Islamic Treatment Centre of Nilai

Islamic Treatment Centre of Nilai mrupakan pusat rawatan islam cawangan nilai di bawah TAPEDIRI dan INSYA ALLAH kami bersedia mendengar dan merawat jika mengalami pelbagai permasalahan.

TAPEDIRI adalah singkatan kepada: TAqwa, PErtahanan DIri & Rawatan Islam. Tapediri diri adalah cabang ilmu kebatinan dan juga rawatan Islam.Tapediri menggunakan sepenuhnya ayat-ayat dari Al Quran. (Tiada langsung bacaan bersifat mentera atau seru). Mempelajari ilmu TAPEDIRI dangan amalan surah-surah dari Al Quran. Tiada Mentera tiada seru dan tanpa menggunakan alat seperti kemenyan, kain kuning, keris,tiada bantuan JIN atau makhluk yang sudah meninggal dan sebagainya kerna perlu diingatkan bahawa tiada satu roh pun yang boleh balik ke dunia ini.

peringatan bersama :-)
13/08/2013

peringatan bersama :-)

28/07/2013

10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah (maksudnya) : “Ya Allah, sesungguhnya engkau Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun, maka ampunkan dosa-dosaku.”

27/07/2013

SUBUH : 19 RAMADHAN

Daripada Abu Sa’id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda : “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab : “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Riwayat Muslim)

28/06/2013

CORETAN DI HARI JUMAAT

Hubungan Surah Al-Kahfi Dengan Fitnah Akhir Zaman

1. Kisah pemuda al-Kahfi adalah khusus ditujukan buat para pemuda, ia menggambarkan bagaimana pesona kehidupan dan kongkongan pemerintah telah menyebabkan para pemuda al-Kahfi mengambil kata putus untuk meninggalkan ‘kehidupan’ itu demi mempertahankan aqidah mereka. Di sini kita lihat bagaimana para pemuda ini memilih aqidah tanpa kehidupan maddiah berbanding kehidupan maddiah tanpa aqidah. Justeru, inilah yang harus dicontohi oleh pemuda Islam masa kini agar berhati-hati dengan kehidupan duniawi yang pada kebanyakan keadaan dan masa melalaikan manusia daripada mempertahankan aqidah tauhid dan berpaling mensyirikkan ALlah dengan fahaman kebendaan dan dunia. Kesan daripada kekuatan mereka mempertahankan aqidah tauhid serta kekuasaan Allah Taala, mencetuskan perubahan pemikiran masyarakat dan pemimpin kepada yang iman yang sebenar sebagaimana tergambar pada akhir kisah ini.

2. Kisah pemilik 2 kebun p**a adalah ibrah khusus buat mereka yang berharta dan memiliki kemewahan sama ada banyak atau sedikit, agar sentiasa beringat bahawa kelebihan yang mereka miliki adalah hak ALlah semata-mata, dan Dia berhak memberi dan mengambilnya semula ketika mana Dia menghendakinya. Pemilik kebun ini bukanlah tidak beriman dengan Allah, tetapi harta dan kemewahan yang Allah kurniakan kepadanya membuatkannya leka dan takjub dengan kemampuan dirinya sehingga dia boleh menjadi kaya, dan melupai bahawa segala harta miliknya itu adalah bersifat sementara, sehinggalah Allah menarik balik nikmat itu daripadanya.

3. Kisah Nabi Musa dan abid soleh sangat signifikan dengan perihal mereka yang berilmu. Kisah ini mengingatkan para ulama dan ilmuwan agar sentiasa amanah pada ilmu serta tawadhu’ kerana ilmu yang zahir ada pada mereka hanyalah sedikit di sisi Allah Taala. Para ulama dan ilmuwan mungkin tersilap dalam ijtihad ilmu mereka, tetapi itu tidak mengapa. Apa yang penting janganlah ilmu itu menjadikan ilmuwan berasa mereka lebih mengetahui dan berkemahiran berbanding yang lain kerana fikiran sebegini sedikit demi sedikit jika berterusan mampu membawa kepada mensyirikkan ALlah tanpa disedari.

4. Kisah Zulkarnain adalah ibrah buat para penguasa dan pemimpin agar menjalankan amanah mereka dengan sebaik mungkin, mengambil tahu hal ehwal rakyat, saling bantu membantu dengan mereka untuk mengatasi masalah dengan pendekatan yang sesuai dan terkini. Apa yang paling penting adalah Zulkarnain menunjukkan bahawa beliau sentiasa sedar bahawa kemampuannya memimpin adalah dari pemberian Allah kepadanya dan bukan datang dari dirinya sendiri.

Sebagai kesimp**annya, surah al-Kahfi menunjukkan kepada kita unsur-unsur yang sangat berpengaruh dan berperanan besar di akhir zaman dalam memesongkan aqidah manusia yang beriman kepada Allah ke arah syirik, iaitu kehidupan dan keseronokan dunia di usia muda, kekayaan dan harta benda, ilmu dan kemahiran serta pangkat dan kekuasaan. Inilah unsur-unsur maknawi yang Allah mengingatkan manusia agar berhati-hati terhadapnya dan sentiasa beringat dalam mengendalikannya kerana ia mampu secara tidak disedari membawa manusia ke arah syirik kepada Allah apabila mendahulukan semuanya tadi berbanding dakwah Islam, islah terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Inilah fitnah Dajjal di akhir zaman.

Wallahu A’lam.

25/06/2013

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn ‘Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

" lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan."

(Riwayat al-Bukhari Kitab al-Iman no.8 dan Muslim Kitab al-Iman no.16(21))

24/06/2013

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

" Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu. "

(Riwayat al-Bukhari No.1, 54, 2529, 3898, 5070, 6689, 6953, Muslim no 1907, Abu Daud no. 2201, al-Tirmizi no. 1646, al-Nisa’i no.1/59-60, VI/158, Ibn Majah no. 2247 dan Ahmad no. 1/25, 43)

Doa adalah senjata Muslim. Salah satu doa yang sering diamalkan adalah Doa Qunut Nazilah.
23/06/2013

Doa adalah senjata Muslim. Salah satu doa yang sering diamalkan adalah Doa Qunut Nazilah.

Cara Membaca Qunut Nazilah Bacaan Qunut Nazilah ini boleh dilakukan pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat te...

30/12/2012

Ada yg bertanya kepada Rasul: “Apa keuntungan dari majelis dzikir?”Beliau menjawab, “Keuntungan dari majelis dzikir adalah surga.(HR. Ahmad)

29/12/2012

“Sesungguhnya golongan Bani Israel berpecah kepada 72 golongan dan umatku akan berpecah kepada 73 golongan, kesemua mereka di dalam neraka kecuali satu. (Sahabat-sahabat) bertanya: ‘Siapakah yang satu itu wahai Rasulullah?’ Nabi menjawab: Mereka yang mengikut landasan yang aku dan sahabatku bawa”.

1. SYIAH= 22 Golongan 2. KHAWARIJ= 20 golongan 3. MUKTAZILAH= 20 golongan 4. MURJIAH= 5 golongan 5. NAJJARIAH= 3 golongan 6. JABBARIYAH= 1 golongan 7. MUSYABBIHAH= 1 golongan

JUMLAH= 72 Golongan

+ 1 Ahli Sunnah Wal Jamaah

Sumber: Akidah Muslimin. Fakulti Usuluddin Universiti Al-Azhar al-Sharif. Mesir

25/12/2012

"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar," [Al-Baqarah, 2:153].

Address

Nilai

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Islamic Treatment Centre of Nilai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram