Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia

Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia PDN sedia berkhidmat kepada masyarakat dalam menyediakan darah yang mencukupi dan selamat.
(236)

Pusat Darah Negara (PDN) yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur adalah sebuah organisasi yang bertanggungjawab merancang serta memperkembangkan perkhidmatan trasfusi darah di peringkat wilayah dan kebangsaan. PDN memberikan perkhidmatan kepakaran di dalam bidang Perolehan dan Pendermaan Darah, Transfusi Perubatan, Platelet Serologi, Tranfusi Mikrobologi, Hematologi, Immunohematologi, Produksi dan Fraksinasi, Hemostasis, Inventori, Histokompatibiliti dan Immunogenetik, Kualiti/ Biokimia, Darah Tali Pusat dan Pendidikan Kesihatan. Pada peringkat Wilayah Tengah, PDN bertanggungjawab mengumpul, memproses dan membekalkan darah dan produk-prooduk darah untuk kegunaan pesakit di hospital-hospital kerajaan dan swasta bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. PDN turut bertanggungjawab memproses dan menjalankan ujian saringan darah bagi seluruh negeri Selangor, Negeri Sembilan dan juga Pahang Barat. Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan memastikan anggota PDN mendapat latihan dan pembelajaran yang berterusan, PDN telah menganjurkan dan memberikan latihan di peringkat dalaman, kebangsaan dan antarabangsa melalui kursus, seminar,bengkel dan konferen. PDN turut memberikan khidmat latihan kepada anggota di hospital daerah, hospital negeri, pelatih Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP), Pegawai Perubatan, Pegawai Sains dan pelatih Siswazah Lanjutan Perubatan serta pelajar-pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan swasta. PDN juga telah mendapat pengiktirafan akreditasi dari NATA (National Association of Testing Authorities), Australia bagi piawaian ISO/IEC 17025. Diharap dengan pengiktirafan ini pelanggan akan lebih yakin dengan perkhidmatan dan hasil darah yang dibekalkan dari aspek kualiti dan keselamatan.

03/12/2025
03/12/2025
Team PDN sudah siap sedia menunggu semua penderma darah yang budiman di The Linc KL sejak jam 10.00 pagi tadi. Mari sert...
03/12/2025

Team PDN sudah siap sedia menunggu semua penderma darah yang budiman di The Linc KL sejak jam 10.00 pagi tadi. Mari sertai kami sekarang! 🤗

🗓️ 3 Disember 2025
📌 Level 2 @ The Linc KL
⏰ 10.00 pagi hingga 4.00 petang

Rehat: 1.45 petang hingga 2.30 petang

17-19 NOVEMBER 2025 | Pusat Darah Negara dan Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan terlibat dalam Bengkel Penghasi...
02/12/2025

17-19 NOVEMBER 2025 | Pusat Darah Negara dan Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan terlibat dalam Bengkel Penghasilan Pelan Strategik Pendermaan Darah Kebangsaan 2026-2030 telah diadakan di National Institute of Health Setia Alam.

Bengkel ini di rasmikan oleh YBrs. Dr Mohammad Masrin Md Zahrin Pengarah Pusat Darah Negara. Pelan Strategik ini bertujuan untuk meningkatkan kadar penderma darah agar lebih bekalan darah cukup dan selamat serta memastikan akses kesihatan yang mampan untuk semua rakyat Malaysia.

Di Malaysia, sistem pendermaan darah semakin berkembang ke arah mencapai tahap bekalan darah yang mencukupi dan selamat.

Kempen Derma Darah anjuran UNIKL- Business School Kuala Lumpur. Ayuh hadir beramai-ramai dan menderma darah di lokasi da...
02/12/2025

Kempen Derma Darah anjuran UNIKL- Business School Kuala Lumpur. Ayuh hadir beramai-ramai dan menderma darah di lokasi dan masa yang tertera:

📌 Cafe, Aras 4, UNIKL- Business School Kuala Lumpur @ Quill Citymall, Kuala Lumpur
🗓 03 Disember 2025 (Rabu)
⏱ 10.00 pagi hingga 4.00 petang
(Rehat: 1.45 petang - 2.30 petang)

Ayuh, laksanakan tanggungjawab sosial anda.

Jom derma darah. Jalankan tanggungjawab sosial anda, hadir di lokasi yang tertera di jadual.Untuk makluman lanjut, sila ...
02/12/2025

Jom derma darah. Jalankan tanggungjawab sosial anda, hadir di lokasi yang tertera di jadual.

Untuk makluman lanjut, sila layari www.pdn.gov.my

Panggilan mesra buat Hero Darah sekitar Kuala Lumpur! Universiti Malaya - Wales akan menganjurkan Kempen Derma Darah pad...
02/12/2025

Panggilan mesra buat Hero Darah sekitar Kuala Lumpur! Universiti Malaya - Wales akan menganjurkan Kempen Derma Darah pada esok hari. Jangan terlepas untuk menyelamatkan pesakit yang memerlukan. Kami tunggu kehadiran anda semua 🤗

🗓️ 3 Disember 2025 (Rabu)
📌 Level 2, The Hideout @ The Linc Kuala Lumpur
⏰ 10.00 pagi hingga 4.00 petang

Rehat: 1.45 petang hingga 2.30 petang

Selamat Pagi, Lembah Klang!   telah bersedia untuk memberi anda maklumat terkini mengenai perkhidmatan kami. Layari lama...
01/12/2025

Selamat Pagi, Lembah Klang!

telah bersedia untuk memberi anda maklumat terkini mengenai perkhidmatan kami.

Layari laman web untuk maklumat lanjut: www.pdn.gov.my

01/12/2025
01/12/2025

🩸 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐀𝐌𝐏𝐀𝐍𝐆

Hospital Ampang ingin menjemput orang ramai untuk menyertai kempen derma darah sebagai usaha memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi bagi kegunaan pesakit yang memerlukan.

📅 Tarikh: 2 Disember 2025 (Selasa)
📍 Lokasi: Lobi Utama, Hospital Ampang

🕙 Masa Operasi:
• 10.00 pagi – 1.45 petang
• 2.30 petang – 4.00 petang
⛔ Waktu Rehat: 1.45 petang – 2.30 petang

Kami mengalu-alukan kehadiran semua penderma baharu dan sedia ada untuk bersama menjayakan kempen ini. Sumbangan anda, walaupun kecil, mampu memberi peluang kedua kepada mereka yang dalam keadaan kritikal.

𝐃𝐞𝐫𝐦𝐚 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐍𝐲𝐚𝐰𝐚.

Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia

Kempen Derma Darah anjuran Taylor's University College - School of Liberal Art. Ayuh hadir beramai-ramai dan menderma da...
30/11/2025

Kempen Derma Darah anjuran Taylor's University College - School of Liberal Art. Ayuh hadir beramai-ramai dan menderma darah di lokasi dan masa yang tertera:

📌 Event Space, Common Ground, Taylor's University Lakeside Campus, No. 1, Jln Taylor's, 47500 Subang Jaya, Selangor.
🗓 01 & 02 Disember 2025 (Isnin & Selasa)
⏱ 10.00 pagi hingga 4.00 petang
(Rehat: 1.45 petang - 2.30 petang)

Ayuh, laksanakan tanggungjawab sosial anda.

Address

Thongwa

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30
Saturday 08:00 - 16:00
Sunday 08:00 - 16:00

Telephone

+60326132688

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram