29/07/2021
"DARAH BEKAM" LEBIH BANYAK, NILAI TERAPEUTIK PASTI LEBIH TINGGI??
Sesetengah jurubekam masih beranggapan bahawa "darah bekam" yang terkumpul banyak pada cup² bekam menggambarkan juga banyaknya toksin atau bahan berkaitan penyakit yang berjaya dikeluarkan daripada tubuh. Pendapat ini tidak semestinya sentiasa benar atau tepat walaupun cecair tubuh/plasma adalah "transporter" kepada CPS. Adakalanya dengan "darah bekam" yang sedikit sahaja pun sudah memadai untuk memberi kesan² terapeutik yang ketara dan di luar jangkaan. Capaian sesuatu nilai terapeutik tidak hanya bergantung kepada kuantiti "darah bekam" atau kuantiti CPS yang disingkirkan tetapi juga melalui mekanisme² yang lain seperti pengurangan kesakitan melalui teori "pain gate", teori DNIC, teori zon refleks & produksi hormon B Endorphin, sensasi "seronok" & pengurangan tahap stress kesan pelepasan hormon endorphin dan enkephalin, peningkatan aliran darah setempat kesan pelepasan nitric oxide, peningkatan sistem imuniti kesan peningkatan tindakbalas radang dsbnya di mana semua ini akan menentukan tinggi atau rendahnya sesuatu nilai terapeutik itu.
Dr Salah Mohamed El Sayed, pencadang Teori Taibah pernah berkongsi beberapa formula untuk menilai keberkesan terapi bekam yang kita lakukan daripada aspek penyingkiran CPS (bahan² punca penyakit). Untuk kali ini saya cuma mengutip 2 contoh formula berkenaan sahaja. Formula pertama: Nilai Penyingkiran CPS / Excretion Value(EV)= Bacaan CPS sebelum bekam - bacaan CPS selepas bekam. Contoh: katakan bacaan gula darah sebelum bekam adalah 7.5mmol/L, selepas bekam adalah 5.7mmol/L. Jadi bacaan EV untuk gula darah pada sesi bekam yg anda dilakukan adalah 7.5mmol/L - 5.7mmol/L= 1.8mmol/L.
Formula kedua adalah Nilai Pembersihan Plasma/ Purification Index(PI) iaitu 100x (EV sebelum bekam - EV selepas bekam)/ EV selepas bekam = (jawapan dalam bentuk %). Kita ambil EV gula darah di atas sebagai contoh. 100 x (7.5mmol/L - 5.7mmol/L)/ 5.7mmol/L= 31.5%. Jadi nilai pembersihan plasma atau PI untuk gula darah pada sesi bekam yang anda lakukan adalah 31.5%.
Pada sesi bekam akan datang nilai EV dan PI ini mungkin akan menurun atau meningkat dan data ini boleh membantu kita membuat analisa samada terapi bekam yang kita lakukan mencapai matlamat penyingkiran sejumlah CPS atau sebaliknya. Tentu saja terdapat beberapa faktor yang akan mempengaruhi sesuatu keputusan EV/PI dalam kes ini seperti pengambilan diet tinggi gula, kekurangan aktiviti fizikal, stress dsbnya. Namun setidaknya ada angka yang boleh kita jadikan sandaran dalam membuat sesuatu analisa atau rumusan berbanding hanya bergantung kepada kuantiti "darah bekam" atau pengakuan daripada klien semata-mata.
MA. SABRI
Ref:
1. Therapeutic benefits of Al-hijamah: in light of modern medicine and prophetic medicine
Salah Mohamed El Sayed, Abdel-Salam Al-quliti, Hany Salah Mahmoud, Hussam Baghdadi, Reham A Maria, Manal Mohamed Helmy Nabo, Ahmad Hefny
American Journal of Medical and Biological Research 2 (2), 46-71, 2014
2. Al-hijamah (wet cupping therapy of prophetic medicine) significantly and safely reduces iron overload and oxidative stress in thalassemic children: a novel pilot study
Mohamed El-Shanshory, Nahed M Hablas, Yasmin Shebl, Ahmed R Fakhreldin, Mohamed Attia, Hamdi H Almaramhy, Hussam Baghdadi, Mongi Ayat, Amal Albeihany, Amr El-Dardear, Hoda Ali Ibrahim, Hany Salah Mahmoud, Manal Mohamed Helmy Nabo, Salah Mohamed El Sayed
Journal of blood medicine 9, 241, 2018
3. Al-hijamah and oral honey for treating thalassemia, conditions of iron overload, and hyperferremia: toward improving the therapeutic outcomes
Salah Mohamed El Sayed, Hussam Baghdadi, Ashraf Abou-Taleb, Hany Salah Mahmoud, Reham A Maria, Nagwa S Ahmed, Manal Mohamed Helmy Nabo
Journal of blood medicine 5, 219, 2014