Persatuan Pegawai Psikologi Perkhidmatan Awam-PSIPA

  • Home
  • Persatuan Pegawai Psikologi Perkhidmatan Awam-PSIPA

Persatuan Pegawai Psikologi Perkhidmatan Awam-PSIPA Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Pegawai Psikologi Perkhidmatan Awam-PSIPA, Psychologist, .

PSIPA merupakan pertubuhan berdaftar yg dianggotai oleh Pegawai Psikologi, Penolong Pegawai Psikologi serta pengamal psikologi dan kaunseling dlm perkhidmatan yg berfungsi menyediakan perkhidmatan dan kepakaran psikologi dalam Perkhidmatan Awam.

Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai Psikologi Perkhidmatan Awam (PSIPA) Tahun 2025Alhamdulillah telah berlangsung Mesyuara...
21/10/2025

Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai Psikologi Perkhidmatan Awam (PSIPA) Tahun 2025

Alhamdulillah telah berlangsung Mesyuarat Agung PSIPA pada 17 Oktober 2025 (Jumaat) yang lalu secara dalam talian. Mesyuarat pada kali ini telah membuat lantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) PSIPA bagi sesi 2025/2027, membentangkan aktiviti tahun 2025, meluluskan penyata kira-kira, membincangkan aktiviti dan usul (sekiranya ada) bagi tahun 2026.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua AJK PSIPA sesi 2025/2027 yang telah dilantik seperti di bawah.

Pengerusi : YM Dr. Raja Kamariah bt Raja Mohd Khalid
Timb. Pengerusi : Encik Mohd Faisal b Idris
Naib Pengerusi : Encik Ab. Fatah b Ab Razak

Setiausaha : Puan Airene bt Abdullah
Penolong Setiausaha : Puan Nurrul Azwa bt Mohd Kassim
Bendahari: Dr Noorashikeen bt Mohamed
Penolong Bendahari: Puan Sarpiny bt Ahmad Salleh

Ahli Jawatankuasa:
1. Puan Ezrina bt Abdul Rahman
2. Encik Mohamad Fuad Mohd Ali
3. Puan Nor Azizi Mansor
4. Encik Mohd Sabree bin Mohd Salleh
5. Puan Nik Azizon bt Nik Azemi
6. Encik Mohd Azwan b Rosli

Selamat menjalankan amanah. Terima kasih jua kepada semua ahli PSIPA yang telah hadir.

Terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam SejahteraUNDANGAN KE MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PEGAWAI PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM (PSIPA)Deng...
16/10/2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

UNDANGAN KE MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PEGAWAI PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM (PSIPA)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Persatuan Pegawai Psikologi Perkhidmatan Awam (PSIPA) akan mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai Psikologi Perkhidmatan Awam (PSIPA) secara dalam talian. Tujuan mesyuarat adalah untuk membuat lantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) PSIPA bagi sesi 2025/2027, membentangkan aktiviti tahun 2025, meluluskan penyata kira-kira, membincangkan aktiviti dan usul (sekiranya ada) bagi tahun 2026.

3. Sehubungan itu, semua ahli PSIPA adalah dijemput menghadiri mesyuarat yang akan diadakan seperti maklumat di bawah.

Tarikh : 17 Oktober 2025 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Pautan : https://meet.google.com/jbu-unxa-aux

4. Perhatian semua ahli PSIPA amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

AJK PSIPA 2023/2025

04/07/2025

Kadang-kadang, bukan kerana kita tak cukup bagus tapi tempat kerja dipenuhi sikap toksik yang berselindung di sebalik kepercayaan bos.

Dan lebih menyedihkan, semua ini dilindungi, bukan ditegur.

Jaga diri, jaga hati.

Kalau kita tak mampu ubah persekitaran pastikan kita bukan sebahagian darinya.
Semoga kita dijauhi daripada sikap begini, walau macam mana tinggi pun kedudukan kita.

04/07/2025

Tak semua rezeki di tempat kerja datang dalam bentuk gaji besar atau pangkat yang tinggi.

Kadang-kadang, ia hadir dalam bentuk bos yang memahami yang tak berkira bila kita mohon cuti, yang tahu bila kita sedang susah.

Atau rakan sekerja yang ringan tulang, yang tak lokek tenaga dan sentiasa ada bila kita perlukan bantuan.

