13/10/2016
[ 4 Cara Melicinkan Kulit Muka ]
1.Cuci Muka Setiap Hari
Untuk mendapat kulit muka yang licin, lembut dan suci anda perlu selalu mencucinya dengan konsisten. Petua ini adalah perkara utama dan anda perlu amalkannya setiap hari, jika anda mahu mendapatkan hasil yang memuaskan.
2.Gunakan Sabun/Pencuci Muka yang Sesuai, Pada Masa yang Tepat
Gunakan pencuci muka yang dikhususkan untuk penggunaan pada muka. Jangan menggunakan sabun badan pada muka kerana ia boleh menyebabkan kulit muka anda mudah kering.
3.Bilas Dengan Sempurna
Setelah anda menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan anda, adalaha terbaik jika anda bilas semua kesan sabun yang terdapat pada muka anda dengan air yang bersih.
Pastikan anda menghilangkan semua kesan sabun tersebut dari muka, hal ini kerana kesan sabun tersebut mungkin mengandungi kesan bakteria dari muka anda. Sekiranya tidak dibilas dengan betul, bakteria tersebut mungkin boleh hinggap balik ke atas muka anda
4.Keringkannya Dengan Betul
apkan muka anda dengan tuala yang bersih. Anda juga boleh menggunakan tisu untuk tujuan ini. Apa yang paling penting dalam langkah ini adalah kebersihan pada tuala tersebut. Jika anda menggunakan tuala/tisu muka yang kotor, muka anda ada kemungkinan untuk dihinggapi oleh bakteria.