Pusat Kesihatan USIM

  • Home
  • Pusat Kesihatan USIM

Pusat Kesihatan USIM Pusat Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Jamaah Mohd dan Pn. Pusat Haemodialisis ini dibangunkan bagi menjaga kebajikan warga USIM yang memerlukan.

Unit Kesihatan Pelajar merupakan salah satu kemudahan yang disediakan kepada kakitangan dan pelajar KUIM/Universiti Sains Islam Malaysia bermula pada tahun 2006. Pada peringkat awalnya, Unit Kesihatan Pelajar ini hanya terdiri daripada 2 orang Jururawat U29 iaitu Pn,. Rosmaria Outar@Autar serta seorang pemandu Ambulans yang mana unit ini beroperasi di Bangunan Hal Ehwal Pelajar Sementara di kabin pada tahun 2006 dan kemudiannya dipindahkan ke Pusat Kemudahan Pelajar (PKP) pada April 2007. Oleh kerana pada ketika itu, hanya 2 orang Jururawat yang bertugas tanpa Pegawai Perubatan, rawatan yang disediakan hanyalah tertumpu kepada rawatan-rawatan biasa seperti pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan demam, sakit perut. Bagi kes-kes kecemasan yang tidak dapat dirawat, perkhidmatan ambulans akan digunakan bagi menghantar pesakit ke Klinik Kesihatan Nilai atau hospital berhampiran bagi tujuan rujukan. Pada Ogos 2007, Unit Kesihatan Pelajar semakin berkembang dengan menerima Pegawai Perubatan yang pertama iaitu Dr. Junaidah Abd Wahab, serta seorang Pembantu Perubatan dan seorang Attendan Kesihatan. Bermula daripada itu, penyelarasan perkhidmatan Unit Kesihatan Pelajar telah menjadi lebih sistematik dan perkhidmatan telah diperluaskan dengan menyediakan perkhidmatan “standby” untuk program-program yang dianjurkan oleh universiti, perkhidmatan kecemasan, perolehan ubat yang lebih berbagai jenis dan penghantaran kes-kes yang dirujuk ke hospital menjadi lebih sistematik. Kemasukan Pembantu Perubatan turut menyumbangkan kepada perkhidmatan yang lebih luas dengan adanya penglibatan dalam menganjurkan program untuk pelajar, pemeriksaan premis makanan dan pemeriksaan kebersihan kolej kediaman. Bermula Jun 2008, Unit Kesihatan Pelajar, sekali lagi telah dipindahkan ke bangunan tetap Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang mana kemudahan dan infranstruktur yang ada adalah jauh lebih selesa daripada yang sebelum ini. Bangunan ini mempunyai ruang-ruang khas seperti kaunter pendaftaran pesakit luar, ruang menunggu yang selesa, bilik rawatan Pegawai Perubatan, ruang kecemasan, farmasi, makmal, wad dan ruang
pentadbiran. Dengan kemudahan-kemudahan seumpama ini, rawatan dan perkhidmatan yang diberi menjadi lebih selesa kepada pelanggan/pesakit yang datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Sehingga kini, bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kebajikan kakitangan dan pelajar, Unit Kesihatan Pelajar telah dilengkapi dengan beberapa kemudahan yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan dan memberi perawatan yang cekap dan efektif kepada pelanggannya dengan menyediakan prasarana yang cukup dan persekitaran yang kondusif untuk perawatan serta mengamalkan proses kerja yang sistematik dan dalam masa yang sama memberi Pendidikan Kesihatan yang cemerlang dan seimbang dari segi rohani, mental dan fizikal. Sistem E-Klinikal yang telah dilancarkan pada 07 Oktober 2009 juga telah banyak membantu mempercepatkan proses pendaftaran, konsultansi dan farmasi kepada pesakit jauh lebih efektif berbanding sebelumnya. Peralatan canggih seperti mesih FBC di makmal juga, memberikan implikasi yang sungguh memberangsangkan kerana ujian darah dapat dijalankan dengan keputusan yang tepat dapat diperolehi tanpa perlu dirujuk ke hospital. Dan terkini Unit Kesihatan Pelajar, USIM sedang di dalam usaha memperluas dan memperkembangkan perkhidmatannya kepada rawatan Haemodialisis. Penyumbang pertama bagi merealisasikan perkhidmatan ini ialah pihak Majlis Ugama Islam Pahang yang telah mendermakan sebuah mesin Haemodialisis sebagai langkah permulaan dan 3 buah mesin Haemodialisis lagi dibeli oleh Unit Kesihatan Pelajar, USIM. Mesyuarat pertama berkaitan penubuhan pusat ini telah diadakan pada 23 Februari 2009. Satu lawatan kerja melibatkan delegasi USIM ke Pusat Haemodialisis, Selangor Medical Centre telah diadakan pada 16 Mac 2009 dan pada 10 April 2009 ke Pusat Haemodialisis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebagai langkah permulaan dalam persiapan untuk menyediakan rawatan Haemodialisis ini, seorang jururawat (Pn. Jamaah Mohd) telah dihantar untuk mengikuti Kursus Pos Basik pada 15 Julai 2009 sehingga 14 Januari 2010. Dalam tempoh masa yang sama, kerja-kerja bagi menggerakkan proses penubuhan ini telah dijalankan termasuk menyediakan Garis Panduan Rawatan Pusat Haemodialisis yang dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada Julai 2010. Unit Kesihatan Pelajar kini terus berkembang dengan pertambahan kakitangan yang pada awalnya hanya mempunyai 2 orang Jururawat kepada 11 orang kakitangan yang terdiri daripada 1 Pegawai Perubatan, 1 Penolong Pegawai Perubatan, 1 Penolong Pegawai Farmasi, 3 orang Jururawat, 1 Penolong Pegawai Tadbir, 1 Pembantu Tadbir, 1 Attendan Kesihatan dan 2 orang pemandu ambulans. Perkhidmatan Pegawai Perubatan Locum turut disediakan bagi Pegawai Perubatan sedia ada merawat pesakit yang puratanya mencecah 40 orang pesakit dalam tempoh satu hari bekerja.

Selamat Bersara diucapkan kepada Tuan Haji Mazlan Nawang, Ketua Pejabat Integriti Universiti Sains Islam Malaysia. Terim...
03/04/2026

Selamat Bersara diucapkan kepada Tuan Haji Mazlan Nawang, Ketua Pejabat Integriti Universiti Sains Islam Malaysia. Terima kasih di atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan…

✨ Selamat Datang Pelajar Baharu Sarjana Muda Ambilan Mac ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)! ✨Tahniah kerana berj...
01/04/2026

✨ Selamat Datang Pelajar Baharu Sarjana Muda Ambilan Mac ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)! ✨

Tahniah kerana berjaya melangkah ke fasa baharu dalam perjalanan ilmu anda. Semoga permulaan ini dipenuhi semangat, pengalaman berharga dan kejayaan yang gemilang.

Jadikan setiap langkah di USIM sebagai peluang untuk belajar, berkembang dan mencipta kenangan indah.

Selamat maju jaya & selamat memulakan pengajian! 🎓💙

🌞 CUACA PANAS, JAGA KESIHATAN!Elakkan dehidrasi & strok haba dengan langkah mudah:💧 Minum air secukupnya🌳 Kurangkan akti...
01/04/2026

🌞 CUACA PANAS, JAGA KESIHATAN!

Elakkan dehidrasi & strok haba dengan langkah mudah:
💧 Minum air secukupnya
🌳 Kurangkan aktiviti luar waktu tengah hari
👕 Pakai pakaian sesuai & lindungi kulit
🍉 Amalkan makanan berair

⚠️ Jika pening, lemah atau loya – segera berehat & dapatkan rawatan.

Jaga diri, kekal sihat! 💛

📢 INFLUENZA VACCINATION PROMOTION Pusat Kesihatan Universiti, USIMWe are pleased to offer the Influenza Vaccine at a spe...
01/04/2026

📢 INFLUENZA VACCINATION PROMOTION
Pusat Kesihatan Universiti, USIM

We are pleased to offer the Influenza Vaccine at a special promotional rate of RM30** (normal price RM70), exclusive for USIM staff and students.

🗓️ Date: 6 & 7 April 2026
🕒 Time: 9.00 - 12.00 pm
📍 Venue: Pusat Kesihatan Universiti, USIM
📞 Inquiries:06-798 6129 for booking

Let us take proactive steps towards maintaining a healthy and resilient campus community.

Stay Protected. Stay Healthy. Get Vaccinated

HEBAHAN Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Sukacita dimaklumkan Pihak Pusat Kesihatan Universiti (PKU) ingin menjemput ...
31/03/2026

HEBAHAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan Pihak Pusat Kesihatan Universiti (PKU) ingin menjemput semua Warga UMT bagi menyertai *Ceramah Program Jom Sihat UMT 2026*, seperti ketetapan berikut:

*Tajuk:*
*ZERO NIC: STRATEGI BERHENTI MEROKOK DAN V**E SECARA BERKESAN*

*Penceramah:*
*PROF. DR. HARMY BIN MOHAMED YUSOFF*
Dekan Fakulti Perubatan UNISZA

*Tarikh : 8 April 2026*
*Masa : 10:00 pg- 12.00 tghari*
*Pautan:* https://umt.webex.com/umt/j.php?MTID=m43fbaf106d25c04e107546be46aea6a1

*Anjuran: PKU dan PPBI*

3. Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati untuk mengalu-alukan YBhg. Dato' /Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan untuk menyertai latihan ini.

Sekian, terima kasih.

“KEBERSAMAAN UMT”
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

🩺 SELAMAT MENYAMBUT HARI DOKTOR SEDUNIA 30 MAC 2026 🩺Bertemakan "Memacu Pemodenan Perkhidmatan, Meningkatkan Kualiti Kes...
30/03/2026

🩺 SELAMAT MENYAMBUT HARI DOKTOR SEDUNIA 30 MAC 2026 🩺

Bertemakan "Memacu Pemodenan Perkhidmatan, Meningkatkan Kualiti Kesihatan", kami amat menghargai para doktor atas segala jasa, kepakaran dan keprihatinan dalam merawat serta menjaga kesejahteraan para pesakit tanpa mengenal penat lelah...

Ramai orang ingat penat emosi itu mesti nampak pada menangis.Mesti nampak murung.Mesti nampak termenung.Mesti nampak mac...
29/03/2026

Ramai orang ingat penat emosi itu mesti nampak pada menangis.

Mesti nampak murung.
Mesti nampak termenung.
Mesti nampak macam “tak kuat”.

Padahal kadang kadang, emosi yang terlalu penat muncul dekat tempat lain.

Muncul pada badan.

Dan sebab itu ramai tak perasan.
Mereka ingat badan bermasalah.
Padahal hati yang sudah terlalu lama menanggung, akhirnya mula bercakap melalui simptom fizikal.

Ini 5 gejala fizikal yang kadang kadang sebenarnya tanda penat emosi.

1. Dada rasa sempit atau susah tarik nafas penuh
Ramai terus takut jantung.
Ya, sakit dada memang tak boleh dipandang ringan.
Tetapi ada juga orang yang sebenarnya sedang terlalu cemas, terlalu tegang, atau terlalu sarat dengan beban emosi sampai nafas pun rasa pendek dan dada rasa ketat.

2. Kepala berat, tegang, atau sakit macam pakai helmet
Bukan semua sakit kepala itu sebab kurang minum atau kurang tidur sahaja.
Stres dan emosi yang dipendam boleh buat otot leher, bahu, dan kepala sentiasa tegang.
Akhirnya kepala rasa berat hampir setiap hari.

3. Perut rasa senak, memulas, kembung, atau hilang selera
Ada orang bila emosi terganggu, perut terus buat hal.
Nak makan rasa loya.
Baru makan sikit dah rasa penuh.
Atau perut memulas walaupun tak makan benda pelik.
Perut memang antara tempat paling cepat “menjawab” bila jiwa penat.

