07/12/2025
📢 JEMPUTAN KHAS: HARI TERBUKA KLINIK KESIHATAN BANDAR ALOR SETAR! 🏥✨
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera warga Alor Setar!
Kami dengan berbesar hati ingin menjemput tuan/puan serta seisi keluarga untuk memeriahkan Program Hari Terbuka Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar.
Dengan tema "Klinik Ceria, Komuniti Sihat", pelbagai aktiviti menarik telah disusun khas untuk anda semua. Ayuh bawa ibu bapa, anak-anak dan jiran tetangga bersama!
Butiran program adalah seperti berikut:
🗓 Tarikh: 11 Disember 2025 (Khamis)
⏰ Masa: 9:00 Pagi – 1:00 Petang
📍 Lokasi: Perkarangan Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar
👨👩👧👦 Jemputan: Datanglah beramai-ramai!
🤝 Anjuran Bersama: Kelab Warga Emas KKBAS & Panel Penasihat KKBAS.
Jom kita jadikan komuniti kita lebih sihat dan ceria. Jumpa anda di sini! 👋