08/02/2026
Tarikh: 7.2.2026
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00ptg
Tempat : Balai Raya Menggong
Tahniah Klinik Kesihatan Hutan Percha dengan kerjasama Panel penasihat KK Hutan Percha mengadakan Program Perangi Gula (War On Sugar) dengan jayanya.
Pelbagai aktiviti , pameran yg menarik dan pertandingan yang dianjurkan semalam.
Dianggarkan penyertaan seramai 180 orang iaitu warga komuniti setempat dari pelbagai peringkat umur termasuk barisan urusetia .
Unit NCD ALOR GAJAH '24 berkerjasama dengan Unit Pemakanan PKD Alor Gajah mengadakan pameran berkenaan dengan Tips pengurangan pengambilan gula dalam makanan dan minuman.Selain itu membuat perkongsian kaedah penyediaan dan memberi minuman percuma dimana terdapat pilihan kopi yg lebih sihat seperti Kopi Kurma yang tidak menggunakan gula atau krimer tambahan.
Program seperti ini dapat meningkatkan kesedaran dikalangan komuniti tentang pengambilan gula yg betul dan dpt mengurangkan risiko penyakit2 tidak berjangkit seperti Diabetes Mellites. Selain itu mengeratkan silaturrahim sesama penduduk kampung dan staff-staff kesihatan.
Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Alor Gajah Ncdc
HERO - NCD
UNIT PROMOSI KESIHATAN, PKD Alor Gajah
Melaka Sihat
Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah
Az Nur
Jom Jasin Sihat