Alonglan Bekam Terapi

Alonglan Bekam Terapi RAWATAN BEKAM DAN URUTAN

Permanently closed.
Bekam buang darah Kotor.Bekam adalah rawatan yang begitu digalakkan, membabitkan proses membuang darah bertoksik yang ad...
09/11/2021

Bekam buang darah Kotor.

Bekam adalah rawatan yang begitu digalakkan, membabitkan proses membuang darah bertoksik yang ada di bawah permukaan kulit.

Pembuangan itu bertujuan melancarkan peredaran darah selain membuang angin dalam badan yang menimbulkan rasa tidak selesa.

Rawatan bekam juga , mempunyai banyak faedah termasuklah meringankan otot yang kejang, mengatasi ketegangan berpanjangan serta membebaskan angin kotor dan toksik dalam badan.

"Rawatan bekam membantu menyelesaikan masalah kesihatan yang tidak mampu diatasi dengan rawatan perubatan moden di samping menyegar dan menyihatkan badan.

Menariknya, walaupun bekam adalah amalan sunnah Rasulullah SAW, namun rawatan itu bukan saja mendapat sambutan daripada orang Islam saja, malah bukan Islam yang turut melakukannya.

Bukan rawatan jalanan

Masih ada segelintir masyarakat yang mempunyai persepsi tidak tepat mengenai rawatan bekam dan jurubekam.

Persepsi berkenaan mungkin timbul disebabkan kewujudan segelintir jurubekam yang menawarkan khidmat bekam di kawasan tidak sesuai dan tidak dijamin kebersihannya.

Bekam bukanlah rawatan jalanan, jurubekam perlu menjalani latihan sebelum memperoleh sijil bagi melayakkan mereka menjalani rawatan.
Kami menjaga prosedur operasi kerana keselamatan dan kesihatan pesakit diutamakan.
Bukan semua orang boleh menjalani bekam. Setiap pesakit perlu diambil tekanan darah terlebih dulu kerana mereka yang mempunyai tekanan darah rendah tidak sesuai berbekam .

Prosedur rawatan

Diagnosis

Tanya pesakit mengenai masalah kesihatan yang dialami. Tekanan darah, nadi dan bacaan gula akan diambil terlebih dulu sebelum jurubekam membuat keputusan pesakit sesuai berbekam atau tidak.

Bersih kawasan bekam

Kawasan yang ingin dibekam dibersihkan menggunakan iodin atau minyak zaitun.

Bekam angin dilakukan

Proses sedutan angin dibuat selama lima hingga 10 minit. Ini bertujuan mengumpul darah kotor (oksidan), toksik, sel mati dan angin.

Niat Dan DOA

Sebelum mulakan tusukkan ,Jurubekam Akan berniat dan berdoa terlebih dahulu ,agar Allah SWT berikan kesembuhan dan dilindungi oleh Nya.

Buka cawan bekam dan Cucuk.

Cawan bekam yang digunakan ketika sedutan angin akan dibuka dan kulit akan dicucukan sedikit menerusi proses tusukan jarum.

Letak cawan bekam, sedut darah

Proses ini berlangsung sepuluh minit bergantung kepada pesakit. Darah disedut sampai keluar plasma (cecair berwarna putih).

Sapuan antiseptik

Dibuat sejurus rawatan berakhir

Peralatan untuk berbekam

Cawan bekam dan pam
Sarung tangan getah
Forcep
Pisau bedah
Kapas atau tisu
Iodin atau minyak zaitun
Panduan sebelum, selepas rawatan:

Sebelum

*Jangan makan berat sekurang-kurangnya dua jam sebelum berbekam

Sebaiknya berbekam dalam keadaan perut kosong. Ini kerana apabila perut penuh, darah akan tertumpu pada bahagian perut untuk proses pencernaan.

*Jangan mandi air sejuk sebelum berbekam

Air sejuk menyebabkan pengaliran darah di bawah permukaan kulit perlahan. Sekiranya perlu mandi, gunakan air suam.

*Maklumkan kepada jurubekam (sekiranya ada)

- Pengalaman berbekam

- Sejarah penyakit yang dialami

- Alahan kulit

- Jenis ubatan yang diambil

Selepas

* Jangan mandi satu jam selepas berbekam

Bagi mengelakkan luka tusukan terkena air mandian seterusnya menyebabkan jangkitan bakteria yang boleh bahayakan kesihatan

*Kesan lebam

Akan hilang dalam masa dua hingga lima hari, bergantung kepada kesihatan individu.

*Amalkan makan madu

Dinasihatkan makan sedikit madu untuk mengembalikan tenaga.

Prosuder rawatan perlu di patuhi .
09/11/2021

Prosuder rawatan perlu di patuhi .

Rawatan mengunakan kaedah bekam adalah rawatan terbaik untuk mencegah dan membuang penyakit .
08/11/2021

Rawatan mengunakan kaedah bekam adalah rawatan terbaik untuk mencegah dan membuang penyakit .

Address

Lot Batu 5 Kg. Johan Setia 41200 Klang Selangor Darul Ehsan
Jakarta
13055

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alonglan Bekam Terapi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram