Awina Healty Shoppe

  • Home
  • Awina Healty Shoppe

Awina Healty Shoppe Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Awina Healty Shoppe, Vitamins/Supplements, .

29/09/2019

jom baca...dan share

Kanser boleh terjadi di mana-mana bahagian badan, serta menyebabkan hampir semua jenis symptom atau petanda.Kadangkala, ...
31/07/2019

Kanser boleh terjadi di mana-mana bahagian badan, serta menyebabkan hampir semua jenis symptom atau petanda.

Kadangkala, tanda-tanda ini langsung tak kita ignore, tapi ada juga masa yang petanda ini tak berapa jelas dan ketara sampai kita langsung tak hiraukannya.

Namun begitu, mengenalpasti tanda-tanda kanser adalah penting kerana penyakit merbahaya ini lebih elok disembuhkan ketika ia masih di dalam peringkat awalnya.

Supaya anda sentiasa bersedia, anda juga perlu tahu tanda-tanda kanser yang mungkin anda takkan perasan pada mulanya.

jom share...
29/07/2019

jom share...

Apabila bercakap mengenai kolesterol, ramai yang beranggapan mereka yang berbadan gemuk saja yang akan berhadapan masala...
25/07/2019

Apabila bercakap mengenai kolesterol, ramai yang beranggapan mereka yang berbadan gemuk saja yang akan berhadapan masalah ini. Sebenarnya kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah tidak bergantung pada saiz badan seseorang.

Maka tidak pelik jika miliki badan kurus tetapi mempunyai masalah kolesterol. Oleh itu, anda perlu peka terhadap gejala-gejala kolesterol agar dapat membantu anda menurunkan kadar kolesterol dalam darah anda.

24/07/2019
TANDA AWAL PENYAKIT BUAH PINGGANGRAMAI orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pem...
24/07/2019

TANDA AWAL PENYAKIT BUAH PINGGANG
RAMAI orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga beranggapan mereka tidak akan berdepan masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam. Sikap s**a meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara percuma.

Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala.

Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius.

Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang.Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.Bagaimanapun, anda perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda seperti:

-Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
-Darah keluar bersama-sama air kencing.
-Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
-Sakit belakang.
-Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
-Bengkak pada pergelangan kaki.
-Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.

Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah pinggang. Biasanya gejala ini dianggap perkara biasa dan sering diketepikan, sedangkan ia petanda penting kepada masalah buah pinggang.

Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur.Setiap tahun dianggarkan 2,400 kes baru kegagalan buah pinggang dilaporkan dan kes baru di kalangan golongan berumur antara 60 hingga 65 tahun menunjukkan peningkatan 25 peratus.

Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan.Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak dilakukan. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya p**a sangat mahal; boleh mencecah RM300,000!

Justeru, perkara terbaik ialah menjalani pemeriksaan pengesanan. Ujiannya p**a sangat mudah iaitu melalui ujian darah dan air kencing yang mengambil masa beberapa minit saja.

Selain dua ujian mudah ini, beberapa kaedah lain boleh digunakan, iaitu biopsi jarum halus dan ujian bagi tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Kaedah terbaik untuk mengelak menanggung kos perubatan tinggi ialah kerap membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengesan penyakit pada peringkat awal. Ujian saringan kesihatan ini sangat mudah dan keputusannya boleh diketahui segera.

Semua orang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan ini, terutama mereka yang mempunyai sejarah atau ahli keluarga menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi, kerana mereka berisiko tinggi mendapat masalah kegagalan buah pinggang.

Kencing manis dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal juga antara punca utama kerosakan buah pinggang. Jika ini berlaku, bermakna pesakit terpaksa bergantung kepada mesin dialisis darah sepanjang hayat.

Saringan ini sangat mudah. Tiga parameter diukur iaitu tekanan darah, kandungan glukosa darah dan kandungan protein dalam air kencing. Jika air kencing menunjukkan ada protein, pesakit disaran menjalani ujian susulan untuk pengesahan kerana ia antara petanda awal kegagalan buah pinggang.

Masalah kegagalan buah pinggang yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita dipercayai akibat gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat yang boleh menjurus kepada penyakit kencing manis serta tekanan darah tinggi.