Atau nikmat pulang ke rumah setiap hari dalam keadaan sihat dan selamat tanpa kecederaan, tanpa jatuh sakit.

Dan yang paling tenang, bila setiap sen yang kita bawa pulang itu datang dari punca yang bersih dan jujur.

Rezeki tak selalu nampak mewah, tapi ia cukup… bila hati rasa lapang.

21/06/2025

A new review proves that change is possible.

21/06/2025

Untuk “mencampakkan” anxiety, kita tak boleh sekadar nak buang. Tapi kita boleh belajar untuk melihatnya dengan cara baru, dan melatih diri agar ia tak lagi menguasai kita.

1. Kadang kita rasa sesak, tapi tak tahu punca. Tanya diri:

“Aku takut apa sebenarnya?”
Bila dah kenal, baru boleh urus.

2. Lawan dengan nafas, bukan dengan panik

Latih pernafasan perlahan 4 saat tarik, 4 saat tahan, 4 saat hembus.. Nafas tenang adalah isyarat bahawa “semua okay” kepada otak.

3. Alih fokus melalui tindakan kecil

Bangun. Regangkan badan. Ambil wuduk. Bersihkan meja. Buka tingkap.
Kadang, pergerakan kecil boleh patahkan gelombang fikiran yang tak henti.

4. Hadkan masa untuk bimbang

Letakkan ‘waktu bimbang’ contohnya jam 6–6:15 petang saja. Di luar waktu tu, bila fikiran datang, cakap:

“Nanti aku fikir, bukan sekarang.”

5. Tulis semua yang menghantui

Kadang fikiran tu jadi besar sebab dia berlegar dalam kepala. Tapi bila ditulis dia jadi kecil. Jadi jelas. Dan kadang-kadang, kita sedar dia tak seteruk yang kita rasa.

6. Jangan lawan keseorangan

Cerita pada orang. Kawan, pasangan, orang yang dipercayai.Tak perlu penawar pun, cukup ada orang yang duduk dan dengar kau akan rasa lebih ringan.

7. Anxiety s**a bawa kita ke masa depan yang belum berlaku. Tapi hidup hanya berlaku di sekarang.

8. Berbaik dengan diri sendiri

Kau bukan lemah. Kau cuma penat. Cuma manusia.Kalau kau boleh peluk orang lain yang cemas, peluklah diri sendiri juga.

Anxiety bukan untuk dibuang. Tapi untuk difahami, dilatih, dan dijinakkan.
Sedikit demi sedikit, sampai sembuh.

Persatuan Pegawai Psikologi Perkhidmatan Awam (PSIPA) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jab...
20/06/2025

Persatuan Pegawai Psikologi Perkhidmatan Awam (PSIPA) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) khususnya kepada Bahagian Perkhidmatan dan Bahagian Pengurusan Psikologi di atas pelaksanaan Kenaikan Pangkat Secara One-Off di bawah SSPA ke gred S10, S12 dan S13.

Pelaksanaan Kenaikan Pangkat Secara One-Off ini adalah merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna kepada peranan dan sumbangan Pegawai Psikologi dalam menyokong keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Langkah ini juga mencerminkan keprihatinan JPA dalam memperkukuh profesion psikologi sebagai salah satu komponen penting dalam pengurusan sumber manusia sektor awam.

Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada semua Pegawai Psikologi yang telah menerima surat pemangkuan ke gred yang lebih tinggi dalam Majlis Penyerahan Surat Penempatan Pemangkuan yang telah diadakan semalam, 19 Jun 2025 di JPA. Semoga ia menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang dalam menyumbang kepakaran psikologi kepada perkhidmatan awam dan masyarakat.

Sekali lagi, setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada pihak JPA atas sokongan dan kerjasama yang diberikan. PSIPA komited untuk terus bekerjasama rapat dengan pihak JPA dalam memartabatkan profesion psikologi demi kesejahteraan perkhidmatan awam secara keseluruhannya.



Dijemput
18/06/2025

Dijemput

🎙️ 𝗣𝗼𝗱𝗰𝗮𝘀𝘁 𝗝𝗣𝗔: 𝗗𝗲𝘀𝗸𝗿𝗶𝗽𝘀𝗶 𝗧𝘂𝗴𝗮𝘀 𝗦𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗦𝗦𝗣𝗔

Pelaksanaan SSPA telah membawa penambahbaikan kepada skim perkhidmatan dan memberi kesan besar terhadap peranan pegawai awam termasuk keperluan 𝙢𝙪𝙡𝙩𝙞-𝙩𝙖𝙨𝙠𝙞𝙣𝙜, 𝙢𝙪𝙡𝙩𝙞-𝙨𝙠𝙞𝙡𝙡𝙞𝙣𝙜, 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗲𝘀𝗸𝗿𝗶𝗽𝘀𝗶 𝘁𝘂𝗴𝗮𝘀.

Ingin tahu jawatan mana yang terlibat dan apa perubahan terkininya?

🗓️ 𝟭𝟴 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟱 (𝗥𝗮𝗯𝘂)
⏰ 𝟭𝟬.𝟬𝟬 𝗽𝗮𝗴𝗶 – 𝟭𝟭.𝟬𝟬 𝗽𝗮𝗴𝗶
📍 𝗟𝗜𝗩𝗘 𝗱𝗶 𝗙𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸 𝗝𝗣𝗔

🎤 Moderator:
Puan Ros Nazirah binti Mohd Daud (Unit Komunikasi Korporat, JPA)

🎙️ Panel Jemputan:
Puan Marliza binti Haji Lijong
(Timbalan Pengarah, Bahagian Perjawatan & Organisasi, JPA)

📌 Jangan lepaskan! Info terus dari sumber sahih











Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia

Ramadan bakal beransur pergi,Syawal menjelma di Aidilfitri,Seikhlas hati menyusun jari,Memohon maaf kekhilafan diri.Ikhl...
28/03/2025

Ramadan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di Aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon maaf kekhilafan diri.

Ikhlas,
Ahli Jawatankuasa PSIPA

Program Bicara Psikologi 'Kerinduan Ramadan Buat Ayah dan Ibu' oleh Tuan Hj Mohd Noor Ikhram bin Husin (Pegawai Psikolog...
21/03/2025

Program Bicara Psikologi 'Kerinduan Ramadan Buat Ayah dan Ibu' oleh Tuan Hj Mohd Noor Ikhram bin Husin (Pegawai Psikologi, Jabatan Penjara Malaysia)

21 Mac 2025
Dalam Talian

Terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai program ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan bersama..

Amin...

Assalamualaikum dan Salam SejahteraSukacita dimaklumkan Persatuan Pegawai Psikologi Perkhidmatan Awam (PSIPA) akan melak...
11/03/2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan Persatuan Pegawai Psikologi Perkhidmatan Awam (PSIPA) akan melaksanakan Program Bicara Psikologi ‘Kerinduan Ramadan buat Ayah dan Ibu’ pada 21 Mac 2025 (Jumaat) jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi yang akan diadakan secara dalam talian.

Semua ahli PSIPA, Pegawai Psikologi, Penolong Pegawai Psikologi, ahli AKRAB dan semua yang berminat dijemput untuk sama-sama menghadiri program ini.

Maklumat pendaftaran adalah seperti di bawah :

i) Pautan e-pendaftaran : https://forms.gle/dRcyNvxmYY33MMPH6
ii) Yuran pendaftaran :
-Ahli PSIPA : RM10.00
-Pegawai Psikologi/Pen Peg Psikologi/Ahli AKRAB : RM15.00
-Bukan Ahli : PSIPA RM25.00
(pautan semakan keahlian: https://sites.google.com/pegpsi.com/psipa/senarai-ahli-psipa?authuser=0)

No Akaun Maybank PSIPA 566010633998 (rujukan pembayaran : Bicara Psikologi)

Pautan aplikasi google meet akan diberi melalui e-mel kepada yang berjaya mendaftar. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada urus setia PSIPA ditalian 019-3204953/ 013-7466993 atau e-mel psipa@pegpsi.com.

Perhatian tuan/puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Urus Setia
Persatuan Pegawai Psikologi Perkhidmatan Awam (PSIPA)

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Pegawai Psikologi Perkhidmatan Awam-PSIPA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Persatuan Pegawai Psikologi Perkhidmatan Awam-PSIPA:

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram