10/03/2026
[CAKNA MINDA : LAILATUL QADAR]
Assalamualaikum w.b.t.
Kami daripada Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Aceh Sesi 2025/2026 ingin mengajak seluruh umat Islam untuk sama-sama merebut peluang pada 10 malam terakhir bulan Ramadan dalam usaha mencari Lailatul Qadar, iaitu malam yang penuh kemuliaan dan keberkatan.
Lailatul Qadar merupakan malam yang sangat istimewa kerana pada malam tersebut Allah SWT menurunkan rahmat dan keberkatan yang besar kepada hamba-Nya.
Malam ini disebut dalam Al-Quran sebagai malam yang lebih baik daripada seribu bulan, iaitu lebih baik daripada lebih 83 tahun beribadah. Pada malam tersebut juga para malaikat turun ke bumi dengan membawa kesejahteraan dan rahmat sehingga terbit fajar.
Firman Allah SWT:
"Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan."
(Surah Al-Qadr: 3)
Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan dengan memperbanyakkan amalan seperti qiyamullail (solat malam), membaca dan mentadabbur Al-Quran, berzikir, beristighfar, memperbanyakkan doa serta bersedekah.
Antara doa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ketika mencari Lailatul Qadar ialah:
"Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni"
(Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan menyukai kemaafan, maka maafkanlah aku).
Rebutlah peluang yang sangat berharga ini dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan agar kita tidak terlepas daripada memperoleh ganjaran yang besar di sisi Allah SWT.
Semoga Allah SWT memberikan kita kekuatan untuk terus meningkatkan ibadah serta mengurniakan peluang kepada kita semua untuk bertemu dengan Lailatul Qadar, malam yang penuh rahmat, keampunan dan keberkatan, In Shaa Allah.
Ikuti halaman Instagram kami di:
https://www.instagram.com/pkpmiaceh_
Ikuti halaman Facebook kami di:
https://www.facebook.com/share/186as2D63A/?mibextid=LQQJ4d
“Generasi Rabbani, Qiyadah Rahimiyyah”
Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia
di Indonesia (PKPMI)– Aceh,
Sesi 2025/2026