Urutan 12 Qunci

Urutan 12 Qunci Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Urutan 12 Qunci, Massage Therapist, Kampung Bukit Kolam, Ajil.

Rahsia Urutan 12 Qunci adalah gabungan ilmu Rohani dan Jasmani Dimana ianya menggunakan Mata Hati (sixth-sence) mencari 12 Qunci Urat Saraf Utama Dimana saraf tunjang yang tersumbat dan bertindih perlu Di Terapi agar oksigen dalam darah berjalan lancar.

Prappppp…. kedengaran bunyi letupan tulang semasa tengkuk di manipulasi secara pantas dan kuat. Berhati hati sekiranya a...
19/04/2022

Prappppp…. kedengaran bunyi letupan tulang semasa tengkuk di manipulasi secara pantas dan kuat.

Berhati hati sekiranya anda melakukan prosedur manipulasi tengkuk di pusat urutan . Tulang tulang, sendi, otot dan saraf di tengkuk boleh mengalami kecederaan kekal yang mengakibatkan kesan serius untuk jangka masa panjang.

Tengkuk adalah satu struktur yang stabil, tetapi sebarang manipulasi keterlaluan dan pergerakan yang terlalu kasar, pantas dan kuat boleh mendatangkan kecederaan kekal.

Lebih membimbangkan, manipulasi tengkuk juga boleh menyebabkan saluran darah di tengkuk tercedera. Dalam kecederaan yang lebih serius, ia boleh mengakibatkan pendarahan dan strok

Sekiranya terlalu kerap melakukan urutan manipulasi tengkuk, untuk jangka masa panjang ia akan mengakibatkan osteoarthritis pada sendi tengkuk.

Urutan 12 Qunci Membantu Masalah Keradangan Urat Saraf.Langkah pertama Urutan 12 Qunci adalah meransang urat saraf. Tuju...
27/03/2022

Urutan 12 Qunci Membantu Masalah Keradangan Urat Saraf.

Langkah pertama Urutan 12 Qunci adalah meransang urat saraf. Tujuan meransang urat saraf tubuh badan manusia adalah:

1. Melancarkan peredaran darah
2. Membakar toksik/toksin tubuh badan
3. Melancar pergerakan tubuh badan
4. Meningkatkan stamina bers**an
5. Meredakan kesakitan
6. Ketenangan jiwa

Melancarkan peredaran darah.

Urat saraf yang membina tubuh badan menjadi keras kesan daripada pencemaran bahan kimia yang terdapat dalam makanan, minuman, udara dan peralatan kelengkapan kehidupan. Pengerasan urat saraf tubuh badan kesan dari pencemaran bahan kimia adalah seperti yang berlaku pada tanah taneh yang dibajai dengan bahan kimia. Tanah yang di bajai dengan bahan kimia mudah menjadi keras sehinggakan berkematu sehinggakan air s**ar mengalir menerusinya untuk membekal nutrin, oksigen dan sebagainya kepada tumbuh tumbuhan di atas tanah tersebut. Oleh itu cara mengatasi untuk melembuti tanah tanah yang keras dan berkematu dengan membajak atau mencangkulinya, cara untuk meransang urat saraf tubuh badan manusia yang keras dan berkematu adalah dengan urutan.

Membakar toksik/toksin tubuh badan.

Urutan 12 Qunci adalah untuk mengimbangi kelainan fizikal kesan daripada ketegangan urat saraf. Kebanyakan kita adalah tidak menyedari ketegangan urat saraf yang dialami tubuh badan sehinggalah mereka mengalami berbagai jenis penyakit kronik, kerana kesakitan kesan dari ketegangan urat saraf sering diatasi dengan ubat pelali yang mudah diperolehi. Ketegangan urat saraf yang mereka alami mungkin hanya disedari bila perut mereka buncit seperti wanita hamil, kerana sebelum ini mereka tidak perasan bagaimana fizikal bentuk perut yang tidak seimbang apa tah lagi di bahagian angota tubuh badan yang lain.

Melancar pergerakan tubuh badan

Banyak dikalangan mereka yang hanya menyedari mengalami ketegangan urat saraf setelah mengalami kes**aran mengerakan anggota tubuh badan seperti anggota kaki, tangan dan z***r.

Meningkatkan stamina bers**an

Urutan 12 Qunci adalah untuk membina stamina bers**an iaitu untuk memudahkan terapi melancarkan pergerakan darah, melegakan pernafasan dan melembutkan tubuh badan.

