24/11/2025
📢 Persediaan Menghadapi Banjir
Musim hujan semakin hampir dan risiko banjir boleh berlaku pada bila-bila masa. Bersama kita mengambil langkah awal bagi melindungi keselamatan diri, keluarga, dan komuniti.
1️⃣ Sebelum Banjir
🏠 Sediakan rumah & persekitaran
- Pastikan sistem saliran sekitar rumah tidak tersumbat.
- Letakkan barang penting di tempat tinggi.
- Simpan dokumen penting dalam bekas kalis air.
📦 Sediakan “Kit Kecemasan Banjir” Termasuk:
- Air minuman & makanan tahan lama (3–5 hari)
- Ubat-ubatan penting / inhaler / insulin
- Lampu suluh & bateri tambahan
- Powerbank
- Selimut, pakaian, tuala
- Kit pertolongan cemas
- Pelitup muka, hand sanitizer
🔌 Pastikan keselamatan elektrik
- Kenal pasti lokasi suis utama.
- Sedia untuk mematikan bekalan elektrik jika perlu.
2️⃣ Semasa Banjir
⚠️ Ikuti arahan pihak berkuasa
- Pindah ke pusat pemindahan apabila diarahkan.
- Jangan melalui kawasan banjir deras — “Turn Around, Don’t Drown”.
- Gunakan laluan yang selamat dan elakkan kabel elektrik yang terjatuh.
🩺 Utamakan keselamatan & kesihatan
- Elakkan bermain atau meredah air banjir untuk cegah leptospirosis.
- Gunakan kasut & sarung tangan apabila mengendalikan barang selepas banjir.
- Makan hanya makanan yang selamat dan tidak tercemar.
3️⃣ Selepas Banjir
🏘️ Membersihkan rumah secara selamat
- Pakai kasut, sarung tangan & pelitup muka (N95 lebih baik).
- Buang makanan yang basah, berlendir, berbau, atau terkena air banjir.
- Bersihkan kawasan rumah dengan larutan disinfektan.
😷 Pantau kesihatan keluarga Segera dapatkan rawatan jika;
- Demam
- Cirit-birit
- Luka yang bernanah
- Gejala penyakit bawaan air seperti leptospirosis & denggi
📞 Nombor Penting
Bomba & Penyelamat: 999
Talian Kecemasan Malaysia: 999
💙 Pesanan Akhir
Banjir boleh berlaku tanpa diduga, tetapi persediaan awal dapat mengurangkan risiko kecederaan, penyakit, dan kerugian.
Mari kita kekal peka, bersedia, dan saling membantu sebagai satu komuniti.
Pesanan ikhlas dari:
Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Negeri Kedah