Unit Bait Muslim|PERUBATAN

Unit Bait Muslim|PERUBATAN Fanpage ini adalah di bawah selenggaraan Unit Bait Muslim (UBM) PERUBATAN dan dipantau oleh Presiden dan Timbalan Presiden PERUBATAN.

Satu jawatankuasa khas di bawah Presiden Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN), yang ditubuhkan bagi membantu urusan-urusan mahasiswa dan mahasiswi ke arah membina rumah tangga yang diredhai Allah. UBM juga turut memainkan peranan untuk memberi khidmat nasihat dan kaunseling, serta perkongsian pengalaman.

[Infografik: Doa Keluarga Bahagia]رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا ل...
02/08/2019

[Infografik: Doa Keluarga Bahagia]

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً

“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa”. (al-Furqan: 74)

PENERANGAN AYAT

(1) رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ

Imam Hasan al-Basri pernah ditanya tentang makna ayat ini. Beliau menjawab,

“ Makna yang dimaksudkan ialah bila Allah memperlihatkan kepada seorang hamba muslim isteri, saudara, dan kerabatnya yang taat kepada Allah. Demi Allah, tiada sesuatu pun yang lebih menyejukkan hati seorang muslim selain melihat anak, cucu, saudara, dan kerabatnya taat kepada Allah Taala.”

(2) وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاما

Ibnu Abbas, al-Hasan as-Saddi, Qatadah, dan ar-Rabi’ Ibnu Anas mengatakan bahawa:

Apa yang dimaksudkan daripada ayat ini ialah para pemimpin yang mengikut kami dalam kebaikan. Selain itu, ayat ini juga merujuk kepada keinginan para pendakwah yang mendapat petunjuk dan para penyeru kebaikan. Mereka menginginkan agar ibadah mereka berhubung dengan ibadah generasi penerus mereka iaitu anak cucu mereka. Mereka juga menginginkan agar hidayah yang telah mereka peroleh menurun kepada manusia yang lain dengan membawa manfaat yang lebih banyak pahalanya dan lebih baik akibatnya.

Hal ini disebut dalam hadis Sahih Muslim yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu‘anhu. Rasulullah Sallallahu a’laihi wasallam bersabda:

Apabila anak Adam menginggal dunia, terputuslah amalnya kecuali tiga perkara. Iaitu:
1) Anak yang soleh yang mendoakannya.
2) Ilmu yang bermanfaat.
3) Sedekah Jariyah.

Semoga kita, zuriat keturunan, dan kaum kerabat kita diberikan petunjuk kearah kebaikan dan menjadi generasi penerus dalam memakmurkan bumi ini dengan Islam.

Untuk sebarang aduan, masalah atau cadangan, sila klik pautan di bawah;
https://tinyurl.com/E-ADUANPERUBATAN

“Sakinah, Mawaddah, Rahmah”




Unit Baitul Muslim,
PERUBATAN 2019/2020.

[Ikhtilat Syarie]

Allah berfirman :
“Dan janganlah kalian mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keji, dan merupakan jalan yang buruk.” (Al-Israa’ : 32).

Berikut merupakan panduan interaksi di antara lelaki dan perempuan yang dibolehkan dalam Islam.

Baitul muslim yang diberkati Allah, lahir daripada perkenalan yang bebas daripada murka Allah.

“Sakinah, Mawaddah, Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

Unit Baitul Muslim
PERUBATAN 2018/2019

[ Aurat, Mahkota Wanita Paling Berharga ]Malu wanita itu mahkota tanpa istana. Sopan wanita itu perisai menjaga maruahny...
24/08/2018

[ Aurat, Mahkota Wanita Paling Berharga ]

Malu wanita itu mahkota tanpa istana.

Sopan wanita itu perisai menjaga maruahnya.

Ketegasan wanita itu kubu benteng agama.

Kelembutan wanita itu perhiasan budi bahasa.

Kecantikan wanita itu racun menggoncang dunia.

Air mata wanita itu senjata paling utama.

Kehormatan wanita itu permata kemuliaannya.

Ketakwaan wanita itu permaisuri bidadari syurga.

“Sakinah, Mawaddah, Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

Unit Baitul Muslim
PERUBATAN 2018/2019.

16/08/2018

[Santai UBM: Sifat Yang Mulia Ada Pada Wanita]

"Ada tiga sifat yang buruk bagi lelaki tetapi baik bagi wanita, iaitu: Kedekut, sombong dan penakut." -Saidina Ali RA

1. Kedekut: Wanita yang kedekut akan menjaga harta suaminya dengan baik.

2. Sombong: Wanita yang sombong tidak akan melayan orang sembarangan. Jadi suaminya tidak perlu merasa cemburu terhadapnya.

3. Penakut: Wanita yang penakut tidak akan keluar daripada rumahnya tanpa izin dan akan mentaati suaminya.

Rujukan: Kitab Muhimmah

Bersempena dengan Muhasabah Separuh Penggal (MSP) PCA, sebarang aduan, muhasabah dan cadangan boleh disalurkan kepada kami melalui pautan di bawah:

http://tinyurl.com/aduanPCA




"Sakinah, Mawaddah, Rahmah"

"PCA: Unity in Diversity"
"Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati"

Unit Bait Muslim,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2018/2019.

[ TIPS RUMAH TANGGA BAHAGIA]"Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah yang paling ...
13/08/2018

[ TIPS RUMAH TANGGA BAHAGIA]

"Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku."
(H.R. Tirmidzi)

Setiap pasangan mengimpikan kebahagiaan dalam rumah tangga.
Namun, dalam semangat dan keghairahan mengejar bahagia,
Kita terlupa bahawa kebahagiaan datang daripada hati yang penuh keimanan dengan melahirkan sifat membahagiakan orang lain.

Keluarga adalah lubuk kebahagiaan apabila kita mampu membahagiakan ahli keluarga.

Kebahagiaan kita kecapi mencerminkan sebanyak mana kemampuan diri kita membahagiakan pasangan dan anak-anak.

“Sakinah, Mawaddah, Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

Unit Baitul Muslim
PERUBATAN 2018/2019

[Ikhtilat Syarie]Allah berfirman :“Dan janganlah kalian mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keji, dan...
29/07/2018

[Ikhtilat Syarie]

Allah berfirman :
“Dan janganlah kalian mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keji, dan merupakan jalan yang buruk.” (Al-Israa’ : 32).

Berikut merupakan panduan interaksi di antara lelaki dan perempuan yang dibolehkan dalam Islam.

Baitul muslim yang diberkati Allah, lahir daripada perkenalan yang bebas daripada murka Allah.

“Sakinah, Mawaddah, Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

Unit Baitul Muslim
PERUBATAN 2018/2019

10/01/2018

[ INFOGRAFIK UBM: SELANGKAH KE GERBANG PERKAHWINAN ]

Firman Allah SWT dalam Surah Ar-Rum (Ayat 21):

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَ‌ٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ ﴿٢١﴾

Maksudnya: "Dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."

Melangkah ke alam perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah. Persediaan demi persediaan perlu dilakukan agar tiada masalah yang timbul di hari kemudian. Persediaan yang bukan sahaja menjurus kepada aspek semasa majlis perkahwinan itu berlangsung, bahkan persediaan yang paling penting adalah bermula daripada diri kita sendiri.

Mencari reda Allah dalam perhubungan, menjadikan hubungan sebelum pernikahan itu satu hubungan yang diberkati Allah, tidak dicampuri dengan sebarang maksiat, menjaga pergaulan dengan bukan mahram merupakan elemen yang terpenting dalam ikatan perhubungan diantara seorang lelaki dan perempuan sebelum mendirikan rumahtangga.

Dan banyak lagi elemen lain yang perlu diketengahkan sebagai persediaan kepada diri untuk berkahwin.

Moga dengan infografik UBM yang serba ringkas ini, sedikit sebanyak dapat membantu sahabat semua dalam mempersiapkan diri dalam membina bahtera perkahwinan.

https://drive.google.com/file/d/0Bzj2FQAho6ObcTVGdEJJOVc5Mzg/view?usp=drivesdk

Boleh rujuk pautan borang UBM seperti yang tertera di atas dan sekiranya ada permintaan untuk borang UBM anda diproses, sila hubungi:

Pengarah UBM
Muhd Syazriq Rahman bin Abdul Rahman
+201144331664

Timbalan Pengarah UBM
Nor Baity Emy binti Mohd Yusof
+201127033799

Atau boleh berhubung dengan mana-mana AJK UBM yang berkaitan.

"Sakinah, Mawaddah, Rahmah"
"Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati"

Unit Bait Muslim
PERUBATAN Cawangan Tanta 2017/2018

14/12/2017
[Carta Organisasi Unit Bait Muslim PERUBATAN 2017/2018]Berikut merupakan carta organisasi Unit Bait Muslim (UBM) PERUBAT...
05/12/2017

[Carta Organisasi Unit Bait Muslim PERUBATAN 2017/2018]

Berikut merupakan carta organisasi Unit Bait Muslim (UBM) PERUBATAN bagi sesi 2017/2018.

