24/04/2026
UBAT TAK BERKESAN ? SINUS TAK BERKURANG.
Pesakit datang follow up, hidung masih tersumbat, hingus masih pekat.
Masalahnya bukan tak pakai ubat..
tapi CARA PAKAI yang kurang betul.
Sepatutnya, hidung dicuci dulu sebelum pakai ubat spray hidung. Tapi baru sekali cuci hidung tak berjaya, terus pesakit tak cuba cuci lagi.
Kesannya, ubat spray yang digunakan tidak sampai kerana hidung penuh dengan hingus.
Bengkak dalam hidung tak kurang, rongga hidung masih tersumbat, sampai beri kesan ke telinga.
Ubat dah betul, cara gunakan pun kena betul. Barulah berkesan, insyaAllah.
Anda yang risau ada masalah sinus boleh datang ke Klinik Aafiyah untuk pemeriksaan scope dan rawatan.