Kajian terbaru Universiti Sains Malaysia (USM) 2004 mendapati, rakyat Kelantan paling ramai menghidap kencing manis (78,000 orang) dan kebanyakannya adalah pesakit muda berumur 30 tahun.

Peningkatan sekali ganda sebanyak 13 peratus ini sangat merisaukan berbanding hanya 5.3 peratus 10 tahun lalu.

Kencing manis juga menyebabkan 95.3 peratus pesakit di negeri itu terpaksa kehilangan anggota badan yang kesemuanya berpunca daripada pengambilan gula berlebihan.

Jika anda turut mengamalkan gaya hidup tidak sihat, masih belum terlewat untuk mengubahnya.

Mulakan hidup baru dengan menjalani ujian saringan ini sebelum membuat pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.

23/07/2019
kebaikkan cendawan lingzhi
23/07/2019

kebaikkan cendawan lingzhi

cendawan Ling Zhi dalam bahasa Cina atau dikenali sebagai Reishi dalam bahasa Jepun merupakan sejenis cendawan daripada ...
23/07/2019

cendawan Ling Zhi dalam bahasa Cina atau dikenali sebagai Reishi dalam bahasa Jepun merupakan sejenis cendawan daripada keluarga polyporaceae terkenal dengan nilai perubatannya yang tinggi. Nama saintifik Ling zhi ialah Ganoderma lucidium. .. Cendawan Ling zhi secara semula jadi tumbuh liar di dalam hutan di mana jumlahnya sangat sedikit dan s**ar didapati. Ling zhi adalah mikroorganisma berkhasiat semula jadi yang ajaib. Hanya spesis terbaik sahaja yang akan memberikan keberkesanannya kepada kesihatan kita dan mengubati pelbagai penyakit. .. Di antara khasiatnya ialah melancarkan proses penghadaman, membersihkan darah, meneutralkan bisa, melindungi hati, mengawal atau melawan usus, tonik untuk selesema, mengawal tekanan jantung, menghilangkan batuk, mengeluarkan kahak, mententeramkan fikiran, mencegah kanser dan mengubati resdung.

JOM SHARE  Spirulina Kepada Kesihatan🌿🌿Khasiat spirulina sebenarnya sangat banyak dan baik untuk anda. Ia mengandungi pe...
28/09/2018

JOM SHARE

Spirulina Kepada Kesihatan🌿🌿

Khasiat spirulina sebenarnya sangat banyak dan baik untuk anda. Ia mengandungi pelbagai jenis nutrisi yang boleh memberikan kesan yang positif kepada badan dan otak anda.

🌿Produk Spirulina Boleh Detox Badan
🌿Spirulina Boleh Membantu Mengurangkan Kadar Gula
Dalam Darah
🌿Spirulina Boleh Melawan Anemia Dengan Efektif
🌿Spirulina Meningkatkan Kekuatan Otot dan Ketahanan
🌿Kajian Menunjukkan Bahawa Spirulina Boleh
Mengurangkan Tekanan Darah
🌿Spirulina Mempunyai Sifat Anti-Kanser, Terutama Kanser
Oral
🌿Spirulina Mencegah Kolestrol LDL Daripada Teroksida
🌿Spirulina Boleh Mengurangkan LDL dan Kadar Triglyceride
🌿Spirulina Mengandungi Bahan Antioksida dan Anti-
Keradangan
🌿Spirulina Kaya Dengan Nutrisi

Selain daripada khasiat spirulina yang dinyatakan di atas, ia juga sering dijadikan sebagai produk kesihatan – termasuklah detox badan.

Terdapat banyak produk spirulina yang anda boleh dapatkan di pasaran, tetapi saya lebih sarankan anda agar membeli produk yang berjenama, kerana ia mempunyai kualiti yang lebih tinggi.

Secara ringkas, jangan mempertikaikan khasiat spirulina. Nampak sahaja tumbuhan ini kecil dan berwarna hijau, kesannya pada badan bagaikan Hulk!

JOM DETO###💪💪💪

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Awina Healty Shoppe posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram