaan terpaksa menyesuaikan diri secara mengejut.Persediaan kecil sekarang boleh beri perbezaan besar pada diri anda akan datang.💪

13/02/2026

Rasa macam dah cukup minum air masak sehari 2 liter atau lebih. Tapi tiba-tiba buah pinggang drop.

Siapa yang ada masalah buah pinggang bertahun-tahun, komen “ SAYA” untuk Dr Jue PM Webinar Percuma pada minggu depan.

Address

101, Tingkat 1, Jalan Segamat

85300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 13:00
Sunday 09:00 - 17:30

Telephone

+601157508361

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D'Jue Wellness posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to D'Jue Wellness:

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram