Hospital Kuala Lumpur KKM

Hospital Kuala Lumpur KKM Government Official Agency under Ministry of Health Malaysia that provide medical health services

Membuat Aduan ke HKL secara online sila layari https://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do

*Kursus Pengurusan dan Perolehan Aset Alih Kerajaan Tahun 2026*Seramai 244 Peserta dari 50 Jabatan di Hospital Kuala Lum...
03/04/2026

*Kursus Pengurusan dan Perolehan Aset Alih Kerajaan Tahun 2026*

Seramai 244 Peserta dari 50 Jabatan di Hospital Kuala Lumpur, Institut Perubatan Respiratori dan Hospital Tunku Azizah telah menyertai kursus yang berlansung di Auditorium Perdana, Hospital Tunku Azizah. Kursus ini juga telah dirasmikan oleh YBrs. En. Kamalazira bin Pauzi, Timbalan Pengarah Pengurusan Hospital Kuala Lumpur diiringi YBrs. Ts. Dr. Mohamad Hazrol bin Md Damiri, Unit Pengurusan Aset dan Saraan.

Sehubungan itu, pelaksanaan kursus ini merupakan satu platform yang baik bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung dalam pengurusan aset di jabatan masing-masing. Melalui kursus ini, para peserta berpeluang untuk memperkukuhkan pemahaman berkaitan tatacara pengurusan aset alih kerajaan, termasuk aspek pendaftaran, penyelenggaraan, pemeriksaan, pelupusan serta pemantauan aset selaras dengan peraturan dan pekeliling yang berkuat kuasa.

Dato Dr. Harikrishna K.R.Nair, Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah berkesempatan untuk mengunjungi YB Dato Hajjah...
03/04/2026

Dato Dr. Harikrishna K.R.Nair, Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah berkesempatan untuk mengunjungi YB Dato Hajjah Hanifah Hajar, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia di Putrajaya.

Sesi Kunjungan hormat tersebut yang dilihat sebagai platform bagi membincang perkara-perkara dan mengeratkan hubungan antara Kementerian dan HKL.

Dikeluarkan oleh:
Unit Komunikasi Korporat HKL

πŸš¨πŸš¨πŸ“£ KENYATAAN MEDIA πŸ”ˆπŸš¨πŸš¨π™†π˜Όπ™‹π˜Όπ™Žπ™„π™π™„ π™‹π™€π™π™†π™ƒπ™„π˜Ώπ™ˆπ˜Όπ™π˜Όπ™‰ π™ˆπ™π™„ π™ƒπ™Šπ™Žπ™‹π™„π™π˜Όπ™‡ π™†π™π˜Όπ™‡π˜Ό π™‡π™π™ˆπ™‹π™π™ (𝙃𝙆𝙇)
27/03/2026

πŸš¨πŸš¨πŸ“£ KENYATAAN MEDIA πŸ”ˆπŸš¨πŸš¨

π™†π˜Όπ™‹π˜Όπ™Žπ™„π™π™„ π™‹π™€π™π™†π™ƒπ™„π˜Ώπ™ˆπ˜Όπ™π˜Όπ™‰ π™ˆπ™π™„ π™ƒπ™Šπ™Žπ™‹π™„π™π˜Όπ™‡ π™†π™π˜Όπ™‡π˜Ό π™‡π™π™ˆπ™‹π™π™ (𝙃𝙆𝙇)

Hari Batuk Kering Sedunia atau Hari Tuberkulosis (TB) Sedunia, disambut setiap tahun pada 24 Mac merupakan misi secara b...
25/03/2026

Hari Batuk Kering Sedunia atau Hari Tuberkulosis (TB) Sedunia, disambut setiap tahun pada 24 Mac merupakan misi secara bersepadu di peringkat global yang dilaksanakan dengan tujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat diluar sana mengenai bahayanya jangkitan wabak TB serta usaha mempromosikan rawatan yang perlu diambil bagi mencegah penularan wabak TB.

DAULAT TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Joh...
23/03/2026

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor pada 23 Mac 2026 bersamaan 3 Syawal 1447 Hijrah.

Sembah Takzim daripada seluruh warga kerja Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Hospital Kuala Lumpur (HKL) menerima sumbangan CSR sebanyak 10 unit Katil Pengusung (hospital patient transport stretche...
19/03/2026

Hospital Kuala Lumpur (HKL) menerima sumbangan CSR sebanyak 10 unit Katil Pengusung (hospital patient transport stretcher) daripada Media Prima Berhad. Majlis Penyerahan Katil Pengusung di HKL disempurnakan oleh YBhg. Dato' Dr. Harikrishna K.R. Nair, Pengaran HKL dan YBhg. Datuk Seri (Dr.) Syed Hussian Aljunid, Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad Berhad.

🚨🚨🎬πŸŽ₯🎞️   PERTANDINGAN VIDEO RAYA, NYANYIAN LAGU RAYA DAN DEKO RAYA ANTARA JABATAN PERINGKAT HOSPITAL KUALA LUMPUR BAGI T...
19/03/2026

🚨🚨🎬πŸŽ₯🎞️ PERTANDINGAN VIDEO RAYA, NYANYIAN LAGU RAYA DAN DEKO RAYA ANTARA JABATAN PERINGKAT HOSPITAL KUALA LUMPUR BAGI TAHUN 2026. 🎞️πŸŽ₯🎬🚨🚨

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Diharapkan Syawal ini membawa kegembiraan, keberkatan, dan mengeratk...
19/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Diharapkan Syawal ini membawa kegembiraan, keberkatan, dan mengeratkan silaturahim bersama keluarga tersayang.

Buat Petugas Barisan hadapan terutamanya keluarga besar HKL yang sedang bertugas, jutaan terima kasih atas kerjasama penuh komitmen dan profesionalisme yang diberikan demi kesejahteraan rakyat Malaysia .

Ucapan ikhlas daripada Dato’ Dr. Harikrishna K.R.Nair, Pengarah dan seluruh Warga Kerja Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Hari Kesihatan Mulut Sedunia yang disambut pada 20 Mac setiap tahun adalah inisiatif global dalam meningkatkan pengetahu...
17/03/2026

Hari Kesihatan Mulut Sedunia yang disambut pada 20 Mac setiap tahun adalah inisiatif global dalam meningkatkan pengetahuan masyarakat umum mengenai kepentingan penjagaan gigi. Selain itu , ia turut mempromosikan amalan kesihatan pergigian yang betul serta penjagaan kebersihan mulut yang bersesuaian agar dapat mencegah kerosakan gigi.

Melalui platform media sosial yang dapat diakses dengan mudah,diharapkan dapat membantu dalam mempromosikan maklumat yang tepat dan sahih supaya masyarakat sedar akan kepentingan penjagaan gigi mereka.

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIALKORPORAT (CSR) YAYASAN NURJIWA DAN MYPRIHATIN DI HOSPITAL KUALA LUMPUR (HKL)16 Mac 2026 - Bu...
16/03/2026

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIALKORPORAT (CSR) YAYASAN NURJIWA DAN MYPRIHATIN DI HOSPITAL KUALA LUMPUR (HKL)

16 Mac 2026 - Bulan Ramadan 2026 kini berada di minggu akhirnya, namun kita masih berpeluang untuk memanfaatkan bulan ini sebaik mungkin oleh kerana ia waktu terbaik untuk memperbanyakkan amalan kebajikan serta menggandakan kebaikan bersama.

Atas kesempatan ini juga, Yayasan Nurjiwa dan Yayasan Prihatin Nasional (YPN) telah bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk menyantuni warga kerja Hospital Kuala Lumpur (HKL) serta mengedarkan barang sumbangan seperti barang keperluan asas dan biskut raya yang bertujuan sebaga tanda penghargaan atas komitmen padu dan usaha berterusan yang disampaikan oleh warga kerja HKL demi kesejahteraan masyarakat umum.

Dato’ Dr. Harikrishna K.R.Nair, Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) turut hadir sama bagi menyambut kehadiran Dato Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin, Pengasas Yayasan NurJiwa bersama suaminya Dato' Sri Khalid bin Mohamad Jiwa, Pengerusi Yayasan NurJiwa dan Dato’ Aizuddin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional.

Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia pada tahun ini disambut pada  pada 12 Mac 2026. Seperti yang kita tahu, penyakit bua...
12/03/2026

Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia pada tahun ini disambut pada pada 12 Mac 2026. Seperti yang kita tahu, penyakit buah pinggang merupakan penyakit senyap yang berbahaya dan hanya disedari apabila semakin melarat. Isu ini adalah antara faktor yang mempengaruhi perlunya hari khas kesihatan seperti sambutan Hari Buah Pinggang ini selain ia memberi kesedaran tentang pentingnya untuk pemeriksaan awal dalam masa mempromosikan gaya hidup yang sihat.

Sekitar sesi penerangan oleh Dr. (Mr.) Noor Ashani bin Md Yusoff. Ketua Jabatan & Pakar Perunding Kanan Urologi Hospital...
10/03/2026

Sekitar sesi penerangan oleh Dr. (Mr.) Noor Ashani bin Md Yusoff. Ketua Jabatan & Pakar Perunding Kanan Urologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) kepada Dato’ Dr. Harikrishna K.R.Nair, Pengarah HKL mengenai alat pembedahan robotik Da Vinci Xi semasa sesi lawatan beliau di Institut UroNefro blok B, HKL.

Address

Jalan Bulatan Pahang
Thongwa

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60326155555

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Kuala Lumpur KKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Kuala Lumpur KKM:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram