Diari Optom

Diari Optom info tentang penglihatan untuk dikongsi kepada warganet

Sepanjang Ramadan admin perasan, jualan mercun dan bunga api pada tahun ini sangat berleluasa & amat mudah didapati teru...
21/04/2023

Sepanjang Ramadan admin perasan, jualan mercun dan bunga api pada tahun ini sangat berleluasa & amat mudah didapati terutamanya di bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, tepi-tepi jalan hatta di restoran yang menyediakan buffet iftar.

Admin tidak berminat untuk menyentuh isu ini sebab mercun sekarang sudah "halal". Penjual tak perlu seludup dari negara jiran tapi mesti dibeli dari syarikat pengimport berlesen. Namun post kali ini lebih kepada untuk menceritakan pengalaman peribadi & memberi komen dari sudut pandang seorang optometris.

Tidak dinafikan kemeriahan Ramadan dan Syawal kurang dirasai jika tiada percikan mercun, bunga api mahupun dentuman meriam. Tapi jangan kita lupa, ia juga disusuli dengan "kemeriahan" berita putus jari, hancur jari/tangan dan sebagainya di media massa dan media cetak suatu ketika dulu.

Cuma sekarang, isu seperti itu kurang diangkat. Sebaliknya isu viral seperti pelancaran lagu raya baru oleh jutawan kosmetik dan jenama baju raya oleh selebriti/artis, resepi baru dari influencer, isu penyondol sehinggalah penentuan tarikh hari raya aidilfitri lebih mencuri tumpuan di media sosial.

Sejujurnya, pengalaman admin dengan mercun atau bunga api apatah lagi meriam hampir tiada kerana prinsip bapa admin yang sangat tegas.
Bagi beliau:-

1) semua itu membahayakan terutamanya jari, tangan dan mata
2) daripada beli mercun/bunga api, lebih baik beli makanan
3) bunyi bising buat bayi/anak kecil terganggu & mengundang amarah jiran setempat
4) kat Palestin sana sibuk dok kena bom, hampa kat sini bole dok seronok main mercun (hat ni paling terkesan sampai sekarang 😭😭😭)

Sebagai seorang bapa, pasti teringin untuk kita biarkan anak merasai pengalaman main mercun. Namun, setelah melalui beberapa pembacaan tentang "eye injuries/trauma", admin berasa terpanggil untuk berkongsi sedikit fakta & statistik dari artikel dan kajian.

Eye/ocular injuries or trauma (kecederaan mata) merupakan antara rujukan yang kerap diterima klinik mata. Terdapat 2 jenis utama iaitu blunt trauma (tumpul) dan penetrating/perforating injury (tembus/tebuk).

Kes blunt trauma kebiasaannya berpunca dari pergaduhan/bertumbuk (fist fight), bulu tangkis badminton atau bola tenis (sport injury). Kes penetrating injury p**a seperti mata terkena tusukan/serpihan benda tajam atau mata dimasuki partikel/bendasing dengan halaju tinggi (high velocity foreign body)

Selain itu, terdapat juga kecederaan mata melibatkan cecair kimia (chemical eye injury) seperti percikan asid/alkali/gam ke dalam mata atau haba (thermal eye injury) seperti mercun dan bunga api. Semua kemalangan ini berpunca sama ada di rumah, tempat kerja ataupun jalan raya.

Dalam satu kajian yang dijalankan di Malaysia, "Ocular burns and related injuries due to fireworks during the Aidil Fitri celebration on the East Coast of the Peninsular Malaysia" mendapati bahawa daripada jumlah 30 pesakit:

1) 70% berumur 12 tahun ke bawah
2) 96.67% adalah lelaki
3) 60% merupakan thermal ocular injury
4) 46.67% berpunca dari penyalaan api mercun/bunga api
5) 35.29% melibatkan kesan bakar di kornea & kelopak mata
6) 50% terkesan adalah orang sekeliling/penonton
7) 96.67% tidak memakai sebarang perlindungan mata

Kesimp**annya, malang tidak berbau. Fahami risiko, berhati-hati dan sentiasalah memantau anak kita sepanjang mereka bermain mercun/bunga api. Komplikasi terhadap mata berbeza. Ada yang ringan, ada yang boleh mengakibatkan kebutaan kekal.

Semoga Ailditfitri disambut dalam kemeriahan dan keceriaan bukan dengan kecederaan ataupun kecelakaan. Main-main juga, bukan tak boleh main langsung, tapi jangan p**a berlebih-lebihan sampai menenggelamkan takbir raya.

Salam Aidiltri dari admin sekeluarga. Maaf zahir dan batin.

Sumber imej: Google

Rujukan:
1) http://www.myhealth.gov.my/en/eye-injury/
2) https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S030541791000149X
3)
https://www.semanticscholar.org/paper/REVIEW-OF-OCULAR-INJURIES-IN-MALAYSIA-Thevi-Reddy/45865759acbc3644d87b5632a955cdf839274987

Dalam posting yang lepas, kita membicarakan hukum menggunakan ubat titis mata ketika berpuasa.Untuk posting kali ini, ad...
18/04/2023

Dalam posting yang lepas, kita membicarakan hukum menggunakan ubat titis mata ketika berpuasa.

Untuk posting kali ini, admin menghimpunkan dua persoalan berkaitan hukum pemakaian kanta lekap (contact lens) beserta rujukan.

1) Hukum memakai kanta lekap ketika berpuasa

Hukumnya harus. Ia diqiyaskan kepada hukum bercelak dan penggunaannya tidak batal puasa. Mata tidak termasuk dalam rongga tubuh yang terbuka dan perlu dipelihara, malahan memakai kanta lekap bukan satu bentuk perbuatan makan atau minum.

2) Hukum memakai kanta lekap berwarna

Menjelang hari perayaan, perkahwinan/persandingan, dinner atau event, kanta lekap (terutamanya berwarna) pasti menjadi salah satu aksesori utama bagi kebanyakan kaum wanita.

Menurut Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dalam Irshad Al-Fatwa ke-144, hukum asal pemakaian kanta lekap berwarna adalah harus, namun seeloknya ditinggalkan demi mengelak diri daripada terjebak ke dalam fitnah.

Para ulama' menggariskan beberapa syarat antaranya:

1) Tidak memudaratkan mata
2) Tidak berlaku pembaziran
3) Tidak menyerupai mata binatang
4) Tidak terdapat unsur-unsur penipuan, menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah

Islam sebagai agama yang syumul dan panduan hidup tidak menghalang umatnya untuk berhias terutamanya pada hari perayaan besar agama namun tidaklah secara berlebihan sehingga menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah, apatah lagi tabarruj.

Islam menganjurkan kesederhaan lantas mengharamkan perhiasan yang melampaui batas seperti mengubah ciptaan secara kekal, menyerupai binatang atau mirip agama lain. Islam juga melarang pembaziran dan menentang keras sebarang unsur penipuan.

Kesimp**annya, segala penggunaan peranti perubatan (kanta lekap tergolong) mahupun alat bantuan bagi tujuan perubatan adalah diharuskan melainkan ianya mendatangkan mudarat kepada individu itu sendiri.

Sumber imej: Google

Rujukan:
1)
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1857-irsyad-al-fatwa-ke-143-hukum-memakai-kanta-lekap-contact-lens-berwarna?fbclid=IwAR0tS4Lfn3dzStyusiNHhb4CsLq8KkEPhKryQtxQPherqi6QGanANZz0Xcc
2) https://maktabahalbakri.com/1190-memakai-kanta-lekap-ketika-berbuka/
3) https://fb.watch/jZd6EJnFws/
4) https://fb.watch/jZdbwLrZgw/

Malam ini malam ke-27 Ramadan. Dalam keterujaan menantikan Hari Raya Aidilfitri janganlah sampai kita melupakan pencaria...
17/04/2023

Malam ini malam ke-27 Ramadan. Dalam keterujaan menantikan Hari Raya Aidilfitri janganlah sampai kita melupakan pencarian Lailatul Qadar di malam hari.

Sudahlah sebelah pagi disibukkan dengan isu "penyondol". Pesan admin, isu rumah tangga orang lain cukuplah kita ambil pengajaran, bukan ambil bahagian.

PS: admin pun terjebak 2-3 hari ini sampai pending untuk tulis post terbaru di page. 😅😅😅

Nantikan post esok tentang hukum memakai kanta lekap berwarna. Stay tuned!

Sumber imej: Google

Nak dekat raya ni, bersedialah para optometris dan ibu bapa para optometris. Cabaran untuk betulkan sebutan terlebih dah...
14/04/2023

Nak dekat raya ni, bersedialah para optometris dan ibu bapa para optometris. Cabaran untuk betulkan sebutan terlebih dahulu sebelum terangkan profesion itu sendiri.

Jangan malu dan jangan segan untuk sebut penuh perkataan optometri. Jika bukan kita sendiri yang mendidik masyarakat dengan memperdengarkan terma optometris, siapa lagi yang akan buat.

Semoga sampai satu masa profesion optometri tidak lagi asing dalam kalangan masyarakat. Seiring dengan itu, martabat dan profesion optometri dapat diangkat lebih tinggi.

13/04/2023

VISUAL HYGIENE (Part 3)3) Pencahayaan yang baik dan mencukupiPastikan bilik atau tempat anda membaca diterangi dengan ca...
12/04/2023

VISUAL HYGIENE (Part 3)

3) Pencahayaan yang baik dan mencukupi

Pastikan bilik atau tempat anda membaca diterangi dengan cahaya bilik yang mencukupi. Jangan terlalu terang atau malap dan pastinya bukan di dalam gelap. Bilik yang terlalu terang akan mengakibatkan silau dan memaksa kita mengecilkan mata atau berkerut dahi.

Bilik yang malap p**a akan menyebabkan mata terpaksa bekerja lebih untuk fokus dan melihat. Dinasihatkan meminimakan intensiti kecerahan skrin telefon/komputer bagi mengelakkan cahaya biru dari LED skrin gajet memancar melebihi kadar yang memadai.

Intensiti kecerahan berlebihan ketika waktu malam akan mengganggu waktu rehat/tidur dan kitaran semulajadi (biological clock) atau lebih tepat "circadian rhythm". Anda akan berasa sukar untuk tidur sedangkan sudah mengantuk.

Bagi yang seharian bekerja menghadap skrin komputer, gunakan penapis skrin (screen filter) atau pilih komputer yang berskrin LED berbanding skrin berkelip (flickering screen) kerana ia akan membuatkan mata anda lebih cepat letih.

Contoh pencahayaan lain yang perlu dielakkan adalah seperti di bawah cuaca terik, di tepi tingkap atau cahaya terang dari belakang yang boleh menyebabkan penglihatan/pembacaan menjadi silau berikutan cahaya berlebihan.

Bersambung...

Sumber imej: Google

11/04/2023

09/04/2023
VISUAL HYGIENE (Part 2)2) Postur ergonomik dan jarak yang sesuaiPostur membaca ketika duduk paling sesuai tapi sebaiknya...
09/04/2023

VISUAL HYGIENE (Part 2)

2) Postur ergonomik dan jarak yang sesuai

Postur membaca ketika duduk paling sesuai tapi sebaiknya tidak terlalu membongkok ke depan agar leher, tulang belakang & mata tidak stres. Postur baring & mengiring wajar dielakkan sama sekali kerana bertentangan dengan sistem vergens.

Ketika baring atau terlentang, mata secara semulajadi berada dalam keadaan mencapah (diverge). Manakala penglihatan dekat memerlukan mata untuk berada dalam keadaan menumpu (converge).

Maka, mata mudah letih kerana otot mata terpaksa membuat mata untuk menumpu sedangkan ia sepatutnya dalam kedudukan kendur (relax) dan mencapah. Namun inilah yang sering kita lakukan ketika asyik bermain telefon. Postur meniarap juga tidak digalakkan.

Jarak ideal bagi kerja dekat seharusnya berpandukan pada jarak Harmon (Harmon Distance) iaitu jarak hujung genggaman penumbuk yang diletakkan di bawah dagu hingga hujung siku.

Skrin/bahan bacaan seboleh-bolehnya dipegang atau diletak tidak kurang dari jarak ini yakni kebiasaannya dalam lingkungan 30-40cm dari mata.

Skrin computer hendaklah diletakkan pada jarak lebih kurang 40-60cm dari mata dan dicondongkan sebanyak 10-20 darjah dari paras mata (eye level). Jarak yang disarankan untuk menonton televisyen p**a seelok-eloknya pada 2-3meter.

Membaca ketika berada di dalam kenderaan bergerak dengan keadaan jalan yang bengkang-bengkok dan berbonggol pun boleh menyebabkan sakit kepala dan mabuk. Hal ini kerana keupayaan mata untuk memfokus menjadi tidak stabil ketika membaca.

Bersambung...

08/04/2023

VISUAL HYGIENE (Part 1)

Kebersihan merupakan sebahagian daripada aspek perubatan bertujuan menjaga kesihatan dan mencegah penyakit.

Maka, 'visual hygiene' dalam definisi ringkas bermaksud set peraturan yang mudah dipatuhi, dibuat untuk mengawal faktor/punca yang boleh memberi kesan mudarat terhadap penglihatan.

1) 20-20-20 rule

Bermaksud setiap 20 minit kita melihat jarak dekat seperti membaca atau menatap telefon, mata kita perlu direhatkan selama 20 saat dengan melihat jarak sejauh 6 meter (20 kaki). Digalakkan melihat pokok atau tumbuhan hijau.

Sepanjang rehat 20 saat tersebut pastikan anda berkelip mata. Kerana kebiasaannya ketika kita melakukan aktiviti dekat (near work) seperti membaca, main telefon atau komputer, mata kita akan kurang berkelip.

Air mata yang berfungsi melembapkan/membasahkan mata tidak tersebar ke seluruh cornea melalui kelipan mengakibatkan mata kering (dry eyes), pedih, berpasir dan kurang selesa malahan berair terutamanya di tempat panas atau berhawa dingin kerana air mata lebih mudah tersejat.

Jika anda di dalam bilik yang sempit/kecil, melihat dinding hijau atau berhenti sejenak minum air atau bangun berjalan sebentar atau bersembang sekejap dengan rakan pun memadai untuk dikategorikan sebagai merehatkan otot (ciliary muscles) mata selama 20 saat.

Bersambung...

VISUAL HYGIENE (teaser)Bayangkan!Anda khusyuk menghadap skrin telefon berkecerahan tinggi pada jarak 15cm dari mata anda...
06/04/2023

VISUAL HYGIENE (teaser)

Bayangkan!

Anda khusyuk menghadap skrin telefon berkecerahan tinggi pada jarak 15cm dari mata anda di dalam bilik gelap berhawa dingin selama lebih 2 jam tanpa henti sambil berbaring melewati jam 1 pagi.

Mungkin tak perlu dibayangkan kerana inilah yang sering kita lakukan malah telah menjadi amalan kita setiap hari.

Secara sinisnya ia adalah combo kepada pengabaian "visual hygiene" sekurang-kurangnya 5 dalam 1.

Kita mungkin terbiasa dengan terma hand hygiene, food hygiene & oral hygiene. Tapi tahukah anda terdapat juga terma visual hygiene?

Apakah yang dimaksudkan dengan visual hygiene? Jika direct translate bermaksud kebersihan penglihatan.

Namun penglihatan apakah yang perlu dibersihkan? Menundukkan pandangan?

Nantikan post seterusnya tentang "visual hygiene".

Sumber imej: Google

Address

Optometri HSB
Alor Setar
05460

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Diari Optom posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Diari Optom:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category