Meredak kesakitan

Urutan 12 Qunci membantu meredakan kesakitan yang dialami kesan daripada ketegangan urat saraf.

Ketenangan jiwa

Banyak dikalangan mereka hari ini yang terpaksa bergantung kepada ubat penenang jiwa kesan daripada ketegangan urat saraf. Oleh itu urutan 12 Qunci boleh membantu untuk menjadikan urat saraf lembut semula serra boleh menenangkan jiwa yang kian parah.

Sakit belakang menduduki tangga kedua dalam masalah neurologikal (sistem saraf), kata Pakar Bedah Tulang Belakang, Dr Si...
26/03/2022

Sakit belakang menduduki tangga kedua dalam masalah neurologikal (sistem saraf), kata Pakar Bedah Tulang Belakang, Dr Siow Yew Siong.

Jika anda Sakit Belakang itu menandakan ada yang tidak kena dengan saraf.

Saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecair badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna.

Sakit Belakang antara masalah yang sering di hadapi tidak kira tua atau muda.

Punca sakit ini secara tidak langsung melalui aktiviti harian tanpa anda sedari.

Jika anda abaikan sakit ini mungkin akan lebih melarat sehingga kritikal antaranya ‘slip disc’ dan masalah tulang.

Apa Yang Meningkatkan Risiko Sakit Belakang & Pinggang?

Terdapat banyak faktor risiko penyebab sakit pinggang atau bahagian tengah belakang seperti:
• Bermula apabila Usia meningkat 30 atau 40 tahun
• Kurangkan Senaman dan pergerakan yang melemahkan otot
• Berat Berlebihan menjadi bebanan memberi kesan kepada sakit belakang atau pinggang
• Sakit Sendi yang tidak dirawat boleh menyumbang pada penyebab termasuk penyakit kanser
• Mengangkat Barang dengan postur yang tidak betul

Kebanyakan masalah Sakit Belakang khususnya bahagian Pinggang boleh dirawat tanpa pembedahan.

Antara kaedah rawatan adalah untuk mengawal kesakitan, mengurangkan keradangan, mengembalikan fungsi dan kekuatan bahagian belakang juga mencegah kecederaan daripada berulang.

Gaya hidup dan kaedah perubatan sampingan anda boleh cuba untuk membantu merawat dan melegakan Sakit Belakang atau Sakit Pinggang

• Tuam ais di belakang badan untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak sebaik sahaja otot tercedera. Lakukan selama 20-30 minit setiap 3-4 jam selama 2-3 hari. Boleh juga tuam ais ke belakang badan selepas aktiviti fizikal

• Tuam haba ke belakang badan tetapi hanya selepas 2-3 hari menuam ais terlebih dahulu dan selepas bengkak surut. Boleh gunakan pad pemanas elektrik, botol air panas atau merendam diri dalam tab mandian panas

• Ambil ubat tahan sakit. Ubat antiradang bukan steroid (NSAID) membantu melegakan sakit belakang dan bengkak

• Guna alat sokongan. Boleh cuba untuk mendapatkan tali pinggang sokongan bagi menambah sokongan ke atas belakang badan

• Dapatkan terapi fizikal untuk membina semula kekuatan otot jika doktor cadangkan. Elakkan berbaring di atas katil atau sofa sepanjang hari kerana ini akan lebih memudaratkan

• Kekalkan ton otot yang baik pada abdomen dan pinggang anda

Beberapa Tip yang boleh membantu anda mengelak dari Sakit Belakang atau Pinggang ;
• Jika sakit belakang semasa aktiviti fizikal, berhenti melakukan aktiviti tersebut dengan segera.
• Pastikan bentuk postur yang betul. Sentiasa bersenam dan regangkan otot belakang.
• Elak tidur meniarap. Tidur berbaring atau mengiring dan letaklah bantal di antara kaki.
• Apabila mengangkat sesuatu yang berat, bengkokkan lutut bukan pinggang.
• Kurangkan berat badan jika berat badan anda berlebihan.
• Duduk dengan postur yang betul. Duduk lurus di kerusi, dengan tulang belakang ada selari dengan belakang kerusi.

Malang tidak berbau.

Anda perlu lebih berhati hati dalam setiap tugasan harian samada di rumah, pejabat atau di mana sahaja yang memerlukan anda bergerak.

5 Petua Hilangkan Sakit Urat Saraf Dan SendiTerdapat beberapa petua bagi menghilangkan kesakitan dialami yang boleh dicu...
26/03/2022

5 Petua Hilangkan Sakit Urat Saraf Dan Sendi

Terdapat beberapa petua bagi menghilangkan kesakitan dialami yang boleh dicuba, antaranya:

1.Mengawal berat badan

Berat badan boleh memberi kesan besar kepada gejala artritis. Berat berlebihan memberi lebih banyak tekanan pada sendi, terutamanya lutut, pinggul dan kaki anda.

Berdasarkan garis panduan American College of Rheumatology and Arthritis Foundation (ACR / AF) adalah amat disaran untuk anda menurunkan berat badan jika anda menghidap Osteoporosis dan mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti.

2.Pengambilan ubat tahan sakit

Terdapat ubat-ubatan yang dapat merawat gejala arthritis, seperti ubat tahan sakit dan ubat antiradang bukan steroid (NSAID). Selain itu, ubat tahan sakit ini juga berkesan untuk kecederaan ringan seperti terseliuh, kekejangan atau akibat pergerakan berlebihan.

Pengambilan ubat ini boleh membantu untuk mengurangkan kesakitan, bengkak dan keradangan. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi anda jika sebelum mengambit ubat ini.

3.Melakukan senaman secara berkala

Sekiranya anda mengalami artritis, melakukan aktiviti fizikal dipercayai dapat membantu sakit urat saraf :

Mengawal berat badan

Menjaga kelenturan sendi

Menguatkan otot sekitar sendi yang dapat memberikan lebih sokongan

Sebaiknya senaman disarankan adalah yang berintensiti rendah seperti:

Melakukan aktiviti berjalan kaki

Berbasikal

Tai chi dan yoga

Aktiviti melibatkan s**an air

Berenang

4.Terapi panas dan sejuk

Antara petua hilangkan sakit urat saraf yang paling senang adalah dengan melakukan rawatan panas dan sejuk bagi membantu melegakan kesakitan serta keradangan arthritis.

Rawatan terapi panas boleh merangkumi mandi atau berendam air panas di pagi hari untuk membantu mengurangkan kekejangan.

Manakala rawatan terapi sejuk dapat meredakan sakit sendi, bengkak dan keradangan. Balut pek gel ais atau beg sayur beku dengan tuala dan sapukan pada sendi yang menyakitkan untuk memberikan kelegaan cepat. Harus diingatkan, jangan sekali-kali menggunakan ais terus ke kulit, okay?

5.Melindungi sendi

Kecederaan yang berlaku pada sendi boleh menyebabkan atau memburukkan lagi artritis. Untuk bersenam, pilih aktiviti yang mudah di sendi seperti berjalan kaki, berbasikal, dan berenang.

Melakukan aktiviti berimpak rendah mempunyai kadar risiko kecederaan rendah dan tidak akan menyebabkan tekanan pada sendi. Kecederaan sendi berpunca daripada s**an atau pekerjaan yang dilakukan boleh meningkatkan kemungkinan untuk anda diserang osteoartritis.

Maka untuk mengurangkan kemungkinan terkena atau memburukkan lagi osteoartritis, mengambil langkah pencegahan dan mengelakkan kecederaan pada sendi seperti memakai alat pelindung dan menghindari pergerakan berulang pada sendi terjejas amat disarankan.

Cara yang dikongsikan di atas mungkin berkesan sebagai petua hilangkan sakit urat saraf dan kesakitan sendi.

Apa yang penting adalah jangan merana dalam diam. Dapatkan rawatan Urutan 12 Qunci. Semoga perkongsian ini berguna!

15 Kelebihan Urutan 12 Qunci 1. Urutan dibuat untuk melancarkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan.     2. Kaedah ur...
26/03/2022

15 Kelebihan Urutan 12 Qunci
1. Urutan dibuat untuk melancarkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan.
2. Kaedah urutan juga dapat meningkatkan tahap kecerdasan tubuh badan.
3. Memecahkan angin yang tersekat di dalam tubuh badan
4. Merawat dan memulihkan semula urat yang tersimpul/terseliuh
5. Mengurangkan sakit pinggang dan meningkatkan kelenturan
6. Mengurangkan pergantungan pada ubat-ubatan
7. Meningkatkan imunisasi dengan merangsang sistem pertahanan semulajadi.
8. Mempersiapkan dan pulih dari latihan yang berat
9. Memperbaik kulit selaku organ terbesar kita
10. Meningkatkan fleksibiliti sendi
11. Mengurangkan kemurungan dan kegelisahan
12. Meningkatkan baik pulih tisu dan mengurangkan stretch mark serta parut
13. Memperbaik peredaran darah dan pengempaman oksigen dan nutrisi ke rangkaian otot
14. Mengurangkan bengkak dan kejang
15. Merehatkan dan menghilangkan keletihan serta membebaskan endorphins iaitu asid amino yang bekerja sebagai penghilang sakit semulajadi.

Penyakit urat saraf 12 Qunci dalam badan orang lelaki ini s**ar utk diceritakan penderitaannya. Hanya org lelaki yg terkena tahu betapa s**arnya tubuh badan menghadapi ujian penyakit ini.

Begitulah yg boleh diceritakan serba sedikit dari pengalaman saya sebagai pengurut semenjak tahun 2012 lagi. Berapa ramai yg susah nak cari rezeki memberi nafkah pada anak isteri mereka. Badan sakit2, lesu2, bisa2. Pinggang Sakit Kiri, kanan, dan tengah. Dada rasa mcm Sakit jantung menyucuk-nyucuk. Belikat bagaikan benda keras melekat. Sakitnya menangkap ke leher, kepala dan ke dada.

Ada yg sakit pinggang terus ke pinggul, terus ke pelipat kaki. Nak solat cukup payah. Nak bangun dari duduk Sakit, nak tidur Sakit, nak bangun tidur Sakit, apatah lagi nak keluar bekerja.

Ia benar, keadaan ini adalah disebabkan oksigen dalam urat 12 Qunci yg bengkak dan mengecut. Secara mata kasar, kita takkan nampak bengkak itu melainkan apabila kita sentuh dan me lihat dengan Mata Hati uratnya. Apabila urat tersebut besar dan senak bila ditekan , maka ketahuilah itulah tanda penyakit sudah pun bermaharajalela.

Ramainya Kaum Adam yg s**a menangguh-nangguh utk berubat, manakala ada yg ingin berubat tetapi tak tahu puncanya. Merata-rata sudah pergi berusaha, namun belum ada rezeki utk bertemu penawarnya.

Begitu juga dengan masalah lemah syhwt sehingga terjadinya perceraian. Semua ini berpunca dari masalah oksigen dalam urat 12 Qunci tersumbat. Orang2 bujang paling ramai tak ambil berat masalah ini. Lupa utk cuba bersedia sebelum berumahtangga.

Begitu juga masalah zuriat yg tak kunjung2 tiba. Ya, zuriat itu adalah rezeki dari Allah SWT. Namun secara adatnya, antara sebab tidak dapat zuriat kerana ada gangguan di bahagian urat 12 Qunci yg bengkak dan mengecut. InsyaAllah jika Ia dapat di terapikan semula, maka segala tubuh badan akan kembali sihat, lancar dan subur, InsyaAllah.

Apa yg saya sebutkan di atas hanyalah segelintir penyakit2 yg disebabkan oleh oksigen dalam darah tersebut. Samada anda mahu cuba berubat atau tidak, terpulang pada diri masing2. Itu adalah Pilihan individu itu sendiri..

Bahayanya Sakit Urat Belikat??? Sakit urat belikat dan bahu seringkali dialami oleh ramai orang dewasa. Ramai yang menga...
25/03/2022

Bahayanya Sakit Urat Belikat???

Sakit urat belikat dan bahu seringkali dialami oleh ramai orang dewasa. Ramai yang mengadu punca sakit urat belikat ini adalah berpunca daripada masalah salah tidur, salah urat, mengangkat barang yang berat, melakukan aktviti tangan yang berlebihan dan macam-macam lagi. Sebenarnya, masalah sakit urat belikat ini adalah disebabkan oleh saraf tertentu yang terganggu. Apabila sakit urat belikat datang, ia akan menjejaskan aktiviti mengangkat tangan, menyikat rambut, memakai baju juga terasa susah dan berat. Malah, mood juga boleh menjadi swing kerana rasa tidak selesa yang mengganggu di bahagian belikat dan juga bahu.

Saya juga pernah mempunyai sejarah sering mengalami masalah urat belikat. Ianya berlaku terutamanya selepas bangun daripada tidur. Kadangkala, tidak semena-mena sedang membuat kerja, tiba-tiba sahaja sakit belikat datang sama ada di bahagian belakang sebelah kiri mahupun kanan. Ianya kemudian merebak ke bahagian bahu dan atas kepala. Sakit urat belikat dan bahu ini berlarutan paling lama hingga 2-3 hari, kemudian hilang. Walaubagaimanapun, ianya akan datang semula tidak kira masa dan waktu. Apabila sakit datang, banyak aktiviti dan kerja rumah tergendala kerana kita lebih fokus pada rasa sakit dan berasa tidak selesa. Yang boleh saya buat untuk mencegahnya ialah dengan berhati-hati dan berjaga-jaga dalam menentukan posisi tidur.

Punca Sakit Urat Belikat
Sakit urat belikat atau lebih dikenali sebagai scapulocostal syndrome adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan otot dan sendi. Ia seringkali melibatkan kawasan bahagian tulang belikat, bahagian belakang bahu dan boleh merebak ke bahagian tengkuk dan menimbulkan ketidakselesaan pada pesakit.

Antara punca yang menyumbang kepada sakit urat belikat ialah:

1. Postur badan yang tidak betul. Ini adalah punca kesakitan yang paling utama. Jadi, anda perlu mengubah cara kerja, cara tidur bagi menghalang kecederaan daripada berulang. Ibu menyusu juga sering mengalami masalah sakit urat belikat kerana postur menyusu yang diambil ringan.

2. Disebabkan penyakit pada tulang tengkuk, berlaku kecederaan pada bahu, terdapat abnormaliti pada tulang skapula atau rusuk.

3. Masalah saraf di kawasan belikat.

4. Pesakit yang mempunyai otot yang lemah pada kawasan belikat contohnya pesakit strok.

5. Sakit urat belikat boleh menjadi petanda anda menghidap penyakit kronik yang lain.

Dapatkan sessi urutan 12 Qunci

KELEBIHAN & KEBAIKAN TERAPI URUTAN SARAF BADANTahukah anda?✅ Urutan mampu meningkatkan pengaliran darah & membolehkan le...
25/03/2022

KELEBIHAN & KEBAIKAN TERAPI URUTAN SARAF BADAN

Tahukah anda?
✅ Urutan mampu meningkatkan pengaliran darah & membolehkan lebih banyak oksigen disalurkan kepada tubuh. (Perjalanan darah yang tersekat ialah punca seseorang itu merasai lenguh, sengal, pening dan sakit-sakit pada bahagian tertentu di badan)

👉 Urutan mampu mengurangkan kesakitan walaupun ia bukanlah penawar sepenuhnya kepada masalah sakit otot dan ketegangan urat.

✅ Urutan mampu meredakan tekanan, sekali gus membuatkan badan berasa segar & mengurangkan lesu terutamanya bagi yang selalu keletihan dengan tugasan harian.

👉 Urutan mampu memperbaiki pernafasan dan mempertingkatkan keadaan kesihatan secara keseluruhan. (Oksigen dalam darah merah dapat membuatkan badan jadi sihat dan segar).

✅ Urutan membantu membetulkan perjalanan darah dan seterusnya boleh merawat penyakit penyakit seperti lemah syahwat (tenaga batin dan sebagainya)

👉 Urutan mampu menimbulkan perasaan yang harmoni dan tenang.
✅ Urutan digalakkan dilakukan sebelum melakukan bekam.(Badan yang telah diurut membantu melancar mengeluarkan darah sewaktu berbekam)

👉 Urutan digalakkan kepada bakal pengantin bagi membantu menaikkan 'seri', cergas, dan lebih bersemangat sewaktu hari persandingan serta khasiat lainnya. (Disyorkan berurut seawal satu bulan sebelum nikah)

✅ Urutan juga mampu mengeluarkan angin dalam badan yang menyebabkan masalah seperti kembung perut, pedih ulu hati, mual, pening, dan lain-lain lagi.

👉 Urutan juga mampu membantu melancarkan pencernaan ketidakhadaman yang menyebabkan sembelit ringan.

✅ Segalanya adalah ikhtiar dan berusaha bagi mengelakkan pelbagai penyakit kronik yang mengganggu aktiviti harian anda.

Address

Kampung Bukit Kolam
Ajil
21800

Telephone

+60162604280

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Urutan 12 Qunci posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Urutan 12 Qunci:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram