21/01/2026
"Maaf, Saya Tak Mampu Angkat" Dilema Jururawat & Pesakit 175kg.
Bunyi "krak" di pinggang.
Itulah bunyi terakhir yang didengar oleh seorang jururawat sebelum kerjaya yang dibina bertahun-tahun mungkin tamat begitu saja.
Baru-baru ini tular kisah jururawat mengalami 'Slip Disc' (kecederaan tulang belakang) ketika menguruskan pesakit seberat 175kg.
Ini bukan kes terpencil. Ini realiti wad di Malaysia sekarang.
Tuan-puan,
Malaysia adalah negara "Terberat" di Asia Tenggara.
Apabila pesakit obesiti morbid (BMI > 40) masuk ke wad, cabaran rawatan meningkat 10 kali ganda.
1. Fizik Melawan Kudrat
Mengalihkan pesakit "Dead Weight" (berat mati/tidak sedar) seberat 100kg+ memerlukan tenaga sekurang-kurangnya 4 orang dewasa yang kuat. Jururawat wanita kita purata berat 50-60kg sahaja.
2. Risiko 'Career-Ending Injury'
Tulang belakang ada hadnya. Sekali cakera tergelincir (Herniated Disc), sakitnya kekal seumur hidup. Ramai jururawat terpaksa bersara awal atau tukar unit kerana pinggang dah "barai".
3. Kekurangan Alat Bantuan
Bukan semua wad ada "Patient Hoist" (mesin angkat pesakit) yang canggih. Kalau ada pun, dalam kecemasan (contoh: CPR), jururawat tak sempat cari mesin. Mereka guna tulang empat kerat demi nyawa anda.
Kita tidak menyalahkan pesakit. Obesiti adalah penyakit kompleks.
Tapi insiden ini adalah loceng amaran.
Jaga berat badan bukan sebab nak nampak cantik di media sosial.
Tapi supaya bila kita sakit dan tidak berdaya nanti, kita tidak menyakiti orang yang cuba menyelamatkan kita.
Kepada semua jururawat yang sedang menahan sakit pinggang demi tugas, kami bersama anda. ❤️