Ianya merupakan satu unit di bawah Jabatan Presiden PERUBATAN yang membantu ahli dalam:

1. Mencari calon pasangan mengikut kriteria yang dikehendaki.
2. Menjaga kebajikan ahli yang telah berumahtangga.
3. Bekerjasama dengan pihak JAKSI PERUBATAN dalam menjaga biah solehah di setiap cawangan.

Untuk sebarang aduan, masalah atau cadangan, sila klik pautan di bawah;

https://tinyurl.com/E-ADUANPERUBATAN



"Sakinah, Mawaddah, Rahmah"

"Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati"
"at-Taqwa, as-Syifa', ar-Rahmah"

Unit Baitul Muslim,
PERUBATAN 2017/2018.

13/11/2017

[ MIN | JB & UBM: BAJET KAHWIN ]

Rimbun semalu di jambu batu,
Bangkit pelanduk terus berlalu;
Kompang dipalu menyahut restu, Pengantin duduk tersenyum malu.

Di dalam hati sudah mempunyai calon dan dalam proses merancang ke arah perkahwinan tetapi tidak tahu bagaimana hendak menguruskan kewangan ke arah perkahwinan?

"Wahai generasi muda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga hendaknya ia kahwin kerana ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa sebab ia dapat mengendalikanmu." (HR. Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud)

Madrasah Imam Nawawi (MIN) edisi khas kali ini membawakan kolaborasi bersama Jabatan Bendahari dan Unit Baitul Muslim PCM. Kami membawa tajuk "Bajet Kahwin" khas untuk semua warga Mansurah terutama kepada ahli yang bakal melangkah ke peringkat seterusnya iaitu Baitul Muslim.

Jangan lepaskan peluang ini! Marilah kita bersama-sama untuk menimba ilmu.

Butiran kelas MIN adalah seperti berikut;

Tarikh: 13 November 2017
Masa: 6-9 Malam
Tempat: Qa'ah Ibnu Sina (QIS)

Sebarang aduan, cadangan atau muhasabah bolehlah utarakan di pautan berikut,

http://tinyurl.com/eaduanPCM



"Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati"
"Muslim Sejati, Generasi Rabbani"

Unit Tafakuh dan Thaqafah,
Biro Pembangunan Insan,
PERUBATAN Cawangan Mansurah 17/18

31/07/2017

[ Ucapan Tahniah ]

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما بخير

Warga PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) mengucapkan tahniah kepada saudara Muhammad Nurrasyed bin Samsuddin dan pasangannya kerana telah selamat diijabkabulkan.

Semoga baitul muslim yang dibina dianugerahkan rahmah, sakinah dan mawaddah dari Allah SWT.

Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah maha luas (pemberian-Nya) lagi maha mengetahui.
(An-Nur: 32)

Untuk sebarang aduan, masalah atau cadangan, sila klik pautan di bawah;
http://tinyurl.com/aduanPCK

"Bridging The Community"

"Kita Keluarga PCK"

Unit Liputan,
Biro Penerbitan dan Penerangan,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2017/2018.

30/07/2017

[KOMPANG DIPALU, PENGANTIN BARU]

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

Seluruh warga PERUBATAN Cawangan al-Azhar mengucapkan tahniah kepada saudari Sharifah Nadiah binti Syed Omar, tahun 3 kuliah pergigian dan pasangannya Syed Sufi bin Syed Abu Bakar yang telah selamat diijabkabulkan pada 29 Julai 2017 di Masjid Jamek Bandar Baru Uda, Johor Bahru .

Semoga mahligai cinta yang dibina kekal hingga ke syurga dan diberkati Allah sentiasa.

"Sakinah, Mawaddah, Rahmah"

"PCA: Stronger As One"
"Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati"

Unit Bait Muslim,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2017/2018.

22/07/2017

[ CARTA ORGANISASI UBM 2017/2018 ]

Berikut adalah ahli jawatankuasa bagi Unit Bait Muslim, PERUBATAN Cawangan Tanta sesi 2017/2018.

Sebarang permasalahan, pertanyaan, atau memerlukan khidmat kaunseling dan nasihat berkaitan UBM, kalian boleh berhubung terus dengan Pengarah/Timbalan Pengarah UBM atau mana-mana AJK UBM yang berkaitan.

Borang UBM juga boleh didapati daripada setiap AJK UBM yang dilantik.

Untuk sebarang aduan, masalah atau cadangan, sila klik pautan di bawah:
http://tinyurl.com/aduanPCT

"Sakinah, Mawaddah, Rahmah"
"Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati"

Unit Bait Muslim,
PERUBATAN Cawangan Tanta 2017/2018.

Address

Cairo

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Bait Muslim|PERUBATAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Unit Bait Muslim|PERUBATAN:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram