Farmasi NILAM -Alor Janggus

Farmasi NILAM -Alor Janggus Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Farmasi NILAM -Alor Janggus, Pharmacy / Drugstore, NO 17, TINGKAT BAWAH, KOMPLEKS PERNIAGAAN ALOR JANGGUS, BATU 5 1/2 Jalan PUTRA, Alor Janggus.

17/06/2021

Soalan: Apa saya perlu lakukan jika tidak boleh hadir atau terlepas janji temu vaksinasi?

Jawapan: Anda tidak perlu lakukan apa-apa. Anda hanya perlu semak SMS/MySejahtera selepas 7 hari (dari janji temu asal) untuk notifikasi janji temu baru.

Penjadualan semula janji temu ini TIDAK TERPAKAI untuk tempahan vaksin AstraZeneca.

Mesti ada kalangan anda yang mengalami masalah “Mask Acne” ni kan? Ni antara tips yang anda boleh ikut. Tapi jangan dise...
03/02/2021

Mesti ada kalangan anda yang mengalami masalah “Mask Acne” ni kan?
Ni antara tips yang anda boleh ikut.

Tapi jangan disebabkan Mask Acne ni hampa takmau pakai mask langsung p**ak. Kena saman nanti naya 😉

'Mask Acne' ialah jerawat disebabkan oleh penggunaan pelitup muka.

Berikut 8 langkah pencegahan 'Mask Acne'.



“SAYA NAK UBAT PONSTAN SATU. YANG WARNA KUNING TU”Situasi ini sering kami hadapi di farmasi komuniti. Namun harus anda t...
11/01/2021

“SAYA NAK UBAT PONSTAN SATU. YANG WARNA KUNING TU”

Situasi ini sering kami hadapi di farmasi komuniti. Namun harus anda tahu, ubat mempunyai pelbagai jenama dan kilang yang mengeluarkannya. Namun, bahan aktif di dalam ubat itu sendiri merupakan sama.

Semua ini mempunyai kesan dan fungsi yang sama, cuma jenama dan kilang sahaja yang lain.

Jika masih keliru, kunjungi kami di Farmasi Nilam Alor Janggus.

Buka setiap hari:
🔺 9 pagi hingga 9.30 malam
🔺 No 17, Kompleks Perniagaan Alor Janggus, Bqtu 5 1/2 Alor Janggus, 06250 Alor Star Kedah.

VITAMIN KANAK-KANAK1. Vitamin C- Adalah antioksidan dan memainkan peranan penting dalam fungsi imun badan. - Untuk kanak...
21/12/2020

VITAMIN KANAK-KANAK

1. Vitamin C
- Adalah antioksidan dan memainkan peranan penting dalam fungsi imun badan.
- Untuk kanak-kanak yang selalu demam atau sakit, Vitamin C dapat membantu meningkatkan ketahanan badan.

2. Lysine
- Suplemen Lysine boleh meningkatkan selera makan kanak-kanak
- Kebiasaanya suplemen yang mengandungi lysine digabungkan dengan multivitamin yang mana sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan dan mahu menambah selera makan. Di samping itu, ada juga suplemen yang mengandungi lysine bersama vitamin c yang mana sangat sesuai untuk kanak-kanak yang mahu menambah selera makan dan kurang daya ketahanan badan atau selalu jatuh sakit.

3. Multivitamin

- Jika anak-anak tidak makan secara teratur dan seimbang atau memilih makanan (picky eaters), multivitamin boleh membantu menyelesaikan masalah anda.
- Multivitamin mengandungi makanan tambahan - dengan vitamin, mineral makanan, dan unsur pemakanan lain yang mana dapat mengembalikan nutrient anak-anak yang tidak mencukupi.

Sekiranya anda mengalami sebarang kemusykilan boleh dapatkan nasihat dari staf terlatih kami di FARMASI NILAM.

Buka setiap hari:
🔺 9 pagi hingga 9.30 malam
🔺 No 17, Kompleks Perniagaan Alor Janggus, Bqtu 5 1/2 Alor Janggus, 06250 Alor Star Kedah.

ORADEXUbat kumur Oradex seringkali menjadi pilihan sekiranya sakit gigi atau sakit dalam mulut. Ia digunakan untuk menga...
17/12/2020

ORADEX

Ubat kumur Oradex seringkali menjadi pilihan sekiranya sakit gigi atau sakit dalam mulut. Ia digunakan untuk mengawal jangkitan dalam mulut.

Terdapat dalam 4 warna:
1. Oradex antibacterial Mouthwash
- ia menghalang pembentukan plak gigi, mencegah gingivitis dan pendarahan gusi.
- Ianya membantu pengurusan ulser dalam mulut dan sakit tekak.
- Mengandungi Chlorhexidine Digluconate 0.12% tanpa alkohol.

2. Oradex Everyday Antiseptic Mouthwash
- Mengandungi kandungan Chlorhexidine Digluconate yang lebih rendah dan boleh digunakan setiap hari untuk mencegah jangkitan mulut dan gigi.

3. Oradex Dual Action Oral Rinse
- kandungan Hexetidine dan Thymol yang terkandung di dalam ubat kumur ini mempunyai sifat antiseptic dan sebagai penahan sakit.
- Ia membantu sekiranya pesakit mengalami sakit gigi selain perlu makan ubat tahan sakit.
- Diformulasikan untuk memberi kelegaan bagi sakit gigi khususnya.

Ubat kumur ORADEX boleh didapati di Farmasi Nilam, Alor janggus.
Kami buka setiap hari 9 pagi hingga 9.30 malam.

JANGKITAN CACINGParasit adalah organisma yang menjangkiti manusia untuk mendapatkan nutrisi. Bagaimana nak kesan jangkit...
06/12/2020

JANGKITAN CACING

Parasit adalah organisma yang menjangkiti manusia untuk mendapatkan nutrisi.

Bagaimana nak kesan jangkitan cacing ni?
- Kekurangan selera makan
- Cirit - birit
- Muntah
- Turun berat badan
- Darah dalam najis, dan kadangkala nampak cacing dalam najis.

Rawatan jangkitan cacing.
1. Ubat cacing ALBENDAZOLE dan MEBENDAZOLE
- ubat ini mengurangkan sumber makanan cacing
- Ubat ini perlu dimakan oleh dewasa dan kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas mengikut jadual iaitu 6bulan untuk satu dos.

Macam mana nak elakkan jangkitan cacing?
1. Memakai kasut apabila berjalan di luar rumah.
2. Minum air yang bersih dan dimasak
3. Membersihkan makanan mentah sebelum dimasak.
4. Mengamalkan cara cuci tangan yang betul.

Jangkitan cacing ni bukan saja boleh menjangkiti kanak-kanak ya. Dewasa pon perlu mengambil berat akan jangkitan ini dan mengambil ubat cacing secara berkala.
Ubat cacing boleh didapati dalam bentuk tablet dan cecair.

ORS & SMECTAJangan keliru ya. ORS dan Smecta bukan benda yang sama. ORS ialah cecair campuran yang digunakan untuk ganti...
26/11/2020

ORS & SMECTA

Jangan keliru ya. ORS dan Smecta bukan benda yang sama.

ORS ialah cecair campuran yang digunakan untuk ganti cecair dan elektrolit yang keluar semasa pesakit mengalami cirit-birit dan muntah. ORS mampu mengelakkan dehidrasi yang mungkin terjadi apabila cirit-birit. Namun ORS tidak akan menghentikan cirit dan muntah ya!

SMECTA p**a merupakan rawatan yang boleh menghentikan cirit-birit dengan mengurangkan output najis. Ia juga berfungsi untuk membersihkan toksin. Dan smecta perlu diambil untuk jangkamasa tertentu, kerana ia juga membaiki dan memberi perlindungan pada dinding usus.

Jadi bila anda dapatkan rawatan di farmasi dan diberikan kedua-duanya, jangan konfius p**ak ya. Dua-dua perlu dimakan.

Atau boleh datang ke Farmasi Nilam untuk maklumay lebih lanjut.

VITAMIN TAMBAH DARAHBagi pesakit yang mengalami masalah anemia atau kurang darah merah, mereka memerlukan pemakanan dan ...
22/11/2020

VITAMIN TAMBAH DARAH

Bagi pesakit yang mengalami masalah anemia atau kurang darah merah, mereka memerlukan pemakanan dan supplemen yang sesuai untuk tambah darah merah mereka.

Punca Anemia:
1. Kekurangan zat besi
2. Kekurangan vitamin
3. Kehamilan
4. Talasemia

OBIMIN & IBERET
- supplemen ini sering diberikan kepada wanita hamil
- Ini disebabkan selain daripada zat besi, ia juga mempunyai vitamin yang lain seperti asid folik, vitamin B dan pelbagai lagi vitamin yang penting untuk tumbesaran bayi.

Antara simptom anemia:
1. Muka nampak pucat dan tidak bermaya
2. Rasa terlalu letih
3. Badan lemah
4. Rasa berdebar

Sekiranya anda merupakan pesakit anemia dam mempunyai masalah kesihatan lain, segeralah berjumpa doktor untuk supplemen yang sesuai.

Namun sekiranya anda hamil dan memerlukan supplemen tambah darah, boleh dapatkan di Farmasi Nilam. Kami buka setiap hari 9 pagi hingga 9.30 malam!

DEMAMDemam adalah satu indikasi apabila suhu badan naik sehingga mencecah 37.5 degree dan ke atas. Demam adalah tindak b...
18/11/2020

DEMAM

Demam adalah satu indikasi apabila suhu badan naik sehingga mencecah 37.5 degree dan ke atas.
Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain.

Penyebab demam:
1. Jangkitan virus yang boleh menyebabkan selesema, batuk dan sakit tekak.
2. Jangkitan kuman seperti di paru-paru (pneumonia), batuk kering (tibi) , jangkitan saraf (meningitis)
3. Penyakit saraf.

Rawatan yang boleh diambil:

Jangkitan ringan selalunya akan pulih dengan sendiri kerana sistem imunisasi yang berjaya menangani jangkitan.

Antara perkara yang boleh dilakukan ketika demam:
1. Minum air dengan kerap supaya badan tidak terhidrasi.
2. Makan makanan yang mudah dihadam seperti sup.
3. Cuba mandi dengan air suam untuk meredakan demam.
4. Berpakaian nipis dan longgar, jangan selimut kerana haba yang terperangkap tidak akan meredakan demam.
5. Makan ubat seperti paracetamol dengan dos yang tepat.
6. Mendemah bahagian badan seperti kepala, kaki untuk menurunkan suhu.

Namun, sekiranya gejala masih tidak berkurangan anda perlu segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.
Jangan ambil tindakan sendiri sekiranya demam yang berlanjutan melebihi 3 hari.

MECOMINAnda penghidap kencing manis? Berasa sakit dan kebas-kebas di kaki?Cuba lah MECOMIN. Mecomin merupakan supplemen ...
16/11/2020

MECOMIN

Anda penghidap kencing manis? Berasa sakit dan kebas-kebas di kaki?

Cuba lah MECOMIN.

Mecomin merupakan supplemen kesihatan yang mengandungi Mecobalamin, membantu mencegah kerosakan saraf bagi pesakit kencing manis.
Pesakit kencing manis boleh mengalami kerosakan saraf pada bila-bila masa, dan risikonya semakin meningkat bergantung kepada umur pesakit dan tahap penyakit itu sendiri.

Mecomin boleh diambil setiap hari untuk kesan yang lebih berkesan.

Dapatkan MECOMIN di Farmasi Nilam hari ini!
Kami buka setiap hari dari 9 pagi hingga 9.30 malam.

Address

NO 17, TINGKAT BAWAH, KOMPLEKS PERNIAGAAN ALOR JANGGUS, BATU 5 1/2 Jalan PUTRA
Alor Janggus
06250

Opening Hours

Monday 09:00 - 21:30
Tuesday 09:00 - 21:30
Wednesday 09:00 - 21:30
Thursday 09:00 - 21:30
Friday 09:00 - 21:30
Saturday 09:00 - 21:30
Sunday 09:00 - 21:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farmasi NILAM -Alor Janggus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram