23/04/2026
SOROTAN PROGRAM: SAMBUTAN HARI KESIHATAN MENTAL BAYI, KANAK-KANAK DAN REMAJA SEDUNIA TAHUN 2026 PERINGKAT NEGERI KEDAH πΆπ§π§βπ¦±
βAlhamdulillah, selesai sudah!
βSatu program yang sangat kritikal dan bermakna telah berlangsung hari ini di Dewan Al-Farabi, Kompleks Pendidikan Negeri Kedah. Program ini berjaya menghimpunkan seramai 250 orang peserta yang terdiri daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) serta staf kesihatan seluruh negeri Kedah, serta warga kerja Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
βFokus utama sambutan kali ini adalah untuk memperkasakan komuniti dalam mendepani cabaran kesihatan mental generasi muda melalui 3 topik utama yang disampaikan oleh pakar-pakar jemputan:
1. βLuka Tanpa Suara: Autisme & Risiko Buli
π£οΈ Oleh: Dr. Faridah Binti Md. Adnan (Pakar Perubatan Psikiatri & Felo Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, Hospital Sultan Abdul Halim).
2. βKeselamatan Digital Murid Autisme: Menangani Pendedahan Kepada Pornografi
π£οΈ Oleh: Dr. Muhsina Binti Hassan (Pengerusi Malaysians Against Pornografi - MAP Kedah).
3. βPeranan JKM dalam Kes Pengabaian Kesihatan Mental Murid - Panduan untuk Guru
π£οΈ Oleh: En. Syed Rizal Bin Syed Md Baser (Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Kanan, JKM Negeri Kedah).
βMajlis telah disempurnakan dengan gimik perasmian oleh YBrs. Dr. NorβAishah binti Abu Bakar, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah.
Semoga segala ilmu dan input yang dikongsikan hari ini dapat memberikan manfaat yang besar buat semua peserta dan semoga pengetahuan ini dapat diaplikasikan sepenuhnya dalam kerja seharian bagi memastikan kesihatan mental kanak-kanak, dan remaja di negeri Kedah terus terjaga dan diberikan sokongan yang sewajarnya.
βTerima kasih kepada JPN Kedah selaku rakan kolaborasi dan peserta yang menjayakan program ini! πβ¨
β