24/07/2020
BOLEHKAH SEMUA PENYAKIT DIBEKAM (HIJAMA)??
Boleh. Saya setuju semua penyakit boleh di bekam tapi bukan pada semua keadaan. Jika terdapat kontraindikasi jelas, bekam darah hendaklah ditangguh untuk sementara waktu sehingga keadaan pesakit stabil. Sebagai contoh dalam kondisi tekanan darah secara konsisten mencecah 180/120 mmHg dan keatas (hypertensive crisis), terapi bekam darah harus ditangguh terlebih dahulu. Memandangkan bekam berupaya menurunkan tekanan darah melalui kemungkinan beberapa mekanisme seperti pelepasan nitric oxide & hormon endorphin dan mungkin boleh menurunkan tekanan darah yg terlalu tinggi pada kadar segera, strok atau "transient ischemic attack" boleh berlaku. Di hospital "hypertensive crisis" dirawat dengan penuh berhati² melalui formula penurunan 20% - 25% tekanan darah dalam tempoh satu jam, diturunkan perlahan² sehingga 160/100 mmHg dlm tempoh 2 - 6 jam dan disasarkan normal dlm tempoh 24 - 48 jam kemudian. semata² utk mengelak daripada berlakunya strok!.
Begitu juga pesakit yang demam terlalu tinggi iaitu melebihi suhu 38° C yang mungkin berpunca daripada virus denggi umpamanya (diagnosa tepat boleh diperolehi melalui ujian darah). Perawat harus faham apa itu denggi dan apa ia boleh lakukan kepada sel darah beku kita iaitu platelet. Virus denggi berupaya merosakkan platelet kita sehingga jumlahnya berkurangan di dalam darah sekaligus meningkatkan risiko pendarahan menjadi sukar dikawal. Memandangkan hijama melibatkan proses skarifikasi, darah yang keluar mungkin sukar dikawal (lambat berhenti). Sekiranya bekam mengakibatkan kehilangan darah sebanyak 20% drp total darah, ia boleh menyebabkan renjatan hipovolemik di mana pesakit akan menunjukkan gejala² seperti bernafas lebih cepat, lemah badan, degupan jantung laju, tekanan darah rendah, kulit sejuk & berpeluh, pengsan dsbnya. Kehilangan 50% darah p**a boleh menyebabkan tekanan darah turun terlalu rendah, organ² lain berhenti berfungsi, koma, jantung berhenti mengepam darah & kematian boleh berlaku.
Terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa bekam berupaya menurunkan tahap gula di dalam darah. Namun dalam kes kecemasan seperti "diabetic ketoacidosis" di mana gula darah terlalu tinggi, tubuh terpaksa menguraikan sejumlah lemak untuk tenaga di mana lemak ini diproses di hati sehingga lebih banyak ketone terhasil, menjadikan darah terlalu berasid (PH bawah 7). Pada tahap ini, pesakit akan mula menunjukkan gejala² seperti mual & muntah, sesak nafas, bingung, dehidrasi, koma dsbnya. Pada kondisi cemas ini pesakit harus dibawa ke hospital untuk distabilkan segera oleh pihak doktor. Jika bekam dilakukan juga, ia bukan sahaja melambatkan pengurusan kecemasan oleh pasukan perubatan malah keadaan pesakit juga mungkin akan bertambah teruk.
Dalam kes Talasemia Major (beta) di mana pesakit selalunya mempunyai gejala² seperti lemah & pucat disebabkan oleh kekurangan hemoglobin/sel darah merah normal, mudah mendapat jangkitan kuman disebabkan kurang sel darah putih, pendarahan kekadang lambat berhenti disebabkan oleh kekurangan platelet, sesak nafas, jaundis, tumbesaran terbantut, perut buncit dsbnya. Kajian oleh Dr Salah Mohamed El Sayed (pencadang Teori Taibah) menunjukkan bekam berupaya mengurangkan paras besi yang berlebihan di dalam darah dengan ketara. Namun harus diingat, beliau adalah seorang doktor perubatan berpengalaman dan beliau melakukan terapi bekam itu di hospital yang lengkap dengan peralatan kecemasan selepas menilai keadaan pesakit dengan mendalam. Anda mungkin telah dapat membayangkan akan kemungkinan pelbagai risiko yang bakal berlaku apabila bekam secara melulu tetap dilakukan keatas pesakit Talasemia ini.
Dalam kesehatan penyakit kangker darah seperti leukemia umpamanya, selain berpunca daripada produksi berlebihan sel darah putih abnormal, ia juga mengganggu produksi sel² darah merah dan platelet pada tahap tulang sum² merah. Akibatnya selain daripada mudah & kerap mendapat jangkitan kuman, pesakit leukemia juga sering mengalami sesak nafas, pucat (anemia) & lemah anggota badan secara berterusan (kurang sel darah merah normal), pendarahan sukar berhenti & lebam mudah berlaku (kurang platelet normal), demam atau "unexplained fever", bengkak pada nodus limfa dan pembesaran organ hati & spleen, kurang selera makan, kurang berat badan dsbnya. Rawatan konvensional untuk leukemia biasanya dalam bentuk kemoterapi, radioterapi dan pemindahan tulang sum² bergantung kepada jenis atau tahap kanser, usia, tahap kesihatan keseluruhan dsbnya. Oleh hal yang demikian, bekam/hijama pada penyakit leukemia adalah dilarang, teramat merbahaya & boleh memburukkan lagi gejala² yang ada. Jika pesakit stabil terutamanya selepas menjalani transfusi darah, MUNGKIN para doktor boleh mempertimbangkan terapi bekam + chelation therapy untuk menyingkir lebihan besi atau "bahan² tertentu" dalam tubuh pesakit leukemia pada hospital "set up". Setakat ini tiada laporan klinikal apatah lagi kajian saintifik yang menunjukkan bahawa bekam berkesan mengawal penyakit ini dengan ketara.
Demikian antara contoh² penyakit atau kondisi di mana penggunaan terapi bekam/ hijama harus dipertimbangkan sedalam²nya selepas mengambilkira faktor² risiko dan bahaya yang mungkin ada. Jangan hanya kerana terlalu percaya kepada keberkesanan perubatan sunah semata², anda langsung tidak mahu melihat penyakit²/kondisi² berkenaan daripada sisi lain (sains perubatan) yang "lebih jelas & terperinci". Sebarang kesilapan dalam melakukan terapi bekam secara "sembarangan" & tanpa bimbingan atau ilmu betul, boleh menimbulkan fitnah kepada atau menjejaskan reputasi perubatan sunah ini terutama jika ia telah menyebabkan mudharat yang ketara atau kematian. Wallahualam.
Medic Sabri
Ref:
1. Methods of wet cupping therapy (Al-Hijamah): in light of modern medicine and prophetic medicine.SM El Sayed, HS Mahmoud, MMH Nabo: Alternative & Integrative Medicine, 1-16, 2013
2. Clinical guidelines for the management of hypertension: World Health Organization
3. Diabetic ketoacidosis.Abbas E Kitabchi, Barry M Wall: Medical Clinics of North America 79 (1), 9-37, 1995
4. Dengue and dengue hemorrhagic fever
Duane J Gubler. Clinical microbiology reviews 11 (3), 480-496, 1998
5. The Leukemias: Etiology, Pathophysiology, and Treatment.John W Rebuck, Frank H Bethell, Raymond W Monto: Elsevier, 2013