4. Badan rasa lemah, lenguh, dan macam tak bertenaga walaupun ujian nampak biasa
Ini yang selalu buat orang keliru.
Secara luar nampak sihat.
Tetapi badan rasa macam berat sangat nak bergerak.
Bangun pagi pun macam belum cas penuh.
Kadang kadang bukan malas.
Kadang kadang emosi memang sudah terlalu habis.

5. Jantung berdebar, tangan sejuk, atau badan rasa gelisah tanpa sebab jelas
Ada orang duduk diam pun jantung berlari.
Tangan sejuk.
Badan rasa tak sedap.
Macam ada benda buruk nak jadi.
Padahal ancamannya bukan di luar.
Ancaman itu datang dari sistem badan yang sudah terlalu lama hidup dalam mode berjaga jaga.

Yang susahnya, semua simptom ini nampak “biasa”.
Nampak macam benda kecil.
Nampak macam boleh tahan lagi.

Sebab itu ramai terus paksa diri berjalan macam biasa, sedangkan badan sebenarnya sedang hantar signal bahawa emosi mereka sudah terlalu penat.

Ini bukan bermaksud semua simptom fizikal mesti salah emosi.
Kalau simptom kerap, teruk, baru muncul, atau mengganggu hidup harian, memang perlu diperiksa.
Tetapi kalau pemeriksaan berulang kali nampak biasa, jangan lupa tengok juga apa yang hati anda sedang tanggung.

Kadang kadang badan bukan rosak.
Badan cuma sudah terlalu lama memikul benda yang mulut tak pernah luahkan.

Tema Hari Tuberkulosis (TB) Sedunia 2026 yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ialah "End TB to Streng...
23/03/2026

Tema Hari Tuberkulosis (TB) Sedunia 2026 yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ialah "End TB to Strengthen Health Security" (Tamatkan TB untuk Memperkukuh Keselamatan Kesihatan). Tema ini menekankan kepentingan menghapuskan TB bagi membina sistem kesihatan yang lebih kukuh dan berdaya tahan, serta merupakan pelaburan penting dalam keselamatan kesihatan global dan negara.


20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙✨
Maaf Zahir & Batin 🤍

Pergi ke pekan membeli bunga,
Singgah sebentar membeli ketupat;
Andai ada salah dan dosa,
Mohon diampun dengan penuh hormat.

  | Info Ramadan 1447HSESAAT MEMBAWA PADAH: 'MICROSLEEP' 🚗💤'Microsleep' ialah episod tidur singkat yang berlaku tanpa di...
20/03/2026

| Info Ramadan 1447H

SESAAT MEMBAWA PADAH: 'MICROSLEEP' 🚗💤

'Microsleep' ialah episod tidur singkat yang berlaku tanpa disedari dan tidak dapat dikawal, biasanya hanya untuk beberapa saat. Walaupun seketika, keadaan ini boleh mendatangkan risiko besar terutama ketika memandu.

⚠️ Simptom-simptom 'Microsleep':

😴 Tersengguk-sengguk ketika memandu.
👀 Mata kerap terkebil-kebil.
😪 Kelopak mata semakin tertutup atau kuyu.
😶 Tatapan kosong dan hilang fokus.
🧠 Lupa kejadian di waktu-waktu akhir.

🛑 Langkah Pencegahan:

🛌 Rehat yang cukup untuk memulakan perjalanan.
🚫 Jangan memandu jika mengantuk.
👥 Bertukar pemandu jika boleh.
⏸️ Berhenti seketika untuk tidur selama 15–20 minit.
🗣️ Berbual dengan teman seperjalanan.
🤸‍♂️ Menggerakkan badan.
💧 Sentiasa minum air yang mencukupi.

✨ Keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab bersama. Jika mengantuk, berhenti dan berehat demi keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain.

Zambry Abd. Kadir
Adam Adli




20/03/2026
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin  USIM
19/03/2026

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

USIM

Address

Nilai

71800

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
17:10 - 20:00
Tuesday 09:00 - 17:00
17:10 - 20:00
Wednesday 09:00 - 17:00
17:10 - 20:00
Thursday 09:00 - 17:00
17:10 - 20:00
Friday 09:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6067986121

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kesihatan